104/366 : Berubah Itu Tak Salah !



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasanya teramat penat . Ikutkan penat memang dah good night dah awal awal , tinggalkan sahaja dunia blog ini . Hahaha . Misi update diary of the day mesti diteruskan walaupun tak tahu nak update apa dan rasa bosan je diary of the day ini . Hahaha . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang berubah !

Sebenarnya dalam hidup kita ini memang kena ada perubahan . Tapi , harus diingat mestilah perubahan yang kearah kebaikan . Jangan lah makin teruk berubahnya . Hahahah . We all grown up day by day year by year ! Its a normal thing people . Dulu pun aku tak boleh terima bila orang cakap berubah itu macam ,"ehh kau dah tak sama lah macam dulu.." . Memanglah , tahap lawak kau masa zaman sekolah dulu mana boleh sama dengan melawak kau masa dewasa . Hahaha . Bukan itu sahaja , the way you think , the way you speak also will change dari dahulu sampailah sekarang .Its a good things !

Ramai orang sebenarnya tak berubah kerana menjadi seorang penakut . Penakut untuk mengahadap masa hadapan . Sedangkan umur kita juga berubah , mestilah cara kita pun berubah . Contohnya macam diri aku sendiri , aku biarkan diri aku dipenuhi rasa sedih selepas ibu aku meninggal . Aku biarkan masa hadapan aku macam gitu sahaja. Sampailah tahun ini aku berazam , i wanna get out of this situation . Aku benci jadi diri aku yang penakut untuk ke hadapan . Aku nak berubah .

Pada ketika dan saat yang kau bertekad dengan diri kau untuk berubah , tolong jujur dengan diri kau dan kelilingi diri kau dengan manusia yang boleh menerima perubahan diri kau itu . Ingat ! Hanya beberapa orang sahaja yang sanggup untuk bersama dengan kau dan sudi menerima perubahan yang kau lakukan itu .

Ingat ! Berubah kearah kebaikan itu satu kewajipan yang kau harus lakukan untuk kehidupan kita kerana kehidupan ini amatlah indah tuhan berikan kepada kita !.

103/366 : Jangan give up !




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini aku mengambil masa lebih kurang setengah jam memikirkan apa yang perlu aku update diary of the day pada hari ini . Sehingga aku menaip lagi ini aku sedang fikir , apa kebenda lah yang aku nak tulis . Serabut kepala woi nak update apa . Hahaha . Okay , pada hari ini aku nak update tentang perjalanan proses misiku kurus aku pada tahun ini .

Ceritanya sekitar awal bulan mac bulan lepas aku memang agak sedikit down bila berat aku statik je tak turun turun . Aku rasa macam give up woi walaupun dipenuhi kata kata motivational qoute semua . Tapi , itulah kekuatan sebenar sesorang itu ialah bila dia berani memulakan sesuatu dan dia habiskan sehingga ke garisan penamat . Ibaratnya kita dah bersemangat join larian 5 KM contohnya , tapi malangnya di pertengah larian dalam 3 KM dah rasa tak larat nak surrender . Sedangkan ada lagi 2 KM lagi jeee yang kita perlu harungi.

Samalah macam situasi aku . Aku tengok semula gambar gambar aku yang sangat bambam itu . Aku tengok semula permulaan berat badan aku berapa dan sekarang dah capai berapa . Aku rasa bersyukur sekurang kurangnya aku ada juga penurunan daripada orang yang statik tak nak usaha untuk bersenam dan menjaga pemakanan . 

Sebenarnya simple je dalam weight loss journey ini , Kosisten ! Itu perkara yang penting . Lagi lagi bab makan . Pergh , aku dah lama woi mengidam domino pizza ! . Hahaha . Tapi , aku cakap dekat diri aku , bila aku capai berat idaman aku tuh , baru aku boleh celebrate . Sebab aku dah berjaya ke garisan penamat perlumbaan aku itu . Hehehe . So , macam korang yang tengah give up ini . Cuba tengok semula pencapaian korang setakat mana . Jangan lah tahu complain je . Salahkan itu ini . Diri sendiri kena lah melakukan tindakan . Barulah nampak result yang gempak . 

Alhamdulilah , selepas hampir tiga minggu berat aku statik , dia mula turun 0.4 KG . Dan selepas 15 hari berat aku turun lagi 1.7 KG . Bersyukur sangat ! Rasa macam berbaloi diri aku tak give up dipertengahan jalan . Jangan tanya berapa berat aku sekarang . Ianya rahsia! . Hahaha . Insyallah , bila dah dapat result akhir aku akan update dekat korang . 

Doakan aku semoga terus kosisten ye ! Untuk korang , hari ini dah 103 hari kita dalam tahun 2016 . Ada lagi 263 hari untuk kita terus berjuang mencapai impian kita semua . All the best ! Assalamualaikum.

102/366 : 3 Cara Kosisten Kuruskan Badan





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dapat juga aku berpuasa . Haa , korang yang belum ganti puasa tu ingat ingat kan ye . Bulan puasa dah nak dekat dah kan . Jadi untuk hari ini , aku nak cerita dengan korang pasal tips untuk naikkan semangat macam aku yang tengah dalam proses menguruskan berat badan yang bambam ini . hahaha.

  • Tengok program extreme weight loss
Okay , sila habiskan masa korang untuk tidak menonton drama drama yang asyik bercinta sahaja . Habiskan masa search dekat youtube cari extreme weight loss program yang dikendalikan oleh chriss powell dengan wife dia tu . Jujurnya , selepas aku tengok satu hari satu episod pun dah cukup bagi semangat pada aku untuk terus move on . Aku jadi lebih bersyukur yang sekurang kurangnya berat aku tak adalah overweight sampai cecah 100 kg . Aku hanya perlu berusaha dan kosisten untuk mencapai ideal weight sahaja . Bila tengok program ini , aku jadi lebih bersemangat untuk lebih mengenali diri sendiri . Dan kebanyakkannya mereka yang berjaya kosisten selama setahun ialah kerana mereka tahu big why mereka . Big why ini ialah sebab yang kuat kenapa mereka kena get this obesity out of the life . 

  • Follow positive qoute
Yang ini aku selalu buat . Boleh dikatakan aku selalu retweet dekat twitter aku motivation dan positive qoute . Secara tak langsung , rasa tidak bersemangat akan kembali lagi lebih kepada bersemangat. Memang orang kata poyolah asyik nak berbual positif je , tapi hakikatnya kita memang kena bawa diri kita kepada sesuatu yang positif . 

  • Cari resepi yang sedap dan senang dimasak 
Aku rasa macam tak relevan yang orang memberi alasan tak tahu masak macam mana sedangkan dah bersepah resepi dekat social media . Tinggal rajin atau pun malas je . Aku perasan juga , orang banyak share dekat facebook tapi nak buat nan hado . Hahahhaa . Setakat share dekat social media tapi tak buat pun buang masa je awak ! . Hehehhee .