SEPETANG MERONDA NAIK MOTOR DENGAN ANAK JIRAN

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Kak Ain , Aliyah dan Mama Aliyah

SEPETANG MERONDA NAIK MOTOR DENGAN ANAK JIRAN

Petang semalam tetiba anak jiran whatsapp dan aku pula tengah ada kerja sedikit. Memang tak pasan bunyi notification. Lepastu dengar bunyi call masuk. Tetiba, anak jiran aku Aliyah call. Oh, Aliyah ni dia PT3 tahun ni. Gais, anak jiran saya dah semakin ramai dah rapat dengan Kak Ain dia ni.

Dia ni gila-gila sket. Hahaha. Dah pandai bawak motor. Mampus dengan aku-aku sekali terjebak follow. Sebenarnya aku ni paling penakut naik motor, paling cuak kalau nak naik bukit pastu motor terbenti tengah jalan, dah muatan berat kan. Pastu terjatuh! Cuak bai! Hahaha. Tapi aku cakap ler dengan si Aliyah ni kita pusing-pusing jalan yang tak lalu bukit la. 

Memula aku jalan kaki dulu dengn dia lalu lorong-lorong tikus belakang rumah orang, kalau aku seorang mampus tak berani, ni sebab dia ada aku redah ler sesama. Hahaha. Lepastu dia cakp jom ler Kak Ain naik motor, okay aku layan kan jela. Okay , pegi isi minyak dulu. Siap isi angin tayar lagi. Kemain budak ni, pegi sana sini ramai orang kenal dia. Hahaha.

Oh yer lupa, sebenarnya dia whatsapp aku mula-mula tu ajak pergi Mr Diy sebab ada nak cari barang sekolah, tapi sorry sangat time tu tak boleh. Lepastu dia cakap mama ada mintak belikan barang -barang sebab mama dia bakers. So aku pun on saje. Budak ni, baru sejam dua aku lepak dia dah teguk 1 air manis lepastu pergi tahan bangla jual aiskrim RM1 . Hahaha. Kelakar lah. Tak cukup sampai petang, sampai ke malam dia nyempat bagi salam kat rumah aku. Aku tengah makan time tu. Nak ajak lepak berbual depan rumah je. Sorry tak boleh. Nak keluar waktu tu.

**sorry gambar naik motor memang takde sebab dah kata aku penakut naik motor , duduk belakang dia aku haram tak pegang phone..just menikmati keindahan alam sambil borak-borak.katanya. hahahha.

"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."

museum kata andrea hirata laskar pelangi

"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."


Kisahnya tetiba aku teringat kenangan ni bila aku view Instagram kawan blogger iaitu faraamusa dia bercerita tentang nota yang dibuat dan dia sejenis perangai yang kedekut kertas. Lalu , aku terus teringat tentang kenangan ni. Aku pernah kena tegur dengan cikgu addmath sebab perangai kedekut kertas aku ni la. Hahaha.

Aku teringat pada waktu tu , cikgu tulis dekat buku aku "i want to see you!". Mampus aku dah cuak salah apa seh waktu tu. Dalam kelas cikgu cakap "buku siapa yang ada dapat nota dari saya?. Semua pandang each other , aku pun belek ler buku aku. AKU rupanya! Aku pun mengaku la. Cikgu cakap "oh awak Farahain , awak tau kenapa saya nak jumpa awak?", "kenapa awak tulis semua jalan kerja sampai penuh muka surat? dah tu nanti saya nak buat correction macam mana ? kat bahagian mana saya nak tulis?". HAHAHAHA.
Sebegitu kedekut betul seketul Farahain. Kau tahu kenapa aku kedekut kertas waktu tu? Sebab aku sayang pokok. Aku paling tak suka orang membazir kertas, makin banyak ler pokok nak ditebang hanya kerana nak hasilkan kertas lepastu kau tak gunakan sepenuhnya. Nampak seketul Farahain punya alasan macam mana. Hahaha. Aku juga sebenarnya tak berapa setuju orang mencetak flyers, katalog dan semua yang melibatkan kertas tapi dibiarkan begitu saja terikat namun tak bertali , mencuba menyimpulkan mati namun terputus jua....(Kan dah ternyanyi lagu Haqiem Rusli) Kah! Tapi ikut keadaan la kan , kalau dah memang belajar addmath dah tahu memang jawapan salah , sila bagi ruang sepenuhnya untuk pembetulan!