SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people smiling, people standing

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam dan kepada semua pembaca blog akuainkausiapa ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang baru nak up ni serta jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan komen. Siapalah aku tanpa korang semua. Dikesempatan ini juga aku berharap semoga bulan Ramadhan ini kita semua dilimpahkan rasa bersyukur serta rasa kebahagiaan.

Ingat , bulan Ramadhan bukan sekadar kita menahan lapar dan dahaga sahaja , tapi segala perbuatan dan perlakuan kita juga perlulah dijaga rapi. Aku ni sambil menaip ini , sambil tu juga aku dok menasihatkan dekat diri sendiri. Jika ditanya apakah cara aku menyambut bulan Ramadhan?
Image may contain: Nur Farahain, drink and indoor
Berapa gelas selalu minum kalau berbuka puasa ehk?!
Aku ni simple aje. Kalau bab makanan pula , memang dari dulu aku lebih suka berbuka puasa di rumah. Malahan semenjak dari tahun lepas aku memang dah start berani kan diri memasak. Yela, aku kan tak biasa kalau masak tanpa merasa cukup ke tidak garam dan gula nya. Tapi , alhamdulilah aku dah berani ler juga nak masak tanpa rasa di bulan puasa tu.

Tapi, memang jadi kebiasaan aku untuk cuci mata di bazar Ramadhan. Itu macam menjadi perkara wajib. Tapi , harus diingat JANGAN MEMBAZIR! BELI APA YANG NAK DIMAKAN SAHAJA. Aku pun memang akan limitkan duit yang dibawa supaya perlakuan terbeli tanpa sengaja tu berlaku. Hahaha. Maklumlah waktu berpuasa kan , nampak pula siput sedut masak lemak cili api! Ya ampun sedap betul. 

Dulu-dulu aku dan adik beradik jenis kalau berbuka mesti tak nak makan nasi. Tapi , belasah benda merepek-repek macam roti john , kebab , murtabak. Kitorang siap berlumba kot siapa makan habis paling cepat. Dah komfom-komfom aku paling last, sebabnya adik beradik aku semua laki kot. Hahaha. Bila diingat balik kelakar gila rasa. Itu belum masuk berlumba sedut siput sedut paling cepat . Kitorang punya style beli lauk siput sedut je makan gitu tak makan dengan nasi langsung. Hahaha. Gitu la kalau adik beradik semua lelaki , perangai aku automatik memang jadi tak senonoh.

Sebenarnya , rindu sangat saat-saat macam gitu , makan pula dekat bawah beralaskan surat khabar sebab nak tengok tv sambil makan. Bayangkan la kalau dah pukul 6:30 je dah gelabah kalau tak susun makanan ape semua. Sebab takut tak sempat makan on time bila azan berkumandang. Hahaha. Tapi , sekarang aku dah tak kisah sangat! Pukul 6:30 petang aku masih steady lagi kalau rasa nak meronda di bazar ramadhan.
Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor
Cepatlah buka woi...
Bercakap mengenai makanan , aku nak kongsikan dekat korang untuk korang pilih mana tempat dan pakej berbuka yang sesuai dengan selera tekak korang tu. Masak jer la kan jimat dari berbuka di luar! Iya betul kadangnya orang akan cakap gitu , tapi ikut la citarasa dan bajet masing-masing. Kalau rasa nak luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan berbuka di luar , apa salahnya bukan.

Dekat blog aku ini penuh dengan pilihan yang boleh korang pilih nak berbuka dimana. Korang hanya perlu klik di sini. Awak Makan Ape . Dekat sini aku dah listkan sesiap , korang pilih je la okay. Ingat! Makan-makan juga , jangan sampai terlebih makan sampai berat badan naik pulak yer. Makan pun kena beringat okay. 

Akhir kata, selamat menyambut bulan ramadhan! Kalau berbuka puasa tu , nak upload menu berbuka di Instagram jangan lupa selitkan sekali #awakmakanape . Aku nak tengok juga , korang buka ape tu.. Hehehe. Belanja gambar tak berdosa kan , janji tak jilat skrin tepon. Hahaha.

8 ulasan:

  1. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa akak. have a blessed ramadhan

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa Farahain ...Moga sihat selalu sepanjang ramadhan ...

    BalasPadam
  4. haiii, singgah blogwalking ^^ salam ramadhan mubarak :)

    https://ailya-saffaa.blogspot.com/

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.