Instashop Kena Ramai Followers Ke?

Sejujurnya , ain baru mula berbisnes secara online dengan menjual preloved seperti baju, shawl dan lebih memfokus kepada pakaian orang orang kita biasa pakai. Idea itu datang lepas pergi kelas BMC (Business Model Canvas) tetapi waktu itu ain fokus pada 'upcoming bisnes' yang akan dan wajib ain buka insyallah bila tiba masanya. Di akhir kelas , cikgu (skema sikit panggil cikgu) yang mengajar itu  memgajar rahsia buat bisnes geli geli bermula dari rumah.

Lalu ain terfikir, sebelum ain nak fokus pada sesuatu yang besar,kenapa tak mencuba pada skala bisnes yang lebih kecil yang dapat mengurangkan kos perbelanjaan?
Langsung tidak ada niat di hati mahu ada butik baju ,koleksi pakaian sendiri yang di brand kan. Langsung tidak ! Sebab ain tahu, dunia fesyen ini setiap hari kena bersaing yang sangat sangat agresif. Apatah lagi newbie macam gua!. Tak cukup kuat memang hanyut di makan ombak. ceh ceh, ayat nak novel sangat.

Tapi, selepas berfikir dan membuat 'peta' perancangan , ain yakin.ALLAH hantarkan idea itu sebab Dia approve apa yang kita perlu buat untuk melangkah satu step ke hadapan. Iya ,bukan satu perkara yang mudah. Jujurnya lagi , ain memang tidak suka menjual produk. ain lebih suka kepada menjual servis. Sebabnya, dalam menjual servis ini kita bebas untuk sembang kencang. *hehehe* . Maksudnya , kalau produk ini kita perlu fokus kan ia berbanding pula dengan servis dimana kita boleh 'add value' dengan mudah dan cepat. Maaf kalau tidak memahami gaya bahasa seorang marketer.

Alhamdulilah , dah 2 minggu lebih juga ain sudah memulakan bisnes instashop ain. Oh! jujur nya
(pengakuan jujur yang ketiga) kenapa dekat blog kau jujur sangat ain? hahahaa. Ain memang tak mahu langsung membuat akaun Instagram . Sumpah ! Sebabnya ain suka bergambar dan suka melihat gambar gambar yang cantik . Jadi , bila kesukaan itu disalurkan pada medium seperti ini secara tidak langsung ia akan menjadi satu tabiat dan selepas itu ianya akan menjadi satu ketagihan. *Maafkan lagi tatabahasa seorang marketer yang cuba untuk sembang bohong semakin terserlah.

Tapi, cikgu instagram kita , iaitu housemate masa belajar dekat kedah (Syiera Firdaus) dia yang suruh buat akaun sebab dia dah dapat stabil bisnes online di instagram nya lolitafairytalecloset  . Makanya kita kalau nak berjaya , kita kena follow apa yang orang dah berjaya lakukan. hehehe.

Seminggu lepas kita membuat akaun , kita target 100 followers. Alhamdulilah , ianya menunjukkan feedback yang sangat baik. Memang terasa lagi bersemangat lah kan. Tambahan lagi , semalam ain berdoa agar mencapai 250 followers. Nah ! ALLAH hantar terus 250 + . Lagi semakin bersemangat.

Kata orang , dalam urusan bisnes ini sebenarnya perkara pertama jangan pentingkan sales dan untung. Kita wajib bercerita , memberi pengenalan dan penerangan kepada apa yang kita hendak bagi kepada pelanggan. Barulah pelanggan merasa selesa dan dia rasa seronok untuk berurusan. Hari demi hari , setiap hari ain akan buat sedikit research , pembacaan tentang bagaimana mahu letupkan bisnes di instagram. Kalau rasa macam tidak bersemangat , sit back .relax and i always tell myself 'always refer to the plan'. Bukan apa , kadang kadang emosi kita ini memang tidak stabil , mesti kita nak kan sesuatu itu kita tolak tepi erti sabar. Tapi dalam kes ini , i need to be sabar a lot.

Ada yang sudah bertanya ,"Ain , kau mahu bisnes kau ini sampai tahap mana?" . Jujur yang ke-4 , this is a platform untuk ain mahu ada branding sendiri. Iya,mohon cakap gila pada ain. Bukan sesuatu yang mudah tetapi bila kita yakin setiap langkah itu mendapat restu dari yang maha esa , kita tidak perlu rasa gentar walaupun sekeliling kita memandang kerdil usaha kita itu. *ayat motivasi kepada diri sendiri. Kalau kita dah buat sesuatu , kita mestikan mencapai pada satu tahap yang terbaik yang mampu kita banggakan. Padahal mula mula terasa mahu geli geli saja bisnes ini tetapi bila keyakinan itu dihantar oleh Pencipta , terima saja dan lakukan sehabis baik.

Oh ya! berdasarkan research yang ain buat , i wonder why some instashop private ehk? I know fenomena spam spam #visitmyig itu dah semakin membiak biak but if you private it,tak ke rasa ia menutup pintu rezeki yang sebenarnya banyak itu? Maaf, sedikit kata kata negatif , terasa macam diorang ini pelokek pun ada. Tidak mahu berkongsi konon takut pesaing meniru apa yang dia buat ,dan macam macam lah. Okay, tak mahu sembang banyak tentang ini.

Tajuknya! oh ,nampak tak gua tengah sembang kencang yang teramat sampai lama gila mukadimah itu.hahaha. Instahop memang kena ramai followers ke? jawapannya , pada ain lah , ramai atau sedikit sebenarnya hanya lah gambaran kasar mereka yang review instagram kita. Kalau ramai sampai beratus ribu tapi tidak berkualiti yang mana tidak kena pada target customer kita.Ianya nampak tidak kena ,Jadi adakah perlunya kita meramaikan sedangkan ia  tidak berkualiti? Tapi newbie macam instashop ain ni , pengaruh followers itu sangat sangat penting bagi mengaburi mata kasar mereka yang review.

Penutup , bantu ain. bantu ain..untuk dapatkan lebih ramai followers. sila rajin rajinkan tag @@@ kawan kawan yang punya kegilaan dan kesukaan mencari barang barang preloved ya!.*muahciked* Oh, ayat instagram memang kena nak suwit suwit lah sangat.hahaha.



Instagram
Boleh view dan follow *muahciked* ;)
Doa kan moga instashop ini mendapat sambutan dan mampu melangkah setapak demi setapak. Insyallah. 
XOXO *hahaha*

Segmen Tajaan Wanita Hari Ini TV3


12:00pm - 1:00pm (Isnin -Jumaat)
TV3

"Segmen Tajaan Wanita Hari Ini TV3"

Selalunya , selepas topik habis dibincangkan , selepas itu akan ada segmen ini.
Semestinya , segmen ini yang paling ain sukai.

Sebab apa?
Dari situ kita belajar macam mana mereka mempromosikan produk mereka rasanya tak kurang dalam 10-15 minit duration nya.
Bagaimana dorang yang mungkin founder,ceo,marketers or spokeperson untuk produk itu bersungguh sungguh bercakap tentang kebaikan dan kelebihan produknya.

Tapi,,, paling win kebanyakkannya ialah bila yg bercakap itu LELAKI..
Nampaknya trend sekarang lelaki pun mampu membicarakan tentang kecantikan.

Tak pelik kalau lelaki mampu jadi pengedar stokis,agent, dropship terbaik untuk sesuatu produk..

Bukan itu saja , boleh nampak trend marketing sekarang , sudah ramai ceo dan founder sendiri turun padang menjalankan aktiviti me'market'kan produk mereke itu sendiri.
Ini secara tidak langsung , pengguna sendiri dapat mengenali siapa sebenarnya pengasas produk itu.

Mungkin kita tidak mampu beriklan di media elektronik kerana ianya melibatkan kos yang agak mahal , tetapi kita boleh sedut ilmu bagaimana mereka bercakap tentang 'bestnya' produk mereka di kaca tv. 

Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie?

Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie



"9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga"


Sesungguhnya rezeki dari tuhan itu sangat luas dan banyak kepada hambanya. Tapi bagaimana kita menilai dan menghargai rezeki itu?
Berkaitan dengan bisnes kita sendiri , macam mana selalunya kita kira rezeki kita?

Rezeki = Untung

Walaupun kita berniaga kecil-kecilan , kita bos kita lah pekerja , tetapi dari segi mengira keuntungan itu sangat penting. Kebiasaannya , mereka yang berbisnes hanya lakukan pengiraan sebegini ;

Modal - Jualan = Untung .
Contoh : jual tudung . 
Beli dari supplier RM 10 , Jual RM 15 . Untung RM 5.

Sebenarnya ini lah situasi dimana anda telah sabotaj bisnes dan diri anda sendiri.
Kenapa ?

Untuk mengira berapa sebenarnya untung bisnes anda , 

Jualan - Kos = Untung

kenapa ini yang betul?

Modal yang anda gunakan sebenarnya ialah kos pembelian barang yang anda hendak jual . Anda tidak masukkan kos kos lain.

contoh :
internet , bisnes online mesti perlukan ini.
topup / bil, sms & call customers
minyak petrol , urusan postage
alat alat tulis, nak isi form , nak proses membungkus , sampul surat
marketing! (promosi , advertisement)

ya! semua ini anda harus kira.
woi , macam gini makin banyak rugi je.

okay , setiap masalah ada penyelesaiannya kan.

fikir dan target berapa setiap bulan JUALAN yang kita mahukan.
contoh , RM 5000

Jualan = RM 5000
1Bulan= 22 hari
(berapa hari bekerja) online bisnes , hari pos = hari bekerja.

Jualan /  Hari ( jualan bahagi dengan hari kita berniaga)
 1 Hari = RM 228

Target jualan kita sehari mesti dapat RM228 untuk kita achieve jualan RM 5000 sebulan.

1 hari berapa banyak kita kena jual?

Contoh :
Jual tudung. Ada dua harga yang selalu mendapat tempahan
Harga nya RM 10 dan RM 50

RM 50 X 3 = RM 150
RM 10 X 8 = RM 80
    Jumlah =  RM 230 ~ RM 228 

Pengiraan sehari berapa kita nak jual ini bergantung kepada target produk setiap bisnes.

Ini bermakna , bisnes tudung ini perlu jual 3 helai tudung berharga RM 50 , dan 8 helai tudung berharga RM 10 untuk dapat kan RM 230 sehari supaya target RM 5000 tercapai.


Berbalik kepada kos kos yang terlibat sepanjang bisnes dijalankan ,
Pengiraan sebulan :

Topup / Bil ; RM 100
Transportation (Minyak Petrol ke pejabat pos) : RM 200
Stationery( Alat tulis , sampul pembungkus) : RM 100
Marketing : RM200
Jumlah = RM 600

     Jualan - RM 5000
(-) Kos yang terlibat - RM 600
     UNTUNG = RM 4,400


Ini sebenarnya cara pengiraan berapa sebenar UNTUNG bisnes anda.
Sebab itu penting kita perlu tahu berapa target jualan kita untuk memudahkan kita tau berapa untung sebenar kita. 

Apatah lagi yang sudah ada kedai dengan sewa , bil elektrik , gaji pekerja.
Kesimpulannya , berniaga ni sebenarnya mudah , bila kita tahu bagaimana nak dimulakan.
Perniagaan yang terbaik ialah bermula dengan zero cost , elakkan berhutang atau meminjam dan ianya bermula dari rumah kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kos supaya mendapat untung yang banyak.

Yang penting , peniaga haruslah punya akaun yang baik ianya tidak rumit kalau dipelajari perkara yang basic kerana dari situ kita nampak flow duit itu .

Pada mereka yang sedang berniaga , sila urus akaun anda secara bijak!
Pada mereka yang berkeinginan mahu berbisnes , ain ada nak share "bisnes geli geli dari rumah"

Nantikan di entri lain ok !