110/366 : Tips Untuk Elak Cheat Day !

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini sudah masuk hari ke 110 kita berada dalam tahun 2016 . Lagi sekali aku nak tanya , macam mana pencapaian azam yang korang wishlist kan awal awal dulu ? Pergi tengok semula mana nak tak on track tu , please get back on track as soon as possible ! . 

Untuk hari ini , aku nak berkongsi dengan korang qoute yang mana kawan aku bagi dekat whatsapp tadi . Terus aku rasa macam wow ! . Tipulah kalau kita sedang berada dalam proses menurunkan berat badan , mesti rasa nak cheat apa semua . Aku pun ada cheat jugak . Sebelum berat aku plateau dalam entri aku yang ini ,Plateau . aku ada juga cheat days aku . Hari Makan Sedunia ! . Resultnya , aku rasa macam satisfy gila lah konon berat dah banyak turun , makan macam orang gila . Tak sedar yang banyak lagi berat yang aku kena turunkan . End up , berat aku statik je almost dua minggu lebih .

Pengajarannya , bila kita dah memang niatkan sesuatu perubahan , kita kena lah kuatkan semangat kita , jangan asyik nak menipu je . Cuba kurangkan cheat days itu . Sampai bila nak jadi penipu je ? Sampai bila nak jadi manusia yang tahu sedapkan hati sendiri "ala , aku comel apa macam gini!" . 

Kalau orang kata gemok is awesome , aku sangat sangat bantah . Awesome ke bila pakai baju nampak benjol benjol lemak ? Awesome ke banyak baju baju yang dah tak muat ? Itu ke maksud sebenar awesome ? Pada aku , its our choice to decide who we want to be .

Ingat ! Before Making another unhealthy choice , remember macam mana payah nya hidup jadi seorang yang obesity ! . All the best for our journey !

109/366 : Nak Cakap Ke Tak Ehk ?




Assalamualaikum dan hai kepada awak awak semua . Alhamdulilah , syukur sangat ALLAH masih berikan kita peluang untuk menikmati kehidupan yang diberikan oleh Nya . Jujurnya , betul lah aku harus akui yang susah sebenarnya menjadi penulis ni . Peh , ayat dia macam dah dapat best seller author tuh . Hahaha . Weh , dah 109 hari aku menulis ini nak menaip je dah rasa susah sangat . Hahaha . Tak apa , it takes a time to learn and menjadi lebih mahir dalam perkara yang baru kita cuba kan .

Jadi untuk hari ini aku nak cakap yang korang pernah rasa perasaan yang "Eh , nak cakap ke tak ehk ? ke nak senyap je ? ke nak cakap?" . Perasaan yang macam tak confident dan tak yakin nak bagitahu ke tidak dekat seseorang . Hahaha . 

Haa , bila aku dah berusia 25tahun ini atau bahasa hipsternya doplolima tahun ni , aku lebih banyak macam fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk senyap atau teruskan cakap. Yela , action is louder than you speak . Kan ! Tapi , umur bukan ukuran untuk korang judge maturity seseorang . Tambahan budak budak sekolah sekarang kemain diorang punya teknologi kehadapan berkali ganda dari kita .Malah ada yang jauh lebih matang dari kita yang kononnya makan garam lebih lah . Sebab itu ramai ada darah tinggi . HAHAHA . Peh lawak chia chia chiaa akuu menjadi pulak . Hhahaha.

So , tak kisahlah berapa umur korang sekalipun yang penting sekali apa sekali yang korang nak lontarkan kena fikir dulu contohnya macam nak mencarut ke , hahaha . Kena consider dulu terutama sekali dekat social media . OMG ! Cepat je viral kalau silap langkah .Yes , people make mistake , but we can minimize our mistake by learning from others and start to think first before doing something ! okay !

108/366 : Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog AKU !

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah masuk hari ke seratus lapan kita berada dalam tahun 2016 . Fuyoo ! Ternyata kita semuanya gagah dan perkasa kerana sanggup bertarung meneruskan kehidupan kita dengan seadanya . Korang sepatutnya bangga tau boleh gagah untuk hidup sedangkan ada orang yang dah give up untuk hidup. Jadi aku rasa hari ini doakan aku dah diapprove oleh Dia Yang Maha Esa . 

Tajuk yang aku nak share pada hari ini ialah "Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog Aku !' " . Aku rasa happy sangat . Sebab rasanya makan masa lama juga aku fikir apa yang aku nak fokus kan ye dalam blog akuainkausiapa ni . Hahaha . Aku tak nak jadi macam blogger blogger biasa . Setakat buat product review , travel , food macam dah ramai . Aku nak sesuatu yang lain . Dan aku dah pun menjumpainya.

Alhamdulilah , terima kasih ya ALLAH . Sebelum itu aku nak kongsi dengan korang niche ni binatang apa ehk . Niche ni lebih mudah orang melayu kata , spesifik atau fokus kepada sesuatu group target dan satu topik . Contohnya macam blogger yang buat review pasal food . So ,blog dia penuh kisah resipi ayam goreng ala ala kepsi , tempat makan hipster yang murah dan sedap haa . Its all about food je ! 

Dan niche blog aku yang telah aku temui ialah tentang SEMUA PASAL PEREMPUAN !. Maksudnya , aku akan lebih banyak bercerita tentang being a high class woman. Well , aku kan perempuan maka tak salah lah aku bercerita macam mana kita nak jadi perempuan yang matang , yang boleh membuat keputusan dengan bijak , tak mudah kena tipu and all that lah . 

So , kalau korang ada cadangan atau idea on how aku nak jadikan ianya lebih best dan awesome , boleh tinggalkan komen ataupun email dekat farahain8291@yahoo.com.my .
.
Chop ! Kalau malas nak email boleh je PM dekat facebook aku . Facebook : Farahain zfa