87/366 : DIARY OF THE DAY - 27 MAC 2016



Assalamualaikum dan selamat hari ahad kepada semua . Hahaha . Hari ini dah 27 mac . Cepatnya masa berlalu . Sedar sedar dah nak masuk bulan april kan . Jadi untuk hari ini , walaupun hari ahad tapi rasanya pack woi . Termengah mengah rasa . Hahaha . Hari ini apa yang aku lakukan ialah :


  • Basuh , jemur , lipat baju yang berlonggok
Memandangkan aku sorang je manusia perempuan dalam rumah ni , yelah ibu aku kan dah meninggal . Adik beradik semua lelaki . Makanya memang menjadi tugas wajib aku lah untuk buat semua tuh . Penat woi sekali basuh memang jalan 3 ke 4 round lah jugak . Hahha . Aku ni jenis basuh baju 3 atau 4 hari sekali . Sebab kalau jenis nak membasuh selalu ,pengsan woi . Patutlah sekarang ramai orang ada orang gaji kan . Aku jenis sekali dah basu terus jemur dan terus lipat . Malas nak buat dua tiga kali kerja . Yang paling penting , mesti ada lagu . Makanya buka lah radio . Sebab kalau aku dengar lagu lagi cepat aku siapkan semua tugasan tuh . Hahaha . Kalau tak ada lagu , hampeh memang slow gila aku siapkan . So , korang yang jenis suka mendengar lagu aku sarankan , bukak radio so jadi lagi cepat lah kerja yang perlu diselesaikan itu .


  • Kawan aku suruh aku layan korea!
OMG ! Yang ini sumpah kelakar . Aku ni jenis boyish mana lah layan korea . Ini siap bagi lagu lagi dekat whatsapp suruh dengar , bagi suggestion cerita korea lagi suruh tengok . Hahaha . Teringat masa aku duduk rumah sewa mas belajar dulu , budak rumah aku siap bubuh dalam hard disk aku cerita runningman dari episod mula sampai paling latest , satu pun aku tak  tengok . Hahaha . Entahla , i'm not into korean die hard fan . Hahaha . Maaf bukan mengutuk ataupun mengecam ! Tapi , jiwa memang tak boleh masuk kot . Tapi , disebabkan kawan aku paksa aku tengok Oh my venus sebab itu boleh bagi aku semangat bagi misiku kurus ini , aku nak tengok jugak ! Nanti aku dah habis tengok aku bagi tahu ye . Hahaha .


Okay , cukuplah untuk hari ini . I'm too tired ! Assalamualaikum:) 


86/366 : DIARY OF THE DAY - 26 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah hari ke 86 secara kosistennya aku menulis diary of the day ini . Jujurnya , ini satu pencapaian yang awesome untuk tahun 2016 ! . Best best best . Walaupun aku tak kosisten blogwalking . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Berjaya buat coleslow kfc !
Yes , yang ini rasanya best sangat . Dari beberapa hari yang lepas aku dah save resepi ni sebab nak cuba buat . Akhirnya , menu makan malam pada hari ini dapat aku laksanakannya . Rupanya tak la susah mana. Tinggal rajin pemalas kau je nak buat ke tak nak . Bahan bahan dia simple woi , carrot , kobis , mayonis dan fresh milk . Disebabkan aku ada stock susu low fat , makanya aku gunakan jelah . Kobis dan carrot potong dadu halus halus ,lepastu campurkan je semua . Nak lagi awesome letak dalam peti sejuk . Fuuh , sedap sangat! Cuba lah woi . Sorry , tak sempat nak tangkap gambar sebab dah habis ngap semua . Hahaha . Coleslow kfc memang favourite aku . Sekarang kalau craving dah tak payah nak pergi kfc sangat , buat sendiri je . Resepi pun simple je kan . Korang pun cuba tau .


  • Dah restock barang dapur!
Kali ini punya senarai barang dapur , aku cuba banyakkan kepelbagaian sayur . Sememangnya aku beli sayur yang boleh kena tekak aku lah . Baru baru ini aku baru rasa sayur kangkung dan sengkuang makan dengan rojak petis rasa sedap . Makanya aku beli lah stok kangkung . Hahaha . Tapi , sengkuang lupa pulak .hahha. Bukan itu sahaja , aku juga cuba nak mengurangkan cheat meal aku . Sebab kekurangan stok kan . Alaaaa , pelan makanan untuk seminggu pun aku tak buat , macam mana nak reward kek season ni ? Hahhaa . Ini entri kek season yang aku nak sangat tuh . Entri kek season . Dengan ini , aku berjanji nak kurangkan percentage cheat aku sebab aku nak pakai size S hari raya nanti ! Doakan aku tau ! 


Itu sahajalah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

85/366 : DIARY OF THE DAY - 25 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! Jujur aku rasa macam lately apa nak tulis seyh . Sebab aku sendiri dah lama tak blogwalking dekat blog blog . Terima kasih kepada yang masih sudi membaca diary of the day ini . Insyallah , dengan sokongan korang lah aku masih nak juga tulis dan tulis . Makanya , untuk hari ini aku nak share tentang :



  • Barang dapur dah habis jadi malas nak makan !
Okay , ini lah kesan kalau barang dapur dah habis membuatkan aku jadi tak ada mood nak makan 6 meal plan setiap hari . Terutama breakfast ! Esok kena juga pergi restock barang . Tak boleh jadi inim. Jadual makan yang aku janji nak buat pun tak buat lagi . Haaa , nanti tak dapatlah good result . Okay ! Ain ! Kau nak kurus kan , makanya kena kosisten dan disiplin . That the key word to achieved  successful result . Korang pun sama tau ! Kena komited ! Sebab nak good result kan , mestilah berusaha sedikit . Argghh , tak best tau bila rasa macam tak on track . Okay , kena marah dekat diri sendiri ni . Hahaha . Sebab nak dapat result yang bagus kan . 


  • Air masak is my bestfriend !
Yezzaa , kalau pergi mana mana ini memang kawan baik aku . Aku dah mula ignore air minuman manis . Rasa seronok je bila air masak sebotol tuh aku boleh habis gitu je. Bagus tau . Lagi lagi korang yang suka makan benda benda manis . Air masak akan cuci balik . Bukan itu je , kalau korang ada masalah nak berry ke kan , cer minum banyak air masak . Sebab kalau aku minum air masak banyak banyak , fuhh senang lah proses berry tu . Hahaha . Ingat tau ! Jadikan air masak bff korang . Pergi mana mana je mesti bawak . Jadikan kebiasaan . 


CukupLah untuk hari ini memandangkan aku sangatlah penat ! Rasa nak tidur awal je ni . Hahaa . Assalamualaikum ;)