KUIH RAYA RUMAH KORANG KUIH TUNJUK TUNJUK KE KUIH BUAT SENDIRI ? | Kalau dah nama pun hari raya kan , mesti la orang nak makan kuih raya . Tapi , untuk tahun ni , kita dah sebulat suara nak vogue , jadinya malas nak masak , malas dah nak fikir buat kuih raya . Beli je la . Kihkihkih. Lagipun port memborong kuih raya dan kerepek dah banyak kan .
Antaranya ialah disini . Banyak kali juga membeli disini . Tapi ayah kata ada port baru , baik ! Nanti waktu raya kita singgah . Percaya lah , kalau pusat borong kuih raya dan kerepek ni di kawasan kampung selalunya memang akan buka dan tak tutup . Sebabnya , diorang tahu ramai orang bandar pulang ke kampung .
Kuih raya untuk tahun ini semuanya versi tunjuk menunjuk je . Hahahaha . Tak ada nya nak membuat . Entah la , dulu - dulu masa zaman sekolah memang bersemangat nak membuat kuih raya walaupun cornflakes madu , tapi semenjak dah 30 an ni , jadi malas sungguh . Bukan malas tapi semangat tu entah tak tahu pergi mana .
Kuih raya tu pun dapat dari sedara bagi . Kuih gunting sambal dan cornflakes madu . Kuih gunting sambal tu memang resepi turun temurun dari keluarga sebelah ayah . Memang selalunya time raya memang laku .
Selebihnya nanti ain topup topup la kerepek ke dan beli kuih tunjuk . Kihkihkih. Korang ada ke buat kuih raya tu ? Ke sama sama geng tunjuk menunjuk jugak? Selamat hari raya ~~
nani je rajin buat cornflakes madu..tapi ku da serahkan kepada jiran tetangga hahaha
BalasPadamalaaa belum buat lagi blog ain, nanti lah balik sarawak buat hahahahhaha
BalasPadamKita sebiji pun tak buat kuih raya. Tunjuk pun tidak, hihi.
BalasPadam