Kisah 52 hari ni ialah bertajuk bulan kegemaran saya. Oleh yang demikian , im proudly to say FEBRUARY iaitu bulan kelahiran saya. Dilahirkan pada tahun 1991 , merupakan anak kedua dan i paling suka nombor dua.
Since aku takde story di blog ni tentang what happened masa birthday aku pada tahun ni..so marilah kita berthrowback. That day ialah 8 February . Masa tu kes Covid masih awal-awal berlaku. Haritu ialah hari yang agak menyedihkan pada aku. Jujurnya , aku ada terasa hati dengan beberapa orang pada ketika itu . Well , aku tak celebrate pun birthday aku dengan family sebabnya aku takde family yang boleh lepak makan setable gitu , yang boleh hang out all the time . Sadly , i dont have that .
That day , aku berharap akan ada orang yang make me feel so happy . Pagi tu aku rasa sedih. Sampailah kawan baik aku whatsapp "takde celebrate mana-mana ke ?" . Dan aku reply , " takde ..mana ade semua tu" . Kawan aku tu terus " jomlah" . Ya Allah , baik nya kawan aku tu . Dia pickup aku dekat rumah and dia cakap " jom aku bawak kau pergi satu tempat ni...tempat ni best tau" . Dalam hati aku , macam aku tahu je kat mana. Hahahaha . Dia bawak aku pergi makan dekat Onn Kitchen tempat favourite aku makan grill chicken chop .
Seboleh mungkin kawan aku ni nak buat aku happy . Dia cakap "birthday girl mana boleh sedih-sedih". ( Alaaaaa sambil menaip ni aku pulak rasa sedih...) Lepas makan tu dia tanya aku nak gi mana? . Aku pun macam tak tahu sangat sebab waktu tu Hari Thaipusam. Banyak cuti. Jadinya kitorang ke bandar la ade bazar karat . Kitorang pun jalan-jalan cuci mata and dia siap tanya lagi " kau nak ape ?" semua makanan yang ade jual dekat situ dia offer. Aku cakap aku tak nak.. Memang tak nak pun .
Orang mesti ingat aku nak something bila hari jadi tapi aku tak nak , aku nak spent time dengan orang yang care pasal aku, dengan orang yang suppose to be with me . Tu je . Dah settle berjalan semua tu aku pun balik ke rumah , sampai je kat rumah dapat suprise balloon and chocolate dari jiran sebelah. Aaaaa so sweet. Aku tak pernah dapat surprise macam gitu .
Kesian orang yang nak hantar suprise tu tunggu aku and terpaksa pakat dengan abang aku . At least , these people are the reason for me to be happy that day. Hari itu , aku cakap pada diri aku " dont expect people to always stay with you , dont!" Jangan ingat orang yang selalu hang out dengan aku..akan sentiasa buat aku happy.. TAK!
By the way , thank you dekat kawan aku tu...Nur Najihah sebab dia la yang dok bawak aku keluar waktu tu. Thank you beb walaupun aku tak tahu kau baca ke tak blog aku ni. Hahahaha.
Specialnya bulan February ni..aku jugak celebrate birthday dengan abang aku. Aku 8 hari bulan , abang aku 11 hari bulan . Jadinya aku selalu mengalah cakap..alaaa sambut 11 hari bulan tu la . Aku jelos tengok orang yang boleh sambut hari jadi together dengan parents , boleh buat makan-makan gitu , or pergi holiday sesama.
Hmmm..mungkin bahagian "kebahagiaan" aku lain dari orang biasa. Mungkin tahun 2021.. Allah nak berikan rasa bahagia pada aku ... Kita tak tahu kan rahsia Tuhan ?.
61 Hari lagi.. untuk 8 February 2021. Semoga yang baik-baik datang kepada diri ini. Insyallah ❤️
0 Comments:
Catat Ulasan
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.