PENGALAMAN PERTAMA KALI DINNER DI MOONLIGHT CAKE HOUSE

moonlight cake house
Kami bersama dengan chef di Moonlight Cake House

PENGALAMAN PERTAMA KALI DINNER DI MOONLIGHT CAKE HOUSE

Tengok nama kedai je dah tau komfom ni jual kek dan dessert je kan. Itu lah first impression aku tentang Moonlight ni. Moonlight ni memang dah terkenal dengan kesedapan dessert dia. We can't denied that! Sebelum-sebelum ni , aku pernah je rasa kek dari Moonlight. Tapi, bila dapat tahu Moonlight dekat Taman Pelangi ni dah renovate , fuh cantik siot! Memang terpegun aku melihatnya.

Kami datang pada waktu dinner time. So, takkan la nak makan desserts je kan. Mesti la nak cari makanan yang memang boleh kenyang. So, kita tengok apa yang kami makan pada waktu tu. Pada aku, rasa pada setiap masakan yang dihidang itu 'just nice' meaning to say tak terlalu masin atau tak terlalu berminyak. Rasa dia hujung hujung lidah je gitu.

Menu yang kami rasa ni pada aku lebih banyak di fusion kan. Antaranya kombinasi nasi goreng dan chicken floss berserta dengan salted egg. So kepada mereka yang suka makanan fusion style boleh ler try dinner disini.
mushroom soup
mushroom soup ni bentuk dia unik betul kan , roti tu kita makan dengan soup tu perh , memang sesuai sebagai pembuka selera untuk dinner

Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket
Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket , kombinasi salmon dan salted memang bertambah lagi selera kita untuk menikmatinya. 

Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger
Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger , sambil berbual bersama dengan geng makan-makan korang tu menu ini juga sesuai dimakan kerana daging burger tu homemade ye. Aku ni memang suka betul kalau burger yang rasa juicy

Moonlight Signature Pasta
Moonlight Signature Pasta , seorang Ain ni memang hantu pasta, ikutkan nak makan ni sorang-sorang je.hahahha

Japanese Pizza
Japanese Pizza ,masa belek menu waktu tu ini yang paling aku teringin nak rasa.Gais,ini pada aku memang wajib cuba.SEDAP!

Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice
Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice , selalunya kan chicken floss dimakan dengan roti yang ini dimakan bersama dengan nasi.

Morning Light
Morning Light , kalau yang tengah diet tu boleh la pilih menu ni ye!

Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard
Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard 

Seafood Gnocchi
Seafood Gnocchi , yang ni first time aku cuba dan aku suka sangat!

Risotto Seafood
Risotto Seafood ,tengok memang macam pelik kan , tapi rasa dia tak pelik pun.Hahaha

Australian Lamb Shank
Australian Lamb Shank , yang ni orang cakap kalau ada lebih bajet tu cuba lah rasa.komfom teringat-ingat lepastu

Moonlight Sharing Platter
Moonlight Sharing Platter , aku paling suka dekorasi menu ni kalau nak makan just celup je dekat tiga sos yang disediakan

hot dark chocolate
Hot Dark Chocolate , peh minum ni dengan makan sekali dengan dessert memang boleh rasa bahagia pada hari itu

Sea Salt Lava Cake
Sea Salt Lava Cake , kek ni sangat sedap eee,,makan ramai-ramai pasti rasa seronok!

moonlight cake house
Pelbagai dessert yang memang sangat menyelerakan dari Moonlight Cake House
Moonlight Cake House Taman Pelangi
(No Pork, No Lard, No Alcohol)
Lokasi:
160, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 
80400 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan:
9 am - 1 am
Tel. No:
+607-333 9922

Instagram:
Facebook:
Website:

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!

SEPETANG BERSAMA JDT BLOGGER

jdt blogger
kitorang dah cuba 4fingers firecracker sauce

SEPETANG BERSAMA JDT BLOGGER 

Tanpa perancangan kadangnya gitu lah pertemuan yang selalu menjadi kan. Pada hari sabtu lepas , lebih kurang jam 1 tengah hari gitu tetiba kak Sunah call aku. “Hello Ain, Sis Lin ajak pergi 4Fingers..woi siap cepat kol2 akak amek dekat rumah”. Lalu aku menjawab “Hmm kena pergi ke ?”. Kak Sunah menjawab “Yela, aku mana larat nak habiskan makanan nanti”. Hahaha. Nampak sangat konsep #projekcarikmakan gittew! 
jdt blogger
nyempat bergambar dengan abang kandung kak sunah. Hahaha

Oh ya Kak Sunah dan Sis Lin pula diorang daripada menghadiri kenduri kawen anak geng blogger otai. Aku belum cukup otai lagi, masih bbnu. Hahaha. Budak baru nak up! So , Kak Sunah pick up Ain dekat rumah dan park kereta dekat Petronas dan kitorang carpool kereta Sis Lin. Senang sekali jalan. Boleh nampak diorang muslimah betul ke bandar yang Sis Lin nya berjubah dan Kak Sun berbaju kurung. Nampak beno baru balik kenduri kawen. Hahaha.

Oh ya, Sis Lin ni jangan kasi tunjuk dia promotion menu makanan baru. Habis dia nak cuba. Hahaha. Sampai je dekat Komtar JBCC , ramai jugak dekat 4Fingers tu. Tapi ada la tempat untuk kitorang makan. Makan makan time bermula. Lepas dah makan-makan teman Sis Lin cuci mata sekali terbeli baju kau. Kebetulan promosi! Kahkahkahh. Seketul Sis Lin ni dia pasti nak cari air kopi lepastu. Memula dia sebut nak ke Nyonya Leaf tetiba tengok beberapa geng JDT Blogger baru habis event dan diorang lepak minum dekat SF Coffee Capital City JB. Apa lagi, terus ler vrooom ke sana.
jdt blogger
Sistur JDT Blogger yang baru lepas habis event.

jdt blogger
Kami pun menyusul tinggal 3 ketul lepastu.
Tetiba Sis cakap , jom la kita ke sana. Sampai je SF Coffee kitorang order dulu. Aku order cookies n cream. Bak kata diorang, “Rasa air budak budak” . Hahaha. Siot je! Aku nyempat salam-salam berlaga pipi je. Sebabnya aku time tu dah tak tahan nak terkencing. Hahaha. Patah balik je terus tinggal seketul Sis Lin je dekat situ. Hahahah. 

Oh, aku pula dah mula “berehat” sekejap dari sosial media, so aku just tangkap gambar air yang aku minum untuk posting di @awakmakanape . Selebihnya aku sempat belek surat khabar dan majalah yang tersedia disitu. Henset letak tepi time tu.

Sorry, haritu tak nyempat nak berborak lelama. Insyallah, ada rezeki kita jumpa reramai lagi okay! Sekian berita hujung minggu melaporkan untuk semua pembaca blog akuainkausiapa ❤

REPEAT LAGI MAKAN DI RESTORAN LEMON TREE

restoran lemon tree johor bahru
Yang pakai tudung merah tu comel lah . EH!

REPEAT LAGI MAKAN DI RESTORAN LEMON TREE

First time makan Lemon Tree ni sewaktu Dinner time iaitu di Taman Megah Ria. Kali ini, aku mencuba di lokasi yang berbeza pula. Lokasi yang baru iaitu di Setia Indah. Bukan setakat lokasi je baru , kali ni aku cuba merasa pada waktu lunch time. 

Well , tekak orang melayu kan kalau waktu makan tengah hari mesti nak cari nasi. Dont worry! Ade jug terselit menu nasi yer. Jangan kata iolls tak makan nasi. So, sebelum ni aku just order warm water dan jugak strawberry tea. Tapi kali ni, aku try pula air Hot Hazelnut Chocolate. Peh, terangkat woi feel dia. Tapi, dia agak manis la pada aku. Mungkin sebab aku ni tak berapa suka rasa manis yang terlampau. Tapi, air yang buat aku sangat refreshing pada hari itu ialah Lemonade Ice ! Peh , aku siap order satu gelas lain lagi tapi share la. Aje giler boleh kembung perut minum air je.Hahaha.
hazelnut hot chocolate restoran lemon tree johor bahru
hazelnut hot chocolate , jom belek menu ape nak makan

restoran lemon tree johor bahru

restoran lemon tree johor bahru

special fried rice restoran lemon tree johor bahru
special fried rice katanya, so yang lapar nasi pun boleh order menu ini ye

restoran lemon tree johor bahru

Pada waktu tu kami makan kongsi kongsi rasa gittew! Walaupun kongsi tapi sangat kenyang. Aku nak mencadangkan korang mencuba kombinasi pizza ni , dimakan bersama dengan salad segar dan soup dia. Peh! Salad dia memang boleh diterima tekak dan kita boleh meratah gitu je. 

Apa lagi kombinasi yang sesuai untuk lunch? Pada mereka yang mungkin tak berselera nak makan berat-berat sebab tengah stress kerja ke, cadangan aku order lah air Lemonade Ais dan dessert Tiramisu kek serta Chocolate Kek. Peh, komfom lepastu mood korang kembali okay bila masuk office. Hehehe.
double chocolate cake restoran lemon tree johor bahru
double chocolate cake  bersama dengan lemonade ais is so refreshing!

island seafood pizza restoran lemon tree johor bahru
island seafood pizza , ini sangat lah highly rekomen by me. ain suka betul pizza ni

mushroom soup restoran lemon tree johor bahru
mushroom soup yang sangat menyelerakan! so yummy!
spaghetti seafood agilo olio restoran lemon tree johor bahru
spaghetti seafood agilo olio

spaghetti prawn aglio olio restoran lemon tree johor bahru
spaghetti prawn aglio olio 

spaghetti bolognese restoran lemon tree johor bahru
spaghetti meatball bolognese 

fresh salad restoran lemon tree johor bahru
Semangkuk salad segar yang sangat sedap! 
Next, kalau yang jemu makan nasi tu, aku nak cadangkan korang makan Pasta. Nampak tu Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Aglio Olio. Aglio Olio ni memang orang cakap wajib cuba , aku takut ter order dua je lepas tu. Hahaha.

Kesimpulannya episod #awakmakanape waktu lunch pada hari itu, aku sangat berpuas hati. Jangan risau, disini orang Islam pun boleh makan. Orang-orang sekitar Johor Bahru , apa tunggu lagi.. Serbu!!! 
restoran lemon tree johor bahru
Yang tengah-tengah tu hantu Aglio Olio dekat sini . Jaga-jaga kalau nampak dia makan, mohon order cecepat.

restoran lemon tree johor bahru
Johor Bloggers 
Restoran Lemon Tree
Setia Eco Cascadia Branch

(No Pork, No Lard, No Alcohol)
Lokasi:
No. 63, Jalan Eco Cascadia 6/1, 
Taman Setia Eco Cascadia, 
81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi:
11:00 am -10:30 pm
Setiap hari
Tel. No:
+607-3615965
Facebook:
Instagram:
https://www.instagram.com/lemontree2u

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!