DAH TUA-TUA PUN MASUK PERTANDINGAN MEWARNA

DAH TUA-TUA PUN MASUK PERTANDINGAN MEWARNA


Paling suka mewarna

Masa kecik-kecik dulu, aku paling suka mewarna. Aku paling benci melukis. Memang tangan aku tak berseni betul bab melukis. Punya dasyat kebencian tu sampai cikgu pernah sound setepek dekat aku “Awak ni suruh lukis gambar rumah sendiri pun tak boleh ke? Awak tak sayang keluarga awak ke?”. Sorry cikgu, ayat cikgu makan dalam sangat sampai sekarang saya ingat! Terima kasih cikgu sebab cakap macam gitu. Yer, saya memang bodoh melukis tapi saya teror mewarna cikgu! 

Kecik-kecik dulu selalu lah gak masuk pertandingan dapat nombor 1 ke 2 tu pernah lah. Nampak tak, Allah tuh Maha Adil. Aku bodoh melukis, tapi aku power mewarna. Kah! Tiber meriak nampak ain🤣. Bila dah berumur 27tahun ni, rindu pulak dengan zaman kanak-kanak.
nilah cup yang disuruhnya kita untuk kaler

Makanya, kejadian mewarna tiber terjadi pada waktu petang itu. Pada waktu pagi hari itu aku dengan geng JDT Blogger serta rakan media yang lain menghadiri opening SF Coffee dekat Capital City Johor Bahru. Sudikan baca entri tersebut. Lepas je aku register bukti kehadiran tiber the organizer tu approach dan cakap tentang contest mewarna cup SF Coffee tu. 

Join pertandingan mewarna

Jadi nya, masa nak balik kami bawak balik lah cup tu dan aku malas nak beli pensel kaler lalu aku terus memberi salam ke rumah jiran. Yes! Anak jiran kita mesti ada punya kelengkapan mewarna. Hahaha. “Assalamualaikum, Eisya.. Kak Ain nak pinjam pensel kaler boleh? Kak Ain masuk pertandingan  mewarna”🤣
pertandingan mewarna akuainkausiapa
Suruh anak jiran amek kan gambar.Hahaha

Petang itu aku settlekan terus ikutkan rasa menyampah pulak sebab doodle dia banyak sangat. Pening woi nak habiskan. Mula-mula macam nak warna main hentam je asal nampak berkaler. Tapi tiber dapat idea aku nak ada tema. Tadaaa.. Aku fokuskan kepada 4 warna iaitu warna hijau, pink, merah dan biru.


Selepas aku mewarnanya siap sekali bertema.kah!

Tiber anak jiran aku tanya “kenapa Kak Ain pakai warna pink hijau ada ke bunga banyak warna tu?” Mampus aku nak jawab ape. Hahaha. So aku jawab macam gini, hijau simbolik daun-daun alam semulajadi , pink (aku sebenarnya suka kaler tuh, tapi kak ain kau tak nak mengaku). Merah dan biru simbolik bendera negeri Johor memandangkan SF Coffee membuka cawanganya di JB. Bukan tu je, aku letak kaler gold pada logonya kerana warna gold ini lambang kemewahan. Dengan menghirup kopi di SF, kita boleh rasa the prestigious of the coffee. Hamek kauuu,,Kak Ain siap bertema padahal main suka-suka je warna tu. 

Terima Kasih anak jiran yang comel! Korang nak join contest ni? Klik dekat Facebook dan Instagram SF Coffee . Nanti ada detailsnya. Oh yer, pecah kaca pecah gelas lepas baca mohon payung lah Like Facebook Awak Makan Ape , Follow sekali Instagram @awakmakanape. Chow! ☕

SECOND HEROMARKET OUTLET IN JB IS NOW OPEN!

SECOND HEROMARKET OUTLET IN JB IS NOW OPEN!

HeroMarket is a private limited company specializing in the supermarket business. Based in Klang Valley, HeroMarket is synonymous with everyday low prices, big variety, great value and recognized for offering a vibrant, comfortable and clean shopping environment.
HERO MARKET CAPITAL CITY
JDT Blogger attend the opening event

Located in Capital City , Tampoi Johor

We currently operate 23 supermarkets in Klang Valley (including 5 convenience shops), 1 in Johor Tebrau City, 1 in Penang and the latest one in Tampoi, Johor with total workforce of more than 1200 personnel.

HeroMarket was incorporated in 2005 and the people behind HeroMarket has accumulative food retail experience of more than 75 years. In line with HeroMarket tagline "Fresh and Easy" , we adopt the concept of modern supermarket shopping-buying everyday groceries, fresh produce and fresh foods under one roof and in a hygienic and clean environment.
HERO MARKET CAPITAL CITY
The opening of this second outlet located in Capital City ,JB
Together with our bakery and cafe, HeroMarkets offers a complete shopping experience for your everyday needs. Tampoi shoppers will now be showered with low priced offerings of groceries, fresh market, bakery as well as non halal and liquor products.

Our concept of offering high quality food and non food products via our Hilo brand (home brand) is something to look out for especially those aiming for reasonable priced goods.
HERO MARKET CAPITAL CITY
sign up to get a membership card
Come over to HeroMarket Capital City,Tampoi for special promotions and FREE membership sign-ups!

PEMINAT IKAN KELI

Aku pernah ditanya soalan ni sewaktu aku belajar di Uitm Kedah. “Weh hang biaq betoi makan ikan keli? Hang tau dak ikan keli ni asai dari mana?”. Aku gelak! Aku tahu aku asal orang bandar tercampak belajar di kampung tapi bila dekat kampung ni la, aku jadi jatuh cinta dengan macam-macam jenis makanan. Antaranya ialah ikan keli! Yezza! Aku start pandai makan ikan keli ni masa belajar dekat Kolej Matrikulasi Johor. Jauh ceruk dekat Tangkak sana tu.
ikan keli nasi dagang
Ni aku makan dengan nasi dagang

Itulah tempat pertama aku jatuh cinta pada ikan keli. Boleh dikatakan itulah lauk kegemaran aku waktu makan tengah hari. Perasaan jatuh cinta tuh lagi membuak-buak bila tercampak ke Merbok Kedah. Hahaha. Hoi, muka aku hari-hari kerja nak bedal ikan keli je. Aku rasa geng-geng yang selalu lepak makan dengan aku mesti dah tahu dah aku ni peminat ikan keli.

Masa dekat Merbok aku suka gila ikan keli makcik kedai makan D’Atap. Makcik ni meniaga dekat rumah. Biasanya aku akan amek nasi, ikan keli pastu cicah air asam dan minum “ayaq kenduri”. Hahaha. Murah je weh. Teringat betul zaman belajar dekat kawasan kampung ni.
nasi kerabu ikan keli
Ni lah lauk kegemaran aku kalau pergi pasar malam Bandar Baru Uda

Bila dah duduk semula dekat JB ni, hurm... Nama pun kawasan bandar kan, selalunya ikan keli yang di jual dekat kedai makan alahai cenonet nya! Nak beli pun fikir tekak kita ni mana cukup cenonet gitu. Hahaha. Tapi kalau aku pergi pasar malam dekat kawasan rumah ni, lauk kegemaran Nasi Kerabu lawan dengan ikan keli! Ada ke orang makan macam gitu? Hahaha. Lantaklah ikut tekak aku. Dah akuain kau siapa? Siapa kau nak halang tekak aku ! Hahaha. Chow.

Gais, rajin-rajin lah tanya dekat kawan korang “Awak Makan Ape” , pastu kasi tahu orang-orang kampung korang suruh like Facebook Awak Makan Ape dan follow instagram @awakmakanape . Jangan lupa tau!🍽