SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!
Selalunya kalau korang ke boat noodle berapa banyak mangkuk boleh perhabis? Hahaha. Aku ni takdelah hantu sangat tapi aku suka konsep makanan style macam gini. Kenapa?Sebabnya aku ni suka jenis makan sikit-sikit tapi boleh rasa macam-macam. So , khamis lepas aku melencong ke Desaru jalan jalan cari angin tepi laut. Katanya! Hahaha.Sebelum tu aku tahu yang ade Aroi Thai dekat Tunamaya Desaru ni , aku ingatkan dia dalam resort tu rupa-rupanya dia betul-betul tepi jalan. Maksudnya memang senang sangat nak cari. Oh ya , dulu namanya Aroi Thai , tapi sekarang dah berubah brand nya. Namanya telah direbrand menjadi Nakon Thai.
Adakah menunya pun berubah? Rasanya pun berubah ke? Tidak! Masih sama je. By the way , sebelum-sebelum ni aku pernah share Aroi Thai ni. Cumanya itu cawangannya di Trove JB. Sepetang bersidang bersama geng katak <<<baca dekat sini yer awak awak sekalian....
Bezanya masa aku pi mencekik sebelum ni , TAK HABIS MAKAN SEBAB TERLAMPAU KENYANG SEMUA JADI ULAR SAWA MENYANDAR!! Hahaha. Kali ni , dah cakap makan kena bagi habis. Pantang aku orang makan tak habis!
Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot |
3 sekawan aiskrim! |
Apa yang bestnya? Rasa kuah tomyam nya makin pekat makin ler rasa sedap. Aku suka set ni , sebab kita makan rebut-rebut. Hahaha. Makan berjemaah! I lioke!! . Kombinasi sayur-sayur walaupun taugeh pun aku rasa sedap betul meratah bila di combine dengan kuah tomyam tu.
Oh ya , AISKRIM DIA SEDAP GAIS!!! Terpaling aku suka ialah MANGGO AISKRIM. Eee, sampaikan masa nak photoshoot dekat luar pun aku sempat bawak mangkuk tu sambil mencekik aiskrim nya.
So , datang ke Desaru jangan lupa untuk singgah ke Nakon Thai yang terletak di Tunamaya Desaru!AWAKMAKANAPE??