AKU PAKAI INAI MEKAH | Sehari sebelum ain pulang ke kampung , ain berkesempatan untuk bermalam di rumah Blogger Sis Lin kerana kami bertiga (Sis Lin , Kak Sunah Sakura dan Ain ke Westin Desaru ) . Jadinya , sis kan baru pulang dari menunaikan ibadah umrah . Alhamdulilah , sis beri ain ole ole (buah tangan) dari mekah. Seronok pula bila dapat inai mekah . Maklumlah , dah lama jari ni tak berinai . Seingat ain jari ni berinai kalau jadi bridesmaids je tau .
Baca : kisah ain jadi bridemaids selama 4 tahun
Cara mudah untuk memakai inai pada kuku :
- Bersihkan tangan dan kuku terlebih dahulu
- Pakai inai setebal yang mungkin sebelum tidur
- Biarkan inai tersebut kering
- Apabila inai dah kering , top up pada mana mana bahagian yang kurang
Selepas bermalam di rumah Sis Lin , keesokkannya ain terus ke kampung . Beg yang sama ain bawa , jadinya pada sebelah malam selepas solat magrib tu ain pun melukis la inai mekah di jari ni . Tak susah pun nak guna inai mekah ni . Pakai suka suka je. Oh , satu lagi sebab nak tutup satu jari yang kena celup masa PRN Johor tu . HAHAHA .
Tu yang kalau perasan , satu jari tu je gelap semacam . Pssttt : teringin nak rasa excited yang sebenar bila berinai pada jari (iaitu pada hari perkahwinan) . Selama ni asyik jadi bridemaids je kan , tumpang gembira wedding orang je ... Insyallah ~ jodoh pasti bertemu . Tiber~
eh nak pakai jugak la sempena Ramadan...hahahahha
BalasPadamNampak mula semacam je kann inainya, sekali dah pakai kemain merah hehehe
BalasPadam