PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA

PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA | Nampak rambang mata dan tak tahu nak pilih bila kita selalu cuci mata di Instagram , di Shopee dan juga di butik butik. Itu la wanita ! Bingung dan pening untuk membuat keputusan design baju raya mana yang sesuai dipakai untuk hari raya . 


Pada hari raya , semestinya wanita mahu tampil paling cantik , vogue dan bergaya . Bonus tambahan ! Mesti nampak kurus . Haa , nak nampak kurus kena tahu tricks dan tips nya . Jom ketahui 6 cara mudah untuk memilih design baju kurung yang sesuai mengikut bentuk badan masing - masing . 


6 cara mudah untuk memilih design baju kurung


Terdapat 6 cara mudah untuk memilih baju kurung yang sesuai mengikut tubuh badan wanita . 6 panduan ini digambarkan dalam bentuk info grafik . Jadinya , ukur baju di badan sendiri yer . Jangan sibuk ukur badan orang lain pula . Sendiri yang nak pakai , sendiri yang kena pandai pilih mana yang bersesuaian dengan bentuk tubuh . Hehehe . 


Berikut 6 gambar panduan mudah bagi memilih design baju kurung :


  • Corak sama untuk baju dan kain 
Pattern baju ini sangat sesuai bagi mereka yang bersize rendah dan kecil (petite) . Pilih corak baju yang sama dengan kain supaya menampakkan si pemakai lebih tinggi


baju kurung corak baju sama dengan kain



  • Baju Cutting Duyung 
Pattern baju sebegini akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.




baju kurung duyung


  • Baju kurung pahang
Baju kurung pahang akan kembang di bahagian bawah . Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk dan pendek , tidak digalakkan untuk memilih dan memakai baju kurung pahang kerana akan nampak lebih mengembang. 



baju kurung pahang

  • Baju pesak gantung
Haa , untuk nak cover perut buncit dan tampak lebih langsing , sangat digalakkan untuk memilih pattern pesak gantung. Perbezaan pesak gantung dan kurung pahang ialah kurung pahang mengembang di bawah tetapi pesak gantung hanya kembang sedikit sahaja. 



baju pesak gantung


  • Dart baju di belakang
Pattern baju ini sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai dada besar tetapi punggung leper,  Jangan silap pilih pattern pula yer . 



dart baju di belakang


  • Dart baju di depan
Pattern baju ini sangat sesuai bagi tubuh wanita yang berpunggung besar tetapi dada kecil dan perut leper .




dart baju di depan


Kesimpulannya , jangan silap memilih pattern dan design baju kurung terutama sekali untuk dipakai pada hari raya . Apa yang penting , sentiasala ukur baju di badan sendiri . Teknik bagi memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita mampu membuat wanita itu tampil lebih confident bila berhadapan dengan orang . 


Korang , antara 6 panduan design baju kurung ni , mana yang mengikut tubuh badan korang ? Cuba komen sikit ..

1 ulasan:

  1. yang paling sesuai adalah yang first dan last sekali. hehe. tak shopping lagi baju raya.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.