Kenapa ain update ?. Ain jadikan blog akuainkausiapa ni sebagai diari . Nama pun diari kan . Kita update je la apa yang kita makan setiap hari .
So hari ini , ain outdoor jogging dengan kawan. Dapat la joging sampai 3 KM lebih. Fuh ! Lepas lari tu balik rumah terus mandi cecepat . Sebab ada kelas online marketing. Breakfast roti tu bukan ain yang buat tapi abang yang siapkan . Ain cuma siapkan makanan yang heavy heavy je .Hehehe .
So menu makanan ain ialah ⤵️
✅Roti sosej cheese 2 keping letak sos
✅Kudapan pagi granola ratah gitu
✅Lunch nasi putih ayam perap airfryer sup sayur dan sedikit sambal cili telur dadar sedikit
✅Epal hijau sebiji
✅Dinner nasi putih ayam perap airfryer sup sayur
Sup sayur tu abang ain cakap sedap ! Dia suka . Sup tu bahan tumis dia bawang putih , cili padi , ikan bilis tu semua ditumbuk . Sup sayur ni simple je tapi yang buat dia lagi sedap mungkin letak sedikit tepung jagung untuk bagi pekat dan creamy serta letak bawang goreng ! Mantop! Ain letak juga cendawan serta tomato . Dah siap ! Pakai sayur kobis je tu.Settle!
sedapnya sup sayur
BalasPadam