Buffet Ramadhan 2021 : Holiday Inn Johor Bahru City Centre : Kalau yang dah sampai ke post ini , tak lain tak bukan mesti nak survey Buffet Ramadhan disekitar kawasan Johor Bahru kan . Haa , kali ini Ain nak share satu tempat berbuka puasa yang very the best. Bukan membodek , bukan nak sembang kencang .. Tapi , ini lah pengalaman peribadi ain okay.. Korang baca sampai habis untuk tak terlepas peluang menarik .
Sebelum tu , Holiday Inn JBCC ni letaknya dekat mana ? Senang je , ianya dekat bandarraya Johor Bahru dan hotel ni terletak di atas Komtar JBCC . Masuk je parking sampai ke atas , atau pun kalau korang malas nak sampai ke atas , korang boleh je park macam biasa dekat parking Komtar JBCC dan naik lift untuk menuju ke hotel ini.
By the way , hotel ini masih baru lagi tau dan this year Holiday Inn JBCC keluarkan buffet ramdhan bertemakan Selera Kampungku . Korang mesti datang sini nak usha usha gambar je dulu kan ? Haa , ain bagi semua gambar yang ada.. Korang tengok lah puas - puas. Jangan terbatal puasa sudah la yer. Hehehe.
Antara menu yang tersedia ialah : Warong Kambing Bakar , Nasi Hujan Panas , Aneka Sup Tanjung dan Warong Kawah . Meh sini ain huraikan antara menu-menu yang ada lagia antaranya ialah : roti canai dan murtabak , sate , ikan keli bakar , ikan bakar , lauk -lauk kampung seperti udang sambal , masak lemak , ayam dan ulam-ulaman .
Port paling yang ramai orang beratur sudah semestinya Kambing Bakar . Menu ni sangat lah di rekomen untuk korang semua rasa sebab memang sedap sangat ! Sedap gila ! Ingat tau , sampai sini jangan lupa rasa kambing bakar Holiday Inn JBCC.
Pencuci mulut pula kalau korang tengok banyak gila gambar kuih dan desert . Kuih yang disediakan oleh hotel ini banyak kuih melayu tau nama pun Selera Kampung kan . Tapi , paling rekomen untuk korang rasa Cheese cake nya. Superb sedap . Everytime kalau datang sini , ain memang akan grab cheesecake kat Holiday Inn JBCC ni .
Ruang untuk berbuka puasa ini luas dan selesa dan jangan risau pihak hotel menjaga setiap SOP yang dijalankan dan surau juga disediakan . Kalau dah berbuka sikit tu ,boleh solat dulu di surau yang disediakan dan lepastu boleh sambung makan . Apa yang penting , jangan membazir okay !
EH ,kejap .. mesti korang tertanya harganya berapa kan ? Harga asal RM 138 (dewasa) , kanak-kanak 6-12 tahun RM 68 . tapi ada nak bagitahu berita best untuk korang tau !
Kalau korang book dengan gunakan nama Aku Ain Kau Siapa , korang akan dapat diskaun harga menjadi RM 118 SAHAJA! DAH JIMAT RM 20 TUH..
INGAT RM 118 SAHAJA . kat bawah ni , Ain letak cara nak booking okay :
Saya nak bookings untuk Buffet Ramadhan Selera Kampungku . ini details nya :
- Media Name: Blog Aku Ain Kau Siapa
- Guest Name: (letak nama )
- Contact No: (no telefon)
- No. Of pax: (jumlah yang hadir)
WhatsApp di sini yer ⤵️
016-7184214 (Keyin) or
017-7794867 (Farah)
Letak nama blog akuainkausiapa baru dapat harga diskaun okay ! Selamat berpuasa semua.
Puas hati buka di sini. Macam-macam ada. Cuma pastikan ruang kosong perut yang boleh diisi hehehee.
BalasPadamjommm book kambing bakar sedap tu!
BalasPadam