Assalamualaikum . Dari start tahu tentang kewujudan permainan ni la ain jadi start suka . Ain suka benda yang bernombor . Ain suka subjek Matematik , Prinsip Perakaunan dan semua subjek mengira . Mungkin sebab tu jadi suka pada permainan Sudoku .
Masa intern dulu , hari hari tukang ambil surat khabar dekat kaunter , pastu aku lah tukang siapkan sudoku ni . Tukang isi ruang kotak kosong tu . Sampaikan ada officemate tanya , "siapa yang buat sudoku ni ?." Sebab selama ni tak ada siapa yang conteng kotak tu kasi penuh . Hahaha . Dah nama pun waktu tu budak prektikal , tak banyak sangat kerja . Siapkan jela kerja sudoku ni.
Macam mana boleh pandai main ?. Ain belajar sendiri . Undang undang nya simple . Kotak kasi penuh 9 nombor . Jangan ada bertembung nombor yang sama pada kolum dan row . Permainan sudoku ni ada kira kira formula nya . Tapi ain tak pernah nak study cara tu .
Ain main sudoku ni ibarat macam main puzzle . Puzzle kena cari bentuk dan gambar kan . Tapi ni selesaikan nombor . Setiap kotak dan baris mesti hanya ada nombor 1- 9 sahaja . Tak boleh ada nombor yang berulang .
Untuk permulaan , boleh cuba main yang kolum dan baris nya sedikit . Nanti dah expert , komfom rasa seronok .
hihi, cik timm start suka sudoku waktu tingktan 3 sbb cikgu tuisyen math tu sentiasa bgi sudoku dulu sebelum start kelas, hihi..
BalasPadam