32/366 : DIARY OF THE DAY -1 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hai kepada uolls . Its February yo! Sangat sangat excited . Hahaha . Sebab 8 Februari ini birthday aku yang ke doplolima tahun . Its not that old right? Ahaks ! :)  Alhamdulilah , ALLAH bagi izin kita semua untuk terus menghayati kehidupan di muka bumiNya . Hari ini aku nak cerita pasal :


  • Sesi mengemas dapur rumah
Alhamdulilah , hari ini aku ada sedikit kekuatan untuk mengemas dapur rumah . Macam biasa , aku akan fikir dulu yang benda itu nak letak mana , benda ini nak letak mana , sebab aku tak suka buat kerja dua kali . Hahaha . Sekali ubah dah kena dan sedap mata memandang . Itu pun tak habis lagi tuh . Aku ini jenis cerewet sedikit kalau bab mengemas sebab pada aku , biar penat sekali ,jangan penat berulang ulang kali nak buat benda yang sama . Kan bosan itu . Lagipun lepas ini  , aku nak fully utilize oven dan mikrowave aku tuh dengan projek memasak makanan sihat dan colourful . Hehehe . Kan best kalau masak sendiri at least kita tahu apa ingredient nya kan . Bukan itu sahaja , bila dapur dah bersih dan sedap mata memandang , kita pun tak jadi kelam kabut pinggan letak mana , bawang letak mana kan . Korang pun kena juga tau merajinkan diri mengemas dapur rumah . Secara tak langsung , kita akan jadi seronok duduk rumah sebab pemandangan nya sangat indah . Hahaha . 


  • Karen tadi tak ada kejap !
Tadi pagi sampai pukul 3 petang karen (eletrik) , bahasa pasar sangat main sebut karen je . Hahaha . Sekitar jam 10 pagi - 3 petang tak ada bekalan elektrik di kawasan rumah aku . Memang dah dapat notis dah . So , tak ada lah macam terkejut sangat . Aku pun apa lagi , itu yang mengemas dapur rumah . Sebab tak ada elektrik , unifi rumah dah komfom komfom lah off . Makanya , aku buat lah kerja kerja bakal isteri mithali ni . Hahaha . Bukan itu sahaja , nasib broadband masih ada bateri lagi , whatsapp group makcik makcik jiran pun berbunyi lah . Ada makcik itu siap check in hotel bajet lagi . Hahaha . Amboi , tak tahan sangat panas gamaknya . Hahaha . Pada aku tak ada la lama sangat . Lagipun , angin kuat dekat luar ,bukak pintu dan tingkap luas luas , pergh feel beb layan angin kuat tadi . Hahaha . Bukan group makcik makcik jiran je yang bising , tetiba wujud group baru pula , ada group "Team Holiday" pulak . Dahla yang dalam group itu semua perempuan gila shopping . Fungsi utama holiday bukannya nak pergi tengok tempat baru dan lain ,tapi lebih kepada shopping . OMG ! . That was not me at all . Kang kalau leave group nampak sangat aku tak menjaga hati pihak sekeliling . Hahaha .


Makanya , cukup lah dua cerita aku pada hari ini . Assalamualaikum :)



31/366 : DIARY OF THE DAY -31 JAN 2016

 





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Yeay ! Aku rasa sangat happy sangat atlast sepanjang bertahun lamanya aku berblogging , aku berjaya completekan sebulan diary of the day aku . Walaupun bukannya seronok sangat ke apa , well aku sebenarnya bukan jenis ada jiwa penulis . Hahaha . But , at least aku cuba . Itu yang buat aku rasa bangga kepada diri sendiri . Alhamdulilah , ini entri hari 31 diary of the day aku . Doakan aku semoga kosisten ye sampailah hari ke 366 iaitu 31 disember 2016 nanti . Hehehe . Makanya ini cerita aku pada hari ini :


  • Tengok orang cina makan malam awal waktu 
Maaf , aku bukannya racist nak banding bandingkan ,tetapi tadi petang aku lepak Danga Bay , Johor Bahru dekat  bahagian kedai makanan seafood . Aku lihat ramai chinese dah get ready nak serve makan malam diorang beramai ramai bawa keluarga . Tapi , waktu itu ,kita banyak habiskan masa diatas jalan raya menghadap jem sampai pukul 8 malam . Dah penat mesti tak ada masa nak habiskan dengan keluarga . Entahla , aku rasa itu lah erti kebahagiaan pada aku , melihat keluarga makan ramai ramai satu meja ,which kita memang spent our time together hari hari bukan kadang kadang . Pada aku , jiwa kekeluargaan itu memang dah sangat sebati dalam diri tak aku nafikan itu telah di didik oleh arwah ibu aku . Arwah ibu aku selalu pesan , jangan sesekali lupakan keluarga . Sebab itu aku rasa macam weyh , bahagianya keluarga itu hari hari boleh spent masa bersama . Nikmati kehidupan bersama sama . Tak ada lah tunggu time raya je nak berlonggok . Hari hari boleh berlonggok bersama . Kan seronok tuh . Insyallah , aku nak keluarga aku macam gitu . Boleh spent masa setiap hari bersama walaupun masing masing nanti dah kahwin dan berkeluarga . 



  •   Tentang luahan hati dan perasaan
Cehwah , yang ini macam feeling sangat kau ain ! . Hahaha . Secara peribadinya , dulu kan masa zaman belajar , kawan aku cakap  ,"ain , aku rasa kau boleh jadi pakar motivasi weyh . kau pandailah bab advice orang" . Tapi , lepas arwah ibu aku meninggal , haaa kau rasa boleh ke nak advice bagai padahal hati kau tengah depressed terlampau , muka kau sedih hari hari ? Ambil masa yang lama untuk aku back to normal to accept the fact , untuk kutip semula keyakinan diri macam dulu dulu . Alhamdulilah , tak sangka hari ini , ramai kawan kawan aku selalu mesej minta advice itu ini . Bab cinta lagi . Wey ,aku pun single mana layak nak nasihat orang bagai ini . Hahaha . Sebenarnya , kita ini nak kan orang yang mampu mendengar apa yang kita rasa ketika itu . Itu saja . Jadinya , be a good listener . Itu apa yang aku dalami selama aku jadi pendiam lepas arwah ibu aku meninggal .Aku jadi pendengar . Selalu mendengar apa yang orang kata . Kadang kita tak sedar yang , kita asyik rasa kita betul , kita pun apa lagi , cakap je lah tanpa kita langsung tak pandang siapa yang sedang mendengar apa yang kita sampaikan . Secara tanpa kita sedari , kadang kita melukakan hati orang itu . Nampak tak betapa power gila menjadi pendengar yang baik ? So , kalau kawan kau tengah buat sesi luahan hati perasaan , kau dengar dan layan kan je . Insyallah , you will learn something from other people stories . 



Cukup la apa yang aku larat dan mampu sampaikan . Aku nak mintak maaf juga , sebab aku dah jarang blogwalkng lately ini . Sorry bebeh ! Hahaha :)
Assalamualaikum dan semoga ALLAH sentiasa pelihara kita semua .

30/366 : DIARY OF THE DAY -30 JAN 2016






Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , bersyukur sangat sebab hari ini genap 30 hari ain kosisten dalam mengupdate entri diary of the day ini . Pergh , dia punya perasaan gembira , speechless uolls . Hahaha . Yelah , ini first time kot aku berani mati kosisten macam gini . Dulu suam suam kuku je , sembang lebih . Hahaha . Okay lah , hari ini pun aku nak minta maaf sebab tak sempat langsung blogwalking dekat blog blog uolls . Dari pagi lagi aku dah super duper schedule pack .  Makanya , kalau ini short entry aku , maafkan ye ! Sebab aku pun terasa penat sangat . Hahaha . Tapi , demi mahu meningkatkan tahap kosisten itu , makanya harus update juga . Jadi hari ini aku nak cerita pasal :



  • Bersenam dekat tempat public
Kadang aku rasa macam malu lah gile dok buat sit up  , burpeess , jumping jacks semua itu lah ditempat public . Tapi , bila difikirkan balik , sebenarnya , bila kita yakin yang kita boleh lakukaknnya , kita langsung tidak menghindarkan diri kita dari kata kata orang disekeliling . Yela , orang bambam buat jumping jack ? Kau rasa ? Mau tak bergegar lelemak ? But , who cares ? Kalau asyik fikir kata kata disekeliling itu makanya , kita jadi macam tak yakin terus pada diri tau . Jadi , untuk korang yang malu malu nak bersenam berworkout , ingat tau , aku yang bambam pun tak malu , inikan korang yang selim melim . Hahaha .


  • Aku sebenarnya suka bercakap !
Kalau orang yang dah lama kenal dengan aku , makanya diorang mesti tak rasa awkward bila jumpa dengan aku . Tapi , lepas arwah ibu meninggal tahun 2013 , bukan mudah untuk kaki aku ini keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang . Aku jadi semakin pasif . Kadang aku diam buat hal aku sendiri je tanpa aku berborak dengan orang . Sebab aku macam berada dalam keadaan kemurungan melampau . Sampai lah satu saat , aku mula sedar yang diri aku dah hilang , aku jadi macam "Ain , thats enough of hurting yourself!" . Allah kan bagi kita nikmat hidup ini  , kenapa kena meratapi rasa sedih itu sampai bila bila ? Lama juga aku macam hilang arah . Hahahaha . Tapi , alhamdulilah , Allah pujuk hati aku ini , hilangkan rasa sedih ini . Malah aku bersyukur sangat , yang sekarang aku macam dah petah bercakap bersembang semula .Cuma ianya makan masa jugak lah . Wahahaha . Kau ingat senang mulut dah lama bisu nak suruh bercakap macam joyah jemah ? Hahaha .


Okay , itu je lah kot yang mampu aku update ! Assalamualaikum :)