MAKAN NASI DAGING MERAH DAN SATE DAGING WAK RADOL

MAKAN NASI DAGING MERAH DAN SATE DAGING WAK RADOL | Dulu-dulu ain suka tapau dan makan di Restoran Sayam 3 yang berdekatan dengan Taman Kenanga Johor Bahru tu . Ain pergi kesitu kerana servis nya laju , order sekejap je dah sampai dan sangat cepat untuk orang bujang macam ain yang suka take away food gitu . Tapi , memandangkan rasa makanan pun dah kurang sedap dan mengecewakan (rasanya macam bertukar owner) , terus buat keputusan dah tak nak lagi bungkus membungkus di restoran tu . Pilihan seterusnya ialah di gerai wak radol ( gerai tepi jalan tu , gerai yang first cawangan nya di buka).


Rasa sate Wak Radol ni memang tak dapat dinafikan sangat sedap ! Family kitorang suka sate daging , jadinya kalau order memang semua sate daging je . Untuk sesi makan sate wak radol kali ni ain pergi dengan abang ain je . Kepenatan baru balik dari kampung , malas masak beli jela makanan .


makan di wak radol johor bahru



Ain ni memang suka nasi daging merah . Pernah juga sampai satu tahap craving gila nak nasi daging merah . HAHAHA . Abang ain cakap , kita order jela sate seorang 10 cucuk ! HAHAHA . Macam nak pecah juga perut ain nak menghabiskan nasi daging merah dan 10 cucuk sate daging tu . Tapi , macam biasa ain ni jenis makan perlahan , jenis makan nak kena feel gitu . HAHAHAHA. (orang dah habis makan , aku yang terkedek kedek belum habis makan ) . Alhamdulilah , habis juga makanan yang di order tu .


nasi putih daging merah

satay wak radol


Begitu la , menu yang selalu ain order kalau datang ke sini . Janji kenyang ~ Walaupun suka daging merah , tapi tak pernah sekali pun ain cuba untuk memasak sendiri dirumah ! Malas nak rebus daging . HAHAHHA . 


Sate Wak Radol

Jalan Denai Utama, Kempas Denai, 81200 Johor Bahru, Johor

010-420 3094

2 ulasan:

  1. Lama tak makan Sate Wak Radol dan makan cawangan Kempas ni. Walaupun WR dah buka cawangan tempat lain, tetap suka makan di tempat asal.

    BalasPadam
  2. baru je aku pergi jalan ke restoran sayam tu malam tadi, kak ajan ajak nak amek gambor before 1 april...hahahha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.