JDT BLOGGER MAKAN MALAM DI ORIENTAL OASIS BUKIT GAMBANG


Sepanjang Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang, aku boleh katakan hari makan sedunia jugak lah. Mak oi, pagi petang malam makan. Rasanya memang kaw-kaw aku melantak tak ingat dunia. Hahaha. Tapi, tak perlu nak risau sangat sebabnya kalori terbakar dengan pelbagai aktiviti yang kitorang semua lakukan. Kiranya aku melantak tu fungsi dia sebagai menambah tenaga la untuk melakukan aktiviti. Hahahaha.


So, lepas je bermandi-manda di Waterpark tu, dah penat-penat mesti la lapar kan. Sampai je makan malam ni memang perut pun kosong lah kan. Kihkihkih. Apalagi, serbu lah di Oriental Oasis.











Menjadi kegemaran geng JDT Blogger untuk menangkap gambar-gambar menu makanan yang disediakan. Woi,kita nengok dari starting nasi sampai ke dessert mak oi sedapnya alahai. Tanpa membuang masa lagi, ain payung korang lah ehkkk... Jom cuci mata..









Oriental Oasis ni letaknya betul-betul sebelah Arabian Coffee House yang memang berdekatan dengan Arabian Bay Resort dan Ataria International Convention Centre.

JDT Blogger bersama Encik Nasir
Boleh baca cerita aku EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG .....

MAKAN DI ARABIAN COFEE HOUSE SAMPAI KENYANG! SEDAPNYA!

Sampai je kami geng JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City, pertemuan pertama kami ialah di Arabian Coffee House untuk makan tengah hari. Seterusnya, ialah pada breakfast keesokannya , makan tengah hari. Apa lagi, jom kita payung gambar untuk uolls. Hahaha. Kurma dia alahai dapnyewww 🤪ain ni tak berapa suka sangat lauk kurma tapi yang ni serious sedap.


















Nak merasa makan di sini ? Boleh terus sekali dengan pakej bermalam di sini, kombine tiket safari park &waterpark. Haa, nak ke nak pakej harga kasih sayang dari ain? Yer,, i boleh bagi uolls harga cun melecun.. Baca dulu entri yang ni. Then boleh terus PM ain tau.Ingat, ain je boleh bagi uolls harga cun melecun tu.👌🏻

MAKAN MALAM SAMBIL TENGOK SINGA DI SIMBA HILL GOURMET HALL..UISH SERAMNYA...


Haa, baca tajuk macam seram je kan...Hahaha, seharian kami selepas tengok Pertunjukan Binatang serta ain bermain ATV...tiba la masanya untuk kita mengisi perut. Lapar woi.Kan dah cakap, eksplorasi JDT blogger ke Bukit Gambang ni hari makan sedunia ain. Melantak kaw-kaw punya. Tapi dah terbakar lah sebab memang aktiviti penuh dari pagi sampai ke malam. Hehehe. Lemak dah terbakar la uolls.






By the way back to topik kami makan sambil nengok singa woi. Betul,tak tipu. Nasib ler kami sampai di Simba Hill Gourmet Hall ni singa tu tengah tidur🤣. Jangan main-main ehk, dia tidur 18 jam. Bukan itu sahaja, tepat magrib gitu dia bangun. Mak oi, dia dah lapar mungkin. Hahahaha. Lagipun dia nampak ramai manusia tengah tengok dia .Pada dia kita ni “makanan dia”🤣.





Tapi jangan risau, sambil makan sambil usha la singa tu tengah buat apa, lagipun berkaca kita tak yah takut pun singa tu terkam kita.Hahaha. So kitorang dinner awal dekat sini, dinner western uolls. Makanya ada la spagetti dan tiada nasi. Maklumlah dah banyak makan nasi dekat Arabian Coffee House. Hahaha.



Of course bila sebut bab spaghetti je, ain pasti akan pilih spaghetti carbonara. Ain memang setiap kali ke mana-mana tempat yang ada carbonara pasti ain akan cuba rasa. Sambil makan carbonara kita nengok singa tu masih lagi tidur. Hahahah.








Singa tu bangun masa kitorang dah start Night Jungle. Boleh dikatakan dari petang sampai ke malam kitorang tengok binatang. Seronok sangat, banyak sangat info-info yang kitorang dapat.By the way, kalau korang nak buat event dekat Simba Hill Gourmet Hall ni pun boleh sebab ruang dia besar sangat. Kot lah nak buat wedding kat situ, kerlass kau jah kahwin sambil nengok singa.😜






sebahagian gambar dari : Kak Dila

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000 ext. 8400
Hotline: 016-9884768
Fax: +609-5486288
Email: waterpark@bgrc.com.my

Facebook:

Instagram: