BERKHEMAH BERKHEMAH BERKHEMAH SAMA SI NOPAL

bestfriend

BERKHEMAH BERKHEMAH BERKHEMAH SAMA SI NOPAL

Mula-mula diorang cuma plan nak makan dekat mcdonald. Sebagai kak Ain gituuw , ku temankan aje mereka. Kali ini kami pergi berempat. Muka-muka yang terlibat pada hari itu iaitu Kak Ain sebagai yang lebih dewasa , Aliyah dan Asyira beserta Aiman (kawan kepada Aliyah). Gittuw perhimpunan geng A. Hahaha. Drama juga la memula sebabnya aku dah cakap dengan Aliyah sabar sket tunggu si budak kecik tu balik sekolah. Memang ler dia cakap balik pukul 4 tapi perjalanan dari sekolah nak ke rumah agak jauh. Gedebak gedebuk kitorang pun nampak la Asyira pulang dari sekolah. 
mcdonald
Antara juadah hidangan pada petang itu

akuainkausiapa
Asyira dan mcchicken nya

akuainkausiapa
Aliyah dan bigmac nya

akuainkausiapa
Aiman spicy mchicken deluxe
Comel je si boss kecik ni dengan pakai baju PBSM dia tu. Hahaha. Aku pun temankan diorang pergi ke mcdonald yang berhampiran. Tetiba aku pelik , eh kenapa tapau? Ingat makan situ. Rupanya diorang dah pm tepi baik punya nak makan tepi pantai lido katanya. Pantai lido yang dah lain sangat sekarang berbanding dulu. Kalau nak diikutkan masa aku kecik dulu memang ler best berkelah dekat situ. Kebetulan mcd memang dah dekat sangat. Aku pun ape lagi pusing je lah dan parking tepi.

Cuaca tak ada la berangin sangat dan tak panas sangat. Just nice la kan ambil angin diwaktu petang gittuw. Tapi , bau air laut kus semangat boleh tahan. Hahaha. Terus cari port yang selesa lalu kami pun berkhemah berkhemah berkhemah bersama si nopal anaknya bahenol. Hahaha. Aku memang tak makan sebab tengah on diet , berpantang dari fast food. Boleh tengok video yang aku letak di igtv itu.

Sambil kitorang berborak berbual , ada akak datang menjual buah dan kek. Ade jugak aku selitkan sekali video di igtv tersebut. Walaupun kadang-kadang rasa kelam kabut jugak nak melayan kerenah budak-budak tapi , waktu yang diluangkan mampu membuat aku gelak sepuasnya. Bukan itu sahaja, aku juga dapat menghilangkan stress dan melupakan sekejap masalah yang ada. Korang ingat korang je ke stress belajar? hahaha. Kak Ain pun ada juga stress. Its how we handle the stress and the problem. Yang penting selagi kita masih punya Tuhan , jangan lupa untuk sentiasa sujud kepadaNya.

SI BUDAK KECIK NI PUN NAK JUGAK RASA!!

spicy korean chicken

SI BUDAK KECIK NI PUN NAK JUGAK RASA!!

Kalau uolls tengok balik entri sebelum ini SURPRISE BIRTHDAY GIRL , aku kan masakkan special untuk Aliyah BFF jiranku ini. Tiba petang tu si budak kecik ni pun menuntut jugak. Aku memang masak lebih sedikit. "Kak Ain , Syira pun nak rasa jugak ayam tuuu". Iyelah , budak kecik...Kak Ain simpan sedikit untuk awak.

Sanggup tu dia makan sampai habis walaupun menahan pedas. Ade ler dalam 4 gelas air jugak dia mintak. Hahaha. Siap melompat bintang lagi nak menahan pedas. Hahaha. Aku gelak-gelak tengok perangai 'terlebih gula' dia ni.

Kalau korang nak tahu , aku guna sos Cheesebomb dan Blackbomb. Gabungan ni memang komfom padu gila. Senang je weh , ayam tu korang goreng macam biasa macam aku salut dengan tepung. Beli je tepung yang untuk goreng ayam tu dah banyak jual dekat kedai. Lepas dah goreng , toskan dulu minyak bagi kering lepastu baru letak kombinasi dua sos ni. Gerenti cakap memang sedap bak hang!. Hahaha.


spicy korean chicken
gitteww presentation kak ain kauu...yang ni untuk makan sendiri.hehehe

Kalau nak dapatkan boleh DM instagram aku @sheisfarahain atau pun whatsapp di 013-7214282. Aku tak jual weh cuma tolong kawan je. Kita sembang sampai jadi okay bossskuuu..

Gais, rajin-rajin lah tanya dekat kawan korang “Awak Makan Ape” , pastu kasi tahu orang-orang kampung korang suruh like Facebook Awak Makan Ape dan follow instagram @awakmakanape . Jangan lupa tau!🍽

SURPRISE BIRTHDAY GIRL

akuainkausiapa

SURPRISE BIRTHDAY GIRL 

Pada 8 Mac haritu , merupakan hari kelahiran anak jiran aku yang bernama Nur Aliyah ini. Peh dia punya tuntut hadiah memang tak boleh blah siot. Hahaha. Aku terfikir nak beri something yang dia suka. Dia suka makan. Dah banyak kali offer nak belanja makanan delivery lah , aku cakap tak payah. Pastu dia pernah cakap dia suka makanan yang pedas dan cheese. So, why dont aku masakkan spicy korean chicken. Ala-ala je lah. Kalau nak dapat sebijik yang macam gitu memang tak ler kan. Aku ni dah la tak berapa minta benda kpop kpop ni. Hahaha.

So, first aku goreng ayam macam biasa. Eee, cabaran jugak nak masakkan untuk si Aliyah ni sebabnya pagi tu dia mintak hantarkan keluar kejap. Aku ni kalau masak tak leh orang kacau sangat nanti aku neves terus. Hahaha. Pastu aku layan kan je waktu tu. Aku cakap , petang-petang sket aku bagi hadiahnya. So, korang tengok jelah video dekat bawah ini yerk!


cheesebomb and blackbomb
ini lah sos nya...peh memang sedap pedas kaw kaw woi

Kalau korang nak tau, aku pakai sos cheesebomb dan blackbomb ni. Kalau nak dapatkan boleh DM instagram aku @sheisfarahain atau pun whatsapp di 013-7214282. Aku tak jual weh cuma tolong kawan je. Kita sembang sampai jadi okay bossskuuu..

Gais, rajin-rajin lah tanya dekat kawan korang “Awak Makan Ape” , pastu kasi tahu orang-orang kampung korang suruh like Facebook Awak Makan Ape dan follow instagram @awakmakanape . Jangan lupa tau!🍽