BUBUR LAMBUK PENGIKAT KASIH KEMESRAAN JIRAN TETANGGA
Alhamdulilah , bulan Ramadhan sudah pun dah nak melabuhkan tirainya. Rasa sedih pulak yela rasa macam sekejap je kan. Sepanjang bulan Ramadhan ni juga di tempat kejiranan aku ni membuat gotong royong masak bersama-sama bubur lambuk asyura. Aktiviti membuat bubur lambuk ni dilaksanakan pada hari Sabtu. Cumanya , pada hari semalam kami semua sebulat suara untuk tidak membuat sebab dah ramai yang mula pulang ke kampung masing-masing.
Pada minggu pertama aku langsung tak berkesempatan nak membantu sebabnya terikat dengan event sampai ke malam. Tapi , aku take over the shift pada minggu kedua pula. Aku siap tolong edarkan sekali. Segan gila masa nak edarkan bubur tu masa dekat bazar. Yelah , kami siap bawa bakul lagi woi. Hahaha.
Selang minggu ketiga , aku just dapat tolong masak je. Tak menyempat nak menolong mengedarkan sebab ada event sampai ke malam. Untuk pengetahuan korang, aku ni sebenarnya memang peminat bubur lambuk. Aku memang suka makan bubur. Dulu-dulu ayah aku memang hari-hari akan ambil bubur dekat masjid. Siap standby bekas lagi dalam kereta. Sebabnya kami makan bubur ni dan simpan untuk bawa ke sahur.
Sedulang Nasi Ambeng penyambut bulan Ramadhan <<<Baca juga
Kau tengok aku tengah buat ape?menolong ke tayang muka je tuuu...hahahha. |
Ternyata bubur lambuk ni sememangnya pengikat kasih sesama kejiranan tetangga. Aku baru ler tau rumah makcik tu dekat sini , anak dia yang ni rupanya. Hahahha. Ini merupakan pertama kalinya kami mengadakan masak bubur lambuk ni. Tak sangka ianya berjalan dengan lancar. Kan dah cakap , makcik-makcik tempat aku ni power-power tau. Jangan main-main.
Okay la...kepada yang tengah sibuk kemas rumah dan sibuk menyiapkan persiapan raya , elok-elok yer! Jangan membazir dan berlebih-lebihan. Ingat , raya raya juga tapi jangan sampai boros!
Orang berbudi kita berbahasa..
BalasPadamMusuh jangan di cari...
Begitulah adab berjiran ..bermuafakat sepakat..
Esok-esok jika kesusahan, jiranlah yang no 1 datang membantu ..
seronoknya aktiviti bergotong-royong ni. seronoknya.
BalasPadamhai there! i'm blogwalking here^^
BalasPadam