GRILLED SEAWEED BIG BANG TAO KAE NOI



Haritu ain dah cerita kan seaweed giant tu, kebetulan hari jumaat lepas ke Tesco Bukit Indah , Johor Bahru beli barang dapur. Tetiba benda alah seaweed ni boleh ada dekat dalam troli. Kihkihkih. Tetiba kata kau.

Abang ain kata ada promosi. 😂 Layan kan jela. Sikit-sikit dia ngap. Yang ni besar woi, puas hati makan. Ada dalam komen ini sebelum ni tanya, “makan gitu je ke or makan dengan sushi?”


Jawapan ain “makan gitu je la”🤤. Sushi cerita bab lain yer! Beli je terus. Hahahaha. Tak ada  masa la nak buat sushi sendiri. Kihkihkih.

MAKAN DURIAN KAMPUNG

Ahad yang lepas , Ain ke kampung Rengit , Batu Pahat. Ada urusan sedikit. Kepala otak memang dah set dah sampai kampung mesti kena cari durian ni. Yelah, dekat JB orang jual durian mahal. Maklumlah di bandar kan harga mana sama.



Alhamdulilah, rezeki Ain dapat bedal durian kampung yang dari kebun tau. Tanam sendiri bukan beli. Dapat tapau kemain banyak siap bagi jiran sebelah dengan kawan-kawan lagi.

Walaupun masa tu tekak masih lagi batuk-batuk, tapi ain tetap bedal juga. Lepas geram orang kata. Dapat sekali dengan buah rambutan.

A post shared by MALAYSIA FOOD ENTERTAINMENT🇲🇾 (@awakmakanape) on

Happy betul bila balik JB kereta bau durian😂 Alhamdulilah, rezeki Allah bagi free je boleh lepas geram makan durian.