MENU SAHUR PALING PEMALAS !!

Image may contain: roti bakar telur goyang

MENU SAHUR PALING PEMALAS !!


Hai, masih ingat lagi tentang cerita "Lauk sahur ku adalah lauk buka ku"  , aku menyatakan hasrat aku nak bersahur dengan roti bakar telur goyang!. Haaa,, terjadi lah ia. Pada sahur hari keberapa entah aku lupa. Hahaha.

Resepi paling pemalas, tapi malas tak malas jenuh jugak nak siapkan. Nak lap pembakar roti tu sebab jarang guna. Betapa gigihnya seorang Farahain . Sampai kan abang aku dah habis sahur , aku gorengkan telur mata dua biji untuk dia makan dengan roti. Aku masih tak settle lagi. Abang aku siap tanya , "apa benda yang bau berasap ni?". Hahahaa.

Betapa lamanya aku dh tak guna pembakar roti tu. Hahaha. Nak bakar 2 keping roti je pun. Tapi , nak dijadikan cerita! Kelakar pula bila ingat balik kejadian tu. Tapi selepas-selepas ni rasanya memang nak kerap guna la pembakar roti tu. Yela , takkan nak biar jadi pasu bunga dekat dapur tu je ? Hahaha. Benda boleh guna pasaipa tak nak guna kan.
Image may contain: roti bakar telur goyang

Oh yer, aku siap letak kicap sekali bagi menambah rasa. Dasar hantu kicap , semua nak dikicapkan. Ikut perangai bapak aku ler tu..Encik Zainal! Hahaha. 

Jujurnya , semenjak aku rapat dengan geng JDT Blogger , semakin rajin aku mencuba pelbagai jenis masakan. Yelah , scroll blog diorang , selalu betul kongsi resepi dan menu berbuka puasa. Kita geram je wak. Hahaha. Nak berbuka apa yer hari ini? Hahaha. Nantikan!

MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!

Image may contain: food

MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!


Alhamdulilah. satu perkataan yang mengambarkan ramadhan aku pada hari yang ke -13 . Pada siang hari aku berkesempatan untuk gotong-royong memasak bubur lambuk. Walaupun aku just tukang kacau je , dan tolong sikit-sikit tapi its a great experience juga. Bukan itu sahaja , bila part nak deliver bubur tuh , kami pergi rumah ke rumah dan sampai ke bazar ramadhan.

Sumpah la aku agak malu juga sebenarnya , sebab kitorang bawa bakul yang macam orang nak meniaga kuih tu. Hahaha. Tapi aku paling salute dekat adik-adik DOM aku si Aliyah dan Asyira. Diorang la yang bagi salam setiap rumah ke rumah. Aku just drive kereta dan berhenti rumah ke rumah.

Penat juga sebenarnya weh. Tapi , rasa penat tu berbaloi. Rasa macam dibayar dengan rezeki yang datang dari Allah. Tengok gambar je dah tahu meriah tak meriah juadah berbuka puasa aku. Jujurnya , memang penuh perut aku semalam. Rasa nak meletup woi. Sebabnya aku memang dah jarang melantak menu yang banyak-banyak bila berbuka. Sampaikan menu berbuka tu bawa sampai ke sahur pun masih tak habis. 

Nampak gaya masuk peti ais dan panaskan jelah untuk lauk berbuka hari ini. Sampaikan aku cakap , ya Allah bersyukur gila ada orang sudi beri juadah pada aku. Terima kasih! Jiran sebelah saya, Auntie Fiza iaitu maknya kepada The NF Generation . Juadah yang diberikan memang penuh betul. Mee hoon berkuah (ini macam mee hoon singapore gituw) , puding roti , baked pasta. Peh! Memang sendat perut woi. 
Image may contain: food

Image may contain: food
Ditambah lagi dengan pencuci mulut seperti sagu gula melaka pemberian mama Aliyah , dan puding warna pink pemberian kak Faezah. OMG! Penuh meja woi. Hahaha. Aku hanya beli ayam goreng seringgit dan nasi ayam tu abang aku yang makan. Aku berbuka dengan bubur lambuk. Bubur lambuk pulak dapat dua jenis. Mak oi! Sampaikan kawan aku cakap , kau ambil je lah straw sedut bubur tu je. Hahaha.

Terima kasih diatas semua juadahnya! Rasanya nak berbuka nak buat cucur bilis ler... Kita tengok nanti eh , jadi ke tidak. Hahaha. 

MERDUNYA ! LAGU SESUNGGUHNYA 2019 : GABUNGAN SUARA ALIF SATAR DAN RAIHAN


SESUNGGUHNYA 2019 - ALIF SATAR & RAIHAN


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

psst : aku rasa tersentuh betul dengar lagu ni.. liriknya sangat lah mendayu.