JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama
global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan
pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken
pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran
Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.
Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International
Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk
menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru
serta pelancong dari Singapura.
Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah
City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia
dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.
“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar Dato’ Jaya Tan, Pengerusi Envictus International
Holdings. “Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan
dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan
hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.”
Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya
dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah.
Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui
jangkaan mereka.”
Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang
diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan
rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu
(Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas
Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap
& Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.
Kumpulan Envictus kini mengendalikan
restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah
dan Negeri Sembilan.
“Peluang
ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa
Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia
dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”
“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan
pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau.
Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung sebanyak 111
pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi.