109/366 : Nak Cakap Ke Tak Ehk ?




Assalamualaikum dan hai kepada awak awak semua . Alhamdulilah , syukur sangat ALLAH masih berikan kita peluang untuk menikmati kehidupan yang diberikan oleh Nya . Jujurnya , betul lah aku harus akui yang susah sebenarnya menjadi penulis ni . Peh , ayat dia macam dah dapat best seller author tuh . Hahaha . Weh , dah 109 hari aku menulis ini nak menaip je dah rasa susah sangat . Hahaha . Tak apa , it takes a time to learn and menjadi lebih mahir dalam perkara yang baru kita cuba kan .

Jadi untuk hari ini aku nak cakap yang korang pernah rasa perasaan yang "Eh , nak cakap ke tak ehk ? ke nak senyap je ? ke nak cakap?" . Perasaan yang macam tak confident dan tak yakin nak bagitahu ke tidak dekat seseorang . Hahaha . 

Haa , bila aku dah berusia 25tahun ini atau bahasa hipsternya doplolima tahun ni , aku lebih banyak macam fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk senyap atau teruskan cakap. Yela , action is louder than you speak . Kan ! Tapi , umur bukan ukuran untuk korang judge maturity seseorang . Tambahan budak budak sekolah sekarang kemain diorang punya teknologi kehadapan berkali ganda dari kita .Malah ada yang jauh lebih matang dari kita yang kononnya makan garam lebih lah . Sebab itu ramai ada darah tinggi . HAHAHA . Peh lawak chia chia chiaa akuu menjadi pulak . Hhahaha.

So , tak kisahlah berapa umur korang sekalipun yang penting sekali apa sekali yang korang nak lontarkan kena fikir dulu contohnya macam nak mencarut ke , hahaha . Kena consider dulu terutama sekali dekat social media . OMG ! Cepat je viral kalau silap langkah .Yes , people make mistake , but we can minimize our mistake by learning from others and start to think first before doing something ! okay !

108/366 : Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog AKU !

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah masuk hari ke seratus lapan kita berada dalam tahun 2016 . Fuyoo ! Ternyata kita semuanya gagah dan perkasa kerana sanggup bertarung meneruskan kehidupan kita dengan seadanya . Korang sepatutnya bangga tau boleh gagah untuk hidup sedangkan ada orang yang dah give up untuk hidup. Jadi aku rasa hari ini doakan aku dah diapprove oleh Dia Yang Maha Esa . 

Tajuk yang aku nak share pada hari ini ialah "Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog Aku !' " . Aku rasa happy sangat . Sebab rasanya makan masa lama juga aku fikir apa yang aku nak fokus kan ye dalam blog akuainkausiapa ni . Hahaha . Aku tak nak jadi macam blogger blogger biasa . Setakat buat product review , travel , food macam dah ramai . Aku nak sesuatu yang lain . Dan aku dah pun menjumpainya.

Alhamdulilah , terima kasih ya ALLAH . Sebelum itu aku nak kongsi dengan korang niche ni binatang apa ehk . Niche ni lebih mudah orang melayu kata , spesifik atau fokus kepada sesuatu group target dan satu topik . Contohnya macam blogger yang buat review pasal food . So ,blog dia penuh kisah resipi ayam goreng ala ala kepsi , tempat makan hipster yang murah dan sedap haa . Its all about food je ! 

Dan niche blog aku yang telah aku temui ialah tentang SEMUA PASAL PEREMPUAN !. Maksudnya , aku akan lebih banyak bercerita tentang being a high class woman. Well , aku kan perempuan maka tak salah lah aku bercerita macam mana kita nak jadi perempuan yang matang , yang boleh membuat keputusan dengan bijak , tak mudah kena tipu and all that lah . 

So , kalau korang ada cadangan atau idea on how aku nak jadikan ianya lebih best dan awesome , boleh tinggalkan komen ataupun email dekat farahain8291@yahoo.com.my .
.
Chop ! Kalau malas nak email boleh je PM dekat facebook aku . Facebook : Farahain zfa

107/366 : Perempuan Yang Obses ! (Diary Of The Day)

 




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hurmm , aku rasa sedikit sedih kerana awal awal aku memulakan diary of the day mendapat feedback dari segi komen yang banyak . Aku rasa sangat terharu . Cuma lately ini komen dah semakin nan hado . Aku terfikir , adakah penulisan aku sungguh teramat krik krik kriik yang memberi maksud sunyi dan kelam . Hahhaa . Bosan sangat ke penulisan aku ini weh ? Well , aku memang tak reti menulis dengan sangat baik pun . Aku hanya menulis randomly ikut apa cerita aku nak tulis dan share kepada semua . Well , i guess aku ni obses kepada komen dan feedback dari orang ke ? Hahahhaa . By the way , sejak bila kau pernah kesah semua ini ain ? Hahhahha . Maka , itulah topik aku pada hari ini .

"Perempuan Yang Obses!"

Aku perasan even kepada diri aku sendiri yang dulu aku selalu berfikir yang OMG ! No wonder aku gemuk sebab aku banyak gila makan woi ! Dan aku salahkan orang sekeliling aku sebab ajak aku pergi makan . Bukan itu sahaja , aku macam keep questioning why the food is so yummylicious sampai aku tak boleh nak kawal nafsu pemakanan aku ini . Hahahha . At the end of the day , kau pun gemuk dan ada lah iklan ubat kurus yang boleh sedut dan ghaib kan lemak kau sebanyak 5 Kg SEMINGGU . WHAT ? .Dasar perempuan yang obses! Obses dengan gemuk !

At the end , sedar tak yang lemak itu ialah sejenis parasit tak guna yang kalau kau nak buang dia jauh dari hidup kau , kau kena exercise untuk bakar dia supaya dia tak melekat lagi dalam badan kau dan bukan itu sahaja yang ini paling penting sekali PEMAKANAN KAU MEMANG LAH KENA JAGA !  Aku bukan nak kata aku ini nak stereotaip perempuan yang obses pada kegemukan , the thing is babe , stop complaining , start doing something babe ! Kau gemuk , that the fact . Yang kau meroyan sangat without doing anything , its not the right thing babe !

Yes , aku memang perempuan gemuk so ? . Boleh baca pengakuan aku dekat sini . 

Bila aku serius bercerita sedikit macam mana the proper way  to lose your wieght , normally perepuan will said that "boring!" . Hakikatnya , bila lemak dah nampak sana sini lepastu terhegeh tanya boyfriend "you i gemuk ke?" . Dan kau expect boyfriend kau cakap tak or kau expect dia cakap "eh , taklah you okay lah macam gini !" . Perempuan Yang Obses! That is so lame babe ! . Hahahah a. 

Aku faham macam mana perasaan perempuan (yelah aku perempuan kan ) hahahha. Bila orang hina kau gemuk , orang nampak badan kau dah bambam . Aku alaminya jugak . Tapi , aku tak nak lah sampai dikategorikan sebagai perempuan yang obses. Aku nak jadi perempuan yang normal yang boleh stand strong no matter what happens.

So , ladies ! Jangan jadi perempuan yang obses okay ! Just enjoy your day !