REHAT DARI SOSIAL MEDIA

akuainkausiapa.blogspot.com
You may see I smile , you may see I laugh..But..

REHAT DARI SOSIAL MEDIA

Aku ambil keputusan ini. I’m taking a break! Selepas aku settlekan semua media invitation dan media release, aku nak berehat kejap dari sosial media. Cuma di blog ini aku tak pasti. Kalau ada rasa nak menulis, pasti diluahkan disini. 

Kenapa nak rehat?

 Jawapannya aku nak kurangkan perasaan sibuk mengambil tahu “story” orang. Yes, memang aku gunakan sosial media untuk berinteraksi dengan kawan-kawan. “Story” itu lah dijadikan topik perbualan. Best memang best! Yela, kita lebih senang nak keep in touch dengan orang. Terus hari-hari makin jadi lebih rapat. Memang sangat bagus kalau digunakan dengan betul terutamanya kalau kita tengah nak “gain attention”

Gain attention atau bahasa melayu pasar nya ialah “mencapub” iaitu mencari publisiti. Yes, memang bagus! Aku ni kalau bab-bab mencapub, paling pro! Hahaha. Tanya jela kawan-kawan yang rapat dengan aku. Tapi, di sudut hati aku ni tersimpan satu perasaan. Perasaan “being special”.

Ada “story” tak perlu kita nak public kan. Tak perlu kita mute atau hide pada sesetengah orang, cukup hanya kita sahaja yang rasa. Tak perlu kita nak pegang telefon dan record kan nya. So, this time around, aku nak berehat kejap dari Facebook, Twitter , Instagram. Hanya buka Youtube mungkin. Hahaha. Sebab aku jenis macam tu, tak tengok tv. TV aku adalah Youtube. Well, aku google Generation (tiber padahal kau dah nak masuk 28 tahun). Whatsapp only perkara yang penting sahaja. Tengok la bila aku rasa aku dah okay , aku ON!

I'm not give up! i'm just taking a break and that doesn't mean i'm quit! 

So, i’m taking a break! 
If they like you, they will find you! (pinjam tagline Sis Lin kejap)


Love, 
Ain 🦋

BAHAGIA ITU DI HATI

I wish to have this dekat rumah ,"when the breeze arrives,and the chimes ring,just close your eyes and start wishing"

BAHAGIA ITU DI HATI

Aku mendapat kiriman Whatsapp dari Sis Lin , 
“Bahagia itu wujudnya dalam hati.  Apabila kita mencari bahagia di luar maka jadilah kita orang yang bersifat keluh kesah.  Ingat, bahagia itu di hati..

Marilah kita memilih untuk bahagia hari ini.  Orang boleh ambil harta kita, duit kita, barang kita, orang kesayangan kita, jawatan kita.  Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.”

Aku nangis! Aku terdiam. “Bahagia itu dihati” Kenapa tuhan beri kita hati? Untuk menilai dan merasai kebaikan atau keburukan. Aku rasa “something is not right” with myself.   Mungkin banyak sangat hati ni dah terasa, dah terluka. Sebab itu ayat tu sangat bermakna. 

“.... Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.” Aku tanya hati aku sendiri? Kau bahagia ke? Hmmm.. Hati aku je yang ada jawapannya. ❤

I DONT WANT TO TALK ABOUT LOVE ANYMORE

akuainkausiapa
She just a woman who have a big dream! 

I DONT WANT TO TALK ABOUT LOVE ANYMORE 

Tajuk nak gempak je kan kau Ain. Yes. love define everything. Ia meninggalkan satu maksud yang mendalam. Termasuklah diri aku. To be love by someone is so lucky and special but to love someone perlukan banyak effort. Effort! Itu yang aku buat banyak kali. Itu maksudnya aku dalam kategori to love someone. Apa ehk sebenarnya rasa dicintai daripada mencintai? Pasti duanya ada perbezaan.

Entah kenapa aku buat keputusan ini. Keputusan yang aku rasa macam “serius ar!”. Aku mengadu pada Tuhan. Aku nangis sepuasnya. Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada perasaan aku. Its so complicated! Sangat! Lalu inilah keputusannya.

“I dont want to talk about love anymore!”

Aku dah tak nak dah bercakap tentang ini. Sebabnya makin aku cakap, makin aku rasa sakit. Aku tak suka rasa itu. Sakit hati. Sebab aku jaga betul-betul hati aku. Its time for me to take care tentang hati ini. Sebab aku terlampau banyak menjaga hati orang-orang lain. 

Aku mintak maaf, kalau selama ni aku menunjuk , meluah rasa terutama tentang crush. Hahaha. Seriously, aku tak ada niat pun nak create cheap attention tentang itu. Aku pernah cakap , aku ni bodoh tentang cinta. Aku tak pandai nak kawal tentang itu. So, aku ambil keputusan i should stop it. Aku dah tak nak dah cakap pasal ini. 

And, sorry... I didn’t mean that.
Thank you.

Even though I dont want to talk about love anymore, doesn’t mean I close my heart..

I just need someone who can love me.❤

Spread Love 🦋