MASAK MAKANAN GUNA MICROWAVE


Beberapa hari ni, tekak memang la sangat tak sedap. Sampai dah tak tau nak makan apa untuk kembalikan selera tu. Ada kawan ain pernah cakap, “Ain, if you tak ada selera, you tak boleh cari makanan yang tawar like bubur, you kena cari macam yang pedas-pedas like tomyam, nanti dia akan kembalikan that selera tuu. I kalau tak sihat, i takkan cari makanan orang tak sihat” Hahahaha. 


So, kebetulan ada satu kedai runcit ni baru buka dekat Uda Business Center (UBC) yang terletak di Bandar Baru Uda Johor Bahru. Ain ni burung hantu selalu lepak malam-malam. Tetiba nampak eh kedai baru la. Try la masuk.


Kedai ni ada provide makanan yang boleh dimasak guna mikrowave.Ni kali kedua ain pergi kedai ni. Sebab haritu nampak ada spageti, ni tak ada pula. Sedih betul.


Ain ambil jela set nasi. Balik rumah masuk microwave siap! Haa, kemain laju kau Ain makan. Hahahaha.

First bite ain makan cili dia dah terasa pedas. Memang nak bagi tekak terkejut. Hahaha. Tapi, ain ni gila makan pedas. Tapi belum level pedas-pedas hardcore la. Mungkin yang sedang-sedang je. Not so bad lah rasa dia. 6/10 ain boleh bagi. Yang set nasi goreng tu abang ain yang makan. Dia kata portion sikit sangat. Dah dia angkat besi. Portion ciput macam tu mana cukupπŸ˜‚. 

Nanti kalau ain singgah kedai tu lagi ain tangkap gambar kedai tu yer! Semoga hilangla sakit tekak ni cepat. Amin.

SOUVENIR LEGOLAND


Siapa yang tak seronok kan dapat souvenir daripada brand Legoland. Ain yang duduk JB pun tak jejak lagi masuk ke situ. Kalau ada yang nak sponsor, please include me as your plus one. Thanks! Hahahaha.

Alhamdulilah, Geng-geng JDT Blogger dijemput ke majlis perkahwinan anak Blogger Mama Maszull di Pulau Perdana , Skudai Johor. Meriah betul. Tengok lah kitorang bergambar di photo booth rumah Mama tu. Ain ada buat entri tentang ni..KENDURI KAHWIN ANAK BLOGGER MAMA MASZULL

Balik je ke rumah, Ain pun buka lah goodies yang diberi. Wah, excited betul tengok dapat goodies Legoland. Seronok pulak rasa. Walaupun dah 27 tahun, benda -benda comel macam gini siapa yang tak suka bila orang bagi kan. Tambah lagi suka kalau ada yang payung ain tiket Legoland.(Masih lagi berharap)😜

By the way, terima kasih Mama sekeluarga sudi menjemput kami datang memeriahkan majlis. Semoga Allah melimpahkan lagi rezekiNya buat mama sekeluarga.

KENDURI KAHWIN ANAK BLOGGER MAMA MASZULL


Jarang, ada kenduri kahwin malam kan. Haa,jumaat 13julai 2018, Geng JDT Blogger dijemput untuk ke kenduri kahwin anak blogger Mama Maszull. Petang tuh kami ada event di Puteri Pacific Hotel, nama pun majlis raya. Ain pun jenis pakai baju kurung jelah sampai ke malam. Malas lah nak gosok banyak kali. Hahaha. Lagipun pakai sekejap je kan.



Lepas magrib siap-siap dan terus gerak. Sampai je memang dah ramai tetamu. Maklumlah kenduri waktu malam kan. Orang lapar nak cari makan untuk dinner, apa lagi..serbu lah..

Paling menjadi favorite ain ialah ayam bakar masak merah rasanya. Sedap kemain. Sampai Blogger kak Ida tanya ,”Ain dah nak balik ke?”,”Eh tak la, nak tambah”πŸ˜‚. Banyak juga ain makan ayam merah tuh.πŸ™ˆ

Lepas dah makan , kami pun buat la huru-hara dekat photobooth rumah Mama tu. Hamek kauu penuh sampai berpeluh. Sebab ramai sangat tetamu, ain memang berpeluh habis lahπŸ˜‚

Terima kasih Mama sudi jemput kami semua.πŸ’•

Psstt : Ada sesiapa yang mencari doorgift comel & unik untuk majlis anda ? boleh tengok di link website REEM DOORGIFT. Harga pun mampu milik.