HANYA KERANA MINAT...

Image may contain: Hernee Nazir and Nur Farahain, people smiling, hat, eyeglasses and closeup

HANYA KERANA MINAT...

Aku tertarik nak tulis tentang ini , yang aku pendam beberapa hari lepas. Ianya tentang satu perkataan yang dikatakan MINAT. Minat ni boleh juga dikatakan sebagai obses. Pada hari Jumaat yang lepas , aku mendapat jemputan sempena pembukaan Sealife Malaysia secara rasminya. Pada waktu tu ,masa nak otw ke Legoland tu , aku tetiba terfikir , "Kak Hernee ada ke tak ehk jap gi ? lupa nak tanya.." . Tuptup masa nak pergi ke meja pendaftaran media , ada yang tegur aku. KAK HERNEE ADA RUPANYA!

Terkejut aku , yelah weh dengan kendong anaknya lagi plus dengan dua bodyguard kecik. Aku perati je macam mana Kak Hernee ni urus anak-anak dia sambil menyempat buat video dan amek gambar. Konklusinya , SEBAB MINAT. Sebab hanya minat ,kita boleh buat dengan rasa ceria dan enjoy!

Aku sempat interview kak Hernee masa tengah makan , (well aku ni memang suka inteview orang) HAHAHAHA. Aku tanya dia , macam mana akak update blog? bila nya masa akak menaip...bla bla blaa. Gais , kalau bukan kerana minat...mana mampu dia buat. Dengan nak jaga anak-anak dengan nak urus rumah lagi, aku memang tabik spring betul!

Itulah kak Hernee...

Dia tetap humble dan mengelar diri dia sebagai "blogger makcik-makcik kampung je" , korang tengok jelah blog dia. Aku ni ibarat plakton je kalau nak dibandingkan dengan dia. Pageviews blog kepunyaan kak Hernee ni mencecah 13juta gais. Itu ke yang dikatakan blog makcik makcik kampung? Hahahha. Aku tergelak woi bila kak Hernee cakap macam gitu.

Aku tanya dia akak buat macam mana? Yelah benda-benda teknikal macam Seo lah keyword semua tuh dan korang tahu apa jawapan dia "AKAK MAIN BUAT JE....AKAK TAK RETI NAK NGAJO AIN...AKAK TULIS SUKA SUKA JE...AGAK-AGAK MACAM OKAY JE PLUG IN NI , AKAK LETAK KALAU TAK AKAK DELETE BALIK" . 

Kau tengok jawapan blogger makcik kampung macam mana.. Betul lah kan kalau dah namanya minat. Semua boleh jadi kalau kita minat. Ala , sama jelah kalau kita suka pada seseorang , kita mesti akan buat macam-macam cara untuk buat orang tu suka kita. 

Sambil-sambil aku tengok Kak Hernee dengan tengah kendong anak nya lagi , dia sempat update gambar dan video. Dia sempat buat story dan dia sempat melayan lagi kerenah the ilhams. Aku rasa aku mungkin tak mampu buat apa yang kak H buat. Tapi aku belajar sesuatu yang kalau kita minat dalam sesuatu bidang tu , go and achieve it.. Terima kasih kak titipkan pengajaran untuk seketul Ain yang baru nak up! Hahaha.

Oh lupa nak bagitahu....kak Hernee lah yang membawa aku masuk ke dalam group jdtblogger! aku ain dan jdt blogger <<<jangan lupa baca tau

SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!


SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

Aku ade confession yang nak di beritahu! Yes , sebenarnya aku tengah dalam situasi insomnia. Korang tahu tak insomnia ni penyakit apa?

Google :
Insomnia is a sleep disorder that is characterized by difficulty falling and/or staying asleep. People with insomnia have one or more of the following symptoms: Difficulty falling asleep. Waking up often during the night and having trouble going back to sleep.

Meaning to say , aku sekarang kembali menjadi burung hantu. 

ITS NOT THAT GOOD!!! KEPALA TING TONG JE WAKTU PAGI. Lemau sangat. Aku akan boleh aktif selepas pukul 12 tengah hari .

Aku tanya juga , kenapa penyakit ni datang balik? Sebabnya , sebelum ni aku memang dah kerap gila insomnia. Lagi-lagi lepas arwah ibu aku meninggal. Dan dia berterusan... sampailah aku ubah my daily lifestyle.

Dengan cara apa? EXERCISE!

Yes , gais! Aku rasa sebab aku dah start balik exercise ni tu yang datang balik penyakit ni. Badan aku macam terkejut mungkin Hahaha. Plus , aku memang dah lama stop minum benda-benda berkafin seperti Nescafe dan Kopi.

Fyi , gais.. dulu aku ni ketagih nescafe kaw kaw punya! Start matrik dulu sampai sambung degree. Habis je belajar , aku buang semua tu. Sampai sekarang , aku memang tak boleh langsung sentuh benda tu.

BANYAK FIKIR???

Iya , ni pun penyumbang faktor terbesar juga yang akan menyebabkan Insomnia. Aku akui lately ni aku banyak berfikir sangat. Tapi , fikir perkara yang berkualiti je la. Benda yang remeh temeh je aku memang dah tolak tepi.

BEST KE INSOMNIA NI?

Gila apa best , orang dah syok tido kau masih lagi berjaga. Apa yang aku akan buat waktu tengah malam tu? YOUTUBE! Aku akan tengok video-video content entertainment , video motivasi seperti Gary vee ,or MOVIE TIME! Hahaha. Aku sekarang pula gila tengok PILIPINO TAGALOG MOVIE. Hahaha. alaa , yang geng -geng Pangako Sayo tuh... 

Lagi apa yang aku buat? Time tu aku banyak scroll twitter sampai aku mengantuk . Kadang idea banyak datang time . So , aku akan save dalam notes supaya takut besok pagi bangun dah terlupa. Hahaha.

JANGAN TIDO WAKTU PETANG!

Iya gais , aku memang dah cuba. Sebab tu aku memang penuh kan masa aku sampai aku tak ada langsung masa nak tertidur pada waktu pagi. Ini pun boeh juga buat , jangan banyak nap time. Sebab ni pun kadangnya punca kita susah nak tidur.

Apa lagi.....
Aku cuma boleh cakap , aku bersyukur sangat sebab aku selalu doa yang aku boleh ada kudrat untuk bangun solat subuh. Aku rasa life aku tak best bila aku tertinggal solat subuh. Solat subuh tu kan ibarat permulaan dalam kehidupan kita kan. AKU CAKAP NI BUKAN SEBAB AKU BAIK , AKU TAK BAIK PUN. Tapi , dulu-dulu bila datang insomnia ni aku selalu terlepas subuh, takkan nak bagi alasan yang sama dengan ALLAH kan?

*Tips boleh bangun subuh ialah set alarm AWAL , TENGAH , AKHIR WAKTU. Aku set alarm pukul 6:08am , 6:22am , 6:45am . Aku tahu bukan senang kau nak pujuk badan kau bangun lagi-lagi baru nak start tidur kan. Tapi , cara ni je aku boleh berjaga. Normally pukul 6:22am tu aku dah pun terjaga.

Kenapa aku set alarm minit dan saat nya bukan 30? Jawapannya SUKA HATI AKU LA. Otak kita ni licik woi..dia akan ingat benda yang senang. Ala ,, 10 minit lerr...15 minit lagi lerr...Aku ingat lagi , kawan aku pernah tanya kenapa aku set alarm macam gitu. Hahaha. Bila set alarm macam gitu je caranya yang aku boleh bangun on time.

Semoga insomnia ni pergi dari hidup aku....Korang pernah kena insomnia? Boleh share macam mana nak atasi. Hahaha.

SERONOKNYA!! BILA TENGOK KAPAL TERBANG DI ATAS SANA...

jet changi airport

SERONOKNYA!! BILA TENGOK KAPAL TERBANG DI ATAS SANA...

"Ain...tengokkk kat luar ni cepat....Boeing 747 kott tuhh". Kata abang aku kepada aku.

"Dengar bunyi pun boleh tahu size kapal terbang tu macam mana."

Itu lah kitorang. Aku dengan abang aku memang suka tengok kapal terbang. Mungkin sebab dari kecil kot memang suka tengok kapal terbang. Dulu masa aku sekolah rendah , arwah ibu bekerja di Airport Senai. So , kalau waktu hujung minggu tak bersekolah , kami akan ke sana semata-mata nak breakfast dan hanya nak tengok kapal terbang. Kan ibu dah kerja kat situ , so senanglah dapat "free access" untuk tengok kapal terbang dengan lebih dekat.

Kami ni keluarga yang sederhana je! Nak naik kapal terbang selalu memang ler tak. First time naik kapal terbang pun yang kapal mini poker tu. Itu pun ronda-ronda Johor je.

Setiap kali aku nampak kapal terbang di atas sana , aku mesti akan excited nak cari mana mana mana..sanggup mendongak sampai sakit tengkuk. Bukan tu je , kalau dalam kereta and nampak je kapal terbang , sanggup bukak tingkap sebab nak dengar bunyi dia tu. Hahaha.

Kenapa aku rasa seronok sangat bila tengok kapal terbang?

Jawapannya ialah...
Ia ibarat sebuah kehidupan.
kapal terbang poker
Tu lerrr first kapal terbang mini poker yang kami naik..

air asia
Aku suka amek gambar kapal terbang weh. Hahaha
Bila kita berada dalam kapal terbang yang diatas sana tu..kita rasa seronok sangat. Kita mesti nak cari "apalah yang ada dekat bawah yang kita boleh nampak dari pandangan atas". Kita selalu tanya , apa yang aku nampak ehk tu?

Sampaikan kita rasa...oh macam gini rupanya bila berada di atas! 

TAPI...

Kita terlampau asyik diatas sedangkan kita tak sedar yang dibawah tu tersimpan di dalam hati mereka "seronoknya orang yang dapat naik kapal terbang tu..." , "kapal terbang tu nak pergi mana lah ehk" , "bestnya dapat fly jauh-jauh".

THAT LIFE! ITS UPS AND DOWNS...

Aku suka bila nak terbang dan aku suka juga bila nak mendarat. It teach me how to balance the life!
Bila kita berada dibawah , kita rasa teringinnya nak berada di atas..tapi bila kita dah berada diatas, adakah kita bersedia untuk turun semula?
jet changi airport
ni masa trip ke Pulau Belitung , Indonesia
Mungkin pada orang...apa yang aku lihat ni BIASA JE! ALA TENGOK KAPAL TERBANG..JE!
Tapi , dia bawa seribu satu makna dalam hidup aku.

Dulu lahh kann..aku pernah berangan nak ada private jet sendiri! Giler merepek. Hahaha. TAPI..ALLAH TU BAIK SANGAT! DIA BAGI AKU RASA NAIK JET WEYH..FUH DIA PUNYA BERSYUKUR TAK TERKATA YANG AMAT SANGAT.

Aku doa selalu pada tuhan , disaat aku di bawah aku tak rasa sedih dan merungut dan apabila aku diatas , aku minta tuhan selalu jaga aku supaya satu hari nanti , sampai satu saat Dia uji aku..Aku bersedia.. untuk terbang tunduk!