LOLIPOP GEMUK
Selepas dari penat menjelajah ke Zoo Johor , kitorang pusing-pusing mencari tempat makan. Iyelah , hari Jumaat pulak dekat JB aku perasan banyak kedai tutup . Si Aliyah pula tengah hari buta dok ngidam nak ikan bakar. Aku perasan banyak dekat sini yang jual ikan bakar selalunya pada sebelah malam. Pusing punya pusing , dia mintak singgah ke Mydin. Aku tunggu je la dalam kereta. Sekali masuk je dalam kereta , nah kak Ain. Aje gilerr...Lolipop gemuk! Hahahaa.
Gelak-gelak aku dibuatnya. Habis ler terlebih gula kita semua nanti. Aku risau dua ketul ni hyper teruk je waktu tu. Aku punya yang warna hijau , Asyira warna merah dan Aliyah warna biru. Aku dok fikir macam mana la nak habiskan. Aku ni dah la tengah diet nak turunkan berat badan. Lagi pula budak-budak ni dok rasuah aku dengan lolipop gemuk ni. Hahaha. Penghabisnya , aku bawa balik ke rumah , abang aku yang tolong settlekan . Dia bagi sikit dekat anak jiran aku si Farisya dan Fahrina.
AKU? memang tak niat nak rasa.
(Aku tau Asyira dan Aliyah komfom baca blog kak Ain ni , sorry bukan tak nak makan tapi kak Ain kena pantang gula pada waktu sekarang ini)