KISAH SEORANG PENGAWAS DAN RAKAN-RAKANNYA


Aku dah tinggalkan zaman sekolah pada tahun 2008. Di tahun 2018 ini genap 10tahun kenangan menjadi pelajar sekolah. Aku nak cerita zaman sekolah menengah aku iaitu pada ketika aku berada dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 3.

Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda sekitar tahun 2004-2006. Pada ketika ini, aku menjadi pengawas.

Aku memang dah bertekad nak jadi pengawas sebab pada waktu tu nak belajar untuk jadi lebih berani dan berdisiplin. Sebab dahulunya masa disekolah rendah aku seorang yang pemalu. Disebabkan itu, aku banyak terlepas peluang.

Jadi bila dah jadi pengawas, secara automatik akan berada dalam satu level yang tidak sama seperti pelajar biasa. Baju pun warna lainkan. Mestila dah nampak bezanya.

Aku memberanikan diri dengan selalu menjadi pengacara majlis ketika waktu perhimpunan. Mula-mula tu memangla malu dan takut. Tapi, lama-kelamaan dah jadi biasa. Selalunya mesti pelajar rasa tak best datang sekolah hari isnin sebab perhimpunan kan. Tapi, aku la paling excited sebab aku suka jadi pengacara majlis. Mungkin kawan-kawan yang kenal aku pada zaman sekolah menengah dah biasa nampak aku yang talkative tapi kalau yang kenal aku dari zaman sekolah rendah dan tadika mesti akan ingat-ingat lupa siapa entah Ain ini. hahahhaa

Aku pernah juga tersalah sebut nama pengetua sampai aku langsung tak sedar sebab waktu tu aku tak cukup tidur dan kepenatan. Aku minta cikgu cari orang untuk ganti tapi as usual, mana ada orang suka nak jadi pengacara majlis perhimpunan woi. hahahhaa.Waktu kejadian itu aku berada dalam tingkatan 3.

Korang bayangkan tempat mikrofon tu depan dengan pelajar tingkatan 5. Dorang slumber badak sound aku “woi kau nak cakap, cakap la betul-betul”. hahahhaa. Dah salah tu, aku pun annouce la pembetulan tu.

Masa aku jadi pengawas juga aku ada dua orang bodyguard kuat yang selalu ada disisi aku. Kitorang geng pengawas, geng sekelas, geng yang sama-sama la. Dua orang itu namanya ialah Maizatul Akmal dan Natasya.

Aku rasa kalau diorang tiada, aku pun tak kemana. Masuk tingkatan 2, aku diberi peluang menjadi ketua pengawas sekolah sesi petang. Kau rasa? Oh, aku sekolah campur lelaki perempuan. Aku juga pecah rekod menjadi pelajar perempuan yang memegang jawatan ketua pengawas. Penolong aku lelaki sama kelas dengan aku juga. hahahhaa.

Pada tahun ini juga terasa la juga lebih bertanggungjawab. Pegang sekolah kot. Mesti orang anggap aku ni budak skema kan. Sebab pengawas selalunya budak nerd skema patuh arahan. Aku join je dengan geng-geng budak nakal.

Cuma sedihnya bila kita pelajar perempuan yang jadi ketua, ada sesetengah pelajar tak respect la. Mana nak dengar apa yang kita cakap. Disitulah peranan dua orang kawan baik aku ni sangat-sangat membantu aku.

Mai dia banyak bantu aku dari segi pelajaran. Dia akan remind aku kerja sekolah apa nak kena buat. Lepastu aku kan boyish. Aku paling allergik kelas ERT. Masa kelas memasak aku suka, tapi bab kelas jahitan ya Allah paling aku benci. hahahhaa. Aku siap upah Mai ni tolong siapkan jahitan untuk aku. Hahahha. Baik kan dia. Tak kantoi pun dengan cikgu waktu tu. hahahha. Mai juga la yang tolong applykan tawaran ke sekolah teknik aku. Dia yang paksa aku suruh bagi maklumat dia isikan. Sebab rumah kitorang dekat. Jalan kaki seberang dah sampai.

Waktu dulu rumah aku lambat pasang internet. So,aku akan lepak kat rumah dia la. Oh, by the way aku kenal Mai ini dari darjah 1 sebenarnya. hahahhaa Tapi, start rapat masa darjah 5 kot tapi paling rapat time sekolah menengah la.

Next, Tasya. Kitorang kenal Tasya since tingkatan 1. Dia pindah JB. Tasya pula banyak dia selalu call rumah aku tanya itu ini. “Hello boleh cakap dengan ain?” Hahahhaa. Tasya juga banyak tolong aku kenalkan dengan pelajar kelas-kelas lain. Kitorang pernah masuk pertandingan memasak wakil kelas masa tingkatan 1 tapi saguhati je. Yela, yang lain-lain siap bawa hiasan dekorasi macam-macam lagi kitorang buat mee goreng biasa je. Waktu tu aku akui aku memang kekok lagi bab masak.  Lagi pula kena masak ikut timing. Gelabah weh. Dia yang banyak cover time tu. hahahhaa.

Tapi kisah ini terhenti sebabnya tingkatan 3, Tasya pindah ke Shah Alam. Mai pun dah rapat tak rapat dengan aku. Sebab aku ni jahat weh dulu. Aku banyak sakitkan hati Mai. Aku suka sailang friendship Mai dari sekolah rendah lagi.


Tapi aku dah minta maaf banyak kali lah pada Mai. hahahhaa. Even Mai sebenarnya yang rapat dengan Tasya. Tipula tak ada gaduh-gaduh. Lepas je tingkatan 4, aku pindah sekolah, Mai pun pindah sekolah dan Tasya lagi jauh dari kitorang.

Aku just nak kongsi, naiknya kedudukan seseorang itu pasti ada orang kiri kanan yang menyokong dan membantu. Tanpa dorang, aku sendiri tak boleh handle tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas pada waktu itu. Jadi, ingat, walau jauh tinggi mana kita berada, jangan kita lupa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Terima kasih sahabat dunia dan akhirat aku. Semoga ada rezeki kita bertemu ye.

Oh, aku sebenarnya dah start blog since sekolah menengah lagi. Tapi bukan blog ini, aku terus lupa password, makanya kena terus buat blog baru. Blog akuainkausiapa ni blog kedua sebenarnya. Hahahhaa. Nak tahu siapa yang ajar aku suruh buat? Mai la. Hahaha. Tanpa dia, aku tak akan kenal blog itu apa.

MERIAHKAN BUKA PUASA ANDA DI THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU



Bila bulan puasa yang paling dinantikan iaitu pesta makanan. Soalan yang paling sangat popular haruslah “nak berbuka apa ehk?” . Haa, biasa la soalan itu lepas zohor selalunya orang dah semangat nak tanya. Nak masak ke nak makan luar? Nak pergi bazaar ke nak makan kat kedai makan je? Yang paling menjadi kegilaan ramai dan tumpuan favorite rakyat Malaysia semestinya Buffet Ramadhan di Hotel ataupun restoran.





Nama pun buffet mestilah banyak pilihan. Well, orang kita kan paling sangat suka kan banyak pilihan. Jadi, special untuk orang-orang Johor terutama sekali yang berada di sekitar Johor Bahru, anda wajib booking tempat duduk anda di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru untuk menikmati Ramadhan Buffet.


Kenapa aku suruh book sekarang? Kerana semestinya peluang yang terbaik di utamakan kepada early bird. Kenapa mesti bayar lebih sedangkan korang akan dapat makanan yang sama dan citarasa yang sama? Hahaha.


Jadilah pemakan buffet yang bijak. Hahahhaa. 'Pemakan buffet' aku gelar terus. Ingat, early bird catch more worms. Jangan tunggu sampai dah masuk bulan puasa baru nak book, harga dah tak sama dengan harga awal itu.


Aku tegaskan sekali lagi untuk korang yang memang mencari tempat buffet yang selesa dan aku boleh considerkan sebagai pelbagai citarasa sebab ada masakan hidangan barat seperti carbonara dan bolognese , aku sebagai peminat carbonara memang sangat recommend kepada korang yang suka makan western food. Bukan itu sahaja, aku juga telah merasai sendiri ikan bakar yang dimasak betul-betul depan mata korang, kambing golek yang alahai pasti menjadi kegilaan ramai , murtabak dan roti jala yang di buat hasil tebar sentuhan kasih sayang dicicah dengan kuah kari yang pekat , peminat makanan cina boleh juga merasai dimsum yang disediakan.






Aku nak tambah lagi memandangkan ianya buffet kalau tak menu dari hujung ke hujung itu bukan buffet kak jemah woi. Terdapat juga pelbagai jenis lauk-pauk seperti udang masak sambal, ikan berlada , yang berminat makanan Jepun ada juga Okinaki sup serta dessert yang sangat teramat meriah.



Amacam? Terliur ke tidak kak jemah,kak tipah dan kakak-kakak bawang sekalian? Maka apa lagi yang korang nantikan? Sebarkan berita gembira ini kepada kawan-kawan, keluarga korang sekalian. Ini la masa yang terbaik untuk kita semua gathering sambil menikmati juadah berbuka puasa yang terbaik dari The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru. Jangan risau , surau disediakan dan korang boleh la menunaikan solat Magrib dan solat terawih.



FIESTA RAMADAN
THE PUTERI PACIFIC HOTEL JOHOR BAHRU
Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI : +607 2199999 ext. 9399 / 010-2258571 (ZAHRAH)


KOKOL HILL SABAH YANG SEJUK


Antara negeri yang paling aku suka nak datang berulang-kali dan rasa macam nak tinggal dekat situ ialah negeri Sabah. Aku tak perlu nak ceritakan lebih-lebih betapa bestnya negeri ini. Yelah, aku rasa majoriti ramai menjadikan negeri Sabah sebuah destinasi pelancongan dan tempat wajib datang didalam list travel mereka.

Aku ke negeri Sabah lagi dan setiap kali aku kesana pasti aku sangat teruja untuk menerokai tempat-tempat baru yang indah.Kali ini aku dibawa ke tempat yang sejuk. Bukan di Kundasang tetapi di Kokol Hill.

Kokol Hill ni sejuk betul masa aku pergi tu. Dahla waktu tu memang tengah musim sejuk. Weh, memang kena mandi air panas kot. Hahahhaa.

Penduduk dekat situ relax je pakai short pants kita pula yang gelabah lebih. hahahhaa. Disini, aku mengidap di dalam sebuah kontena. Bajet trip je uolls. Aku tak kisah sangat nak tempat tidur bermewah, aku lebih kisah tentang keindahan sesuatu tempat itu.

So, disebabkan tiada water heater, yang ada cuma thermos air panas, apalagi masak la dulu air tu. hahahhaa. Sampaikan kenalan aku yang tumpang tandas cakap “Wow dorang mandi pakai air panas kau” Hahahaha.

Oh yang bestnya Kokol ni korang boleh tengok view seluruh bandar Kota Kinabalu. Memang cantik sangat. Aku rasa best dan sangat tenang. Dah la sejuk sampai aku cakap tak boleh jadi ini, tidur semalam je la. Nanti habis semua kerja tak buat. Nama pun tempat sejuk bila dah sejuk kita automatik jadi malas nak bergerak. hahahhaa.

Makanya, aku hanya tinggal semalam sahaja. Walaupun semalam tapi ianya tetap menjadi satu kenangan terindah. Kebetulan tengah musm durian, haa kita pun merasa la durian D24 yang bakanya dari Johor. Penduduk situ tanam dan hasilnya sedap woi.