Pesan Pada Hati


Assalamualaikum .. sedikit perkongsian hari ini. Untuk hati ini dan untuk diri ini . Jangan putus asa ! 

Aku bersyukur dalam pada aku tengah nak menjaga pemakanan aku ni , ada juga kawan kawan yang sokong . Siap pesan tadi , "weh aku dah last makan ni.. aku last makan pukul 5-6 petang. kau try lah ain jaga time makan" . 

Alkisahnya petang tadi lepas dapat mesej tu pun terus aku dinner awal. Selalu dinner jam 8 malam gitu . Nampak gaya rutin makan kena berubah la. Bukan itu je , kawan ain ni pun dia tengah nak reshape kan semula badan dia selepas bersalin , so sebabtu sebolehnya dia kongsi apa yang dia makan. Time makan bila , menu makanan dia .

Sekurang-kurangnya jadi lebih bersemangat sangat ! Dia cakap boleh nak makan mee ke , kuih ke . Dia pun makan juga tapi dia makan dalam kuantiti yang sedikit . Lepastu dia memang tak minum manis . Donut ke kek dia tak makan . Nampak gaya kuantiti nasi dan jumlah karbo yang ain consume kena kurang lagi ni . Takpe !! Selow selow janji ada progres.

Lepastu beberapa hari ni juga sebenarnya agak down juga. Tapi , Allah hantarkan kawan kawan yang akan bertanya khabar . Terus rasa bahagia boleh senyum balik . Insyallah ..Pesan pada hati ! jangan putus asa ! pasti akan tiba satu saat , doa doa itu dimakbulkan Tuhan ❤️

2 ulasan:

  1. Memang bagus makan awal
    Sepatutnya selepas maghrib dah tak payah makan apa2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah beberapa hari dah ni wak.. ain dh x makan malam . harap kosisten

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.