Bersama Teman Kecilku !


Assalamualaikum. Teman kecilku ini la yang selalu morning walk bersama . Tadi pula rasa macam serabut sikit kepala ni , pusing pusing la jalan kaki ke depan rumah . Itu lah yang aku buat semasa aku sekolah dulu . Berjalan kaki . 

Tapi pelik kan kenapa gemuk ! Hahaha . Mungkin time dulu jenis makan sedap je kan . Boleh dikatakan aku ni selalu la juga berjalan kaki . The best therapy untuk aku kalau macam tengah banyak gila fikir dan otak serabut ialah berjalan kaki .

Sebab bila berjalan kaki kita melihat persekitaran secara tak langsung dapat menghilangkan keserabutan yang ada dalam kepala otak ni . 

Jujur cakap , semenjak dah 30 ni . Tipu la tak fikir serius tentang masa hadapan . Pula tu aku belum kahwin lagi . Belum ada rezeki bertemu jodoh kan . Tapi bila ada teman kecil ku ini la boleh menemani ku morning walk , petang petang sapu daun kering depan rumah , kadang teman jalan kaki pusing pusing sekejap.

Buat perkara macam gitu pun dah rasa seronok tau pada ain . Well ain jenis suka macam gitu ! Teringat dulu -dulu masa arwah ibu ada , kitorang akan pusing pusing satu bandar JB (duduk dalam kereta je) sebelum balik ke rumah . Mungkin tu je cara kami menghilangkan sedikit stress . 

Korang pun kalau rasa stress ke kan , korang selalu buat apa ?. 

6 ulasan:

  1. bestnya ade teman jalan2..

    sy kalo stress bukak shopee jela.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaahahah bukak shopee okay tauu tapii bila add to cart dh terlampau penuh..boleh stress jugak nak pilih yang mana nak n xnak 😅😅😅

      Padam
  2. kadang tidur je..haha selalunya membaca atau tengok movie

    BalasPadam
    Balasan
    1. ain pon selalu gak buat mcm gini ... tidur ngan tgk movie..

      Padam
  3. alolo.. comel sungguh orangnya....

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.