3 Cara Kurangkan Main Phone
Hah, korang ada masalah ketagihan bermain telefon ke? Tak dinafikan, semakin ramai yg mengalami masalah ketagihan telefon pintar.
Sesaat tak scroll telefon, rasa tak keruan jadinya!
Nak tau 3 cara hentikan ketagihan main phone ?
- Tetapkan 1 Hari Dalam Seminggu Sebagai Hari Tanpa Telefon Pintar
Nak terus berhenti bermain telefon pintar ni bukanlah mudah. Sebab kita dah terbiasa sangat dengan meluangkan masa bersama telefon tanpa disedari.
So, kalau betul nak hentikan ketagihan ini, kita boleh bermula dengan langkah paling senang iaitu tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon. Pada hari tersebut, telefon hanya digunakan untuk hal-hal penting sahaja seperti panggilan kecemasan.
Luangkan masa sehari tersebut dengan melakukan aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan. Contohnya, boleh sertai kelas memasak, menjahit ataupun meluangkan masa bersama insan tersayang. Bertegaslah dengan diri sendiri agar tidak menyimpang daripada matlamat yang ditetapkan.
- Jangan Mengecas Telefon Dekat Dengan Katil
Jujurlah dengan diri sendiri. Bila korang cas telefon tu sebelah katil je, apa jadinya nanti . Sekejap-sekejap ambil telefon dan scroll Twitter, Instagram dan lain-lain. Kan?
Paling parah, bila jam loceng pun menggunakan telefon! Akhirnya, bila korang bangun, memang telefonlah jadi objek pertama yang dipegang dan dilihat.
Aduh!
So, dekat sini ada 2 perkara yg perlu korang lakukan kalau betul-betul nak hentikan ketagihan ini.
Pertama, jangan cas telefon bersebelahan katil tidur. Caslah sejauh mungkin.
Kedua, gunakan jam loceng sebenar sebagai penggera! Tak perlulah gunakan fungsi penggera di dalam telefon tu. Kalau tak, memang susahlah nak hentikan tabiat dan ketagihan telefon ni.
- Ubah Tetapan Telefon
Biasanya kita mudah terganggu dengan bunyi notifikasi. So, matikan saja fungsi notifikasi yang ada.
Antara langkah lain yg boleh diusahakan adalah:
- Hidupkan fungsi do not disturb
- Guna mod penerbangan
- Buang apps yg mengganggu seperti media sosial.
Atau boleh install apps yang dapat menghadkan penggunaan telefon tu nanti.
Buatlah apa-apa yang boleh bantu korang hentikan ketagihan tu. Asalkan di akhirnya, korang akan berjaya membersihkan diri daripada ketagihan telefon!
Orait, ada 3 cara nak hentikan ketagihan telefon:
- Tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon
- Jangan cas telefon bersebelahan katil
- Ubah tetapan telefon
Semoga tips ini dapat bantu kita semua meninggalkan keburukan bermain telefon dengan kerap.
0 Comments:
Catat Ulasan
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.