BUKANNYA NAMPAK PUN , TAPI AKU SIBUK DOK MELAMBAI-LAMBAI

tempat tengok kapal terbang klia

BUKANNYA NAMPAK PUN , TAPI AKU SIBUK DOK MELAMBAI-LAMBAI

Aku pernah cerita sebelum-sebelum ni yang aku suka tengok kapal terbang. >>>Seronoknya...bila tengok kapal terbang!! Kalau yang belum pernah baca nanti baca lah ehk. Hahaha. Paksa lak!
Anyway , aku ternampak someone punya tweet "RT kalau korang pernah buat macam gini" , disertakan sekali gambar yang dekat atas tu. Aku yang terbaca terus gelak. Hahaha. WOI AKU LETEWWWWW YANG SUKA BUAT GITU...

Dari kecik kot aku kalau nampak kapal terbang mesti nak melambai-lambai. 'Bye...bye.. bye.." Hahahahha. Padahal bukannya nampak pun. Pilot pun tak ingin nak tengok ler. Hahaha.
tempat tengok kapal terbang klia

Agak-agak kenapa ehk aku ade tabiat macam gitu? Ke buang tebiat? Hahaha. Entah sampai sekarang kot aku jenis suka nak melambai bye bye dekat kapal terbang tu. Hahaha. Nak dijadikan cerita haritu aku ke Sepang. Sebabnya aku pernah baca yang kalau nak tengok kapal terbang yang landing dan take off secara dekat , ade dekat situ. 

So , sanggup beb pergi dengan waktu tu panas terik. Hahaha. Memula sampai je , alaaaaa mana ni kapal terbangnya. Macam hampa lah sedikit sebab nampak yang nak naik je. Tak ada pun yang nak landing. Nampak jugak beberapa biji kereta yang dok menunggu siap bawak payung woi demi mengambil gambar dan buat video.
tempat tengok kapal terbang klia

tempat tengok kapal terbang klia

First place yang aku pergi ni banyak kapal terbang overseas. Pastu aku gerak lagi ke depan dan nampak lebih banyak kapal terbang Air Asia. So , aku tahu lah tu KLIA2. Nampak ler jugak kapal terbang yang landing. 

Last sekali paling puas hati sebab nampak landing dengan jarak lebih dekat. Tercapai jugak impian aku. Hahaha. Aku rasa seronok sangat weh. Aaah , aku melambai-lambai jugak okay. Korang kalau nak pergi ke tempat ni , senang je. Sekarang dah ade Anjung Spotter KLIA. Aku pun banyak baca-baca dekat blog macam mana nak cari port yang memang boleh nampak jelas kapal terbang tu. (aku banyak buat video je , so tak banyak gambar). Apa yang pasti nanti nak datang sini lagi. Hahahha. Nak melambai-lambai lagi katanya....

SUBHANALLAH!! TERKINI.. CANTIKNYA MASJID SULTAN ABU BAKAR

masjid sultan abu bakar

SUBHANALLAH!! TERKINI.. CANTIKNYA MASJID SULTAN ABU BAKAR

Teringat pada hari itu , kami berhajat nak menunaikan solat disini. Sebelum tu pada waktu tu aku tak boleh solat. Hehehe. Allah Bagi Cuti! Pada hari kejadian kami keluar bertiga , aku  dan kak sunah serta faradidi. Sembang punya sembang , Kak Sunah yang ngajak "jom pergi solat dekat masjid sultan abu bakar". JOM!!! (PADAHAL KAU TAK BOLEH SOLAAT KAN AIN ...NAK BERGAMBAR JELAHH TUHH KANNNNN). Hahaha.

"Kau boleh masuk Ain , tapi pastikan jangan ada yang menitis!" HAHAHAHA. Kak Sunah cakap cam gitu dekat aku.
masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

masjid sultan abu bakar

Lepas parking je , berjalan lah kami masuk. Setapak demi setapak kerja bergambar je memasing. Bestnya ada geng blogger ni mereka ada persamaan sama macam kita. 

Subhanallah!! Terpegun aku melihatnya. Cantik betul seni binanya. Terpegun betul. Kedudukannya terletak di atas bukit memang terasa angin angin sepoi bahasa. 

Tapi, hajat kami tak kesampaian sebabnya tiada air. Kebetulan pada hari tu memang hampir seluruh johor bahru tiada air. Hahaha. Terus diorang solat dekat tempat lain. Tapi , menyempat lah kami ambl gambar di seluruh kawasan masjid ni. Insyallah , nanti nak solat lah dekat sini.

Mungkin sudah sampai waktunya Ain...Kau kena banyak berkunjung ke masjid masjid. Mungkin ketika itu barulah kau nampak..betapa Yang Maha Kuasa itulah yang satu..ALLAH.

Kalau yang berhajat nak ke sini senang je. waze pun boleh. Saya titipkan alamatnya ya.
masjid sultan abu bakar
Hai , yang dua orang tuhhh dah semayang ke?Hahahha.

Masjid Sultan Abu Bakar
Jalan Gertak Merah, Masjid Sultan Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor

SEMALAM ITU...HARI YANG KELAM KABUT!!

akuainkausiapa

SEMALAM ITU HARI YANG KELAM KABUT!!

Semalam aku dan faradidi berpeluang untuk menjadi yang terawal berkunjung ke Emperor Cinema , wayang luxury katanya yang terletak di R&F Mall Johor Bahru. Tepat jam 6:50 petang gitu kot kami bertolak dari rumah aku. Okay dalam pukul 7:10 gitu kot aku pun sampai ke destinasi. Kononnya nak park luar je , kononnya abang polis dah tak ada lah SEKALI ADA HERLOK JE..Terus aku masuk tempat parking. Hahaha. Nak tak nak kenalah parking dalam berbayar.

Pusing punya pusing masuk parking dan lantas masuk terlupa nak tengok parking dekat mana. Terus cari mana lah cinemas nye ni. Niatnya nak register dulu then terus solat magrib. Pusing kona tang sana , kona tang sini baaru ler jumpa mana lokasinya. Masuk lah register ,lepastu kitorang pun keluar lah balik nak solatkan tadi.

Gais , jadi peramah tak bertempat pun kadang-kadang tak boleh pakai jugak. Kononnya niat nak tanya pak guard jadi lagi mudah rupanya makin kelaut. Entah ape benda dia explain terus dia cakap macam takde surau lah dekat sini. Aku macam WHAT? Masuk lah balik semula ambil video dan gambar dekat sekitar wayang tuh.
akuainkausiapa
muka ceria sebelum wayang bermula
Tuhan tu sangat baik! Uyul pun sampai , dia cakap "kitorang cari surau tadi". Aku terus macam ,"kat mana weh?".SIOT BETUL GUARD TUHHHHHHH.. Itu lah sebab utama bila hire guard yang bukan orang Malaysia. Ramai pun tak de fungsi. Sorry! isu guard ni aku memang sumpah geram.

Dahla , masa aku tengah buat video , dia suruh aku que balik sedangkan aku dah pun register. OMG! Acah-acah sangat. Sumpah annoying giler weh aku rasa. Aku emo betul dengan guard-guard kat situ. HAHAHA.

Terima kasih uyul dan cami cayang dia tu sebab bagi direction dekat kitorang tentang surau tu. Sungguh Allah kirimkan hambanya untuk saling ingatkan aku. So , aku dengan faradidi pun terus lah ke surau. Alhamdulilah , sempat kami magrib.

Settle magrib kami datang semula ke wayang tu , tunggu punya tunggu jam menghampiri ke pukul 9 malam. Jom masuk tengok wayang! Sekali lagi gais isu kelam kabut ni berlaku. Hahaha. Kitorang punya confident dah duduk herlok sekali salah tempat duduk. HAHAHA. Kelakar giler.

Dah salah tempat duduk , apalagi bangun lah pergi cari tempat duduk sebenar. Hahahaha. Dan wayang pun bermula. TAK BOLEH NAK CERITA LEBIH SEBAB MOVIE TU BARU NAK TAYANG HARI NI KOT TAK SILAP.

Wayang pun settle dan tibanya waktu untuk pulang DAN!!!!!!!!!!!!!!!!
akuainkausiapa
muka selepas salah tempat duduk
Turun jelah guna lift yang dekat dengan wayang ni, akibatnya TERLUPA PARK DEKAT MANA. PUSING PUNYA PUSING..Rupanya kereta aku dekat je dengan tempat yang aku turun lift tuh. Ya ampun. Aku masuk dekat tempat yang jauh gais sebenarnya. Masa tak jumpa kereta tu aku macam dah nak nanges jugak , hahaha. Gembeng jugak kan kau ain! Tapi thanks jugak lah dekat faradidi sebab dia cool je pada waktu tu.

That the reason mungkin tuhan hantarkan dia untuk partner dengan aku malam tu. Aku rasa aku jadi kelam kabut tuh sebab aku kena drive kot . HAHAHA. Sebab selalunya , bukan aku yang drive , abang aku yang drive ataupun Kak Sunah yang drive. Aku tak payah fikir kunci kereta mana , parking tiket mana . Selalu jadi co-driver je. Padahal selalu aku yang akan ingatkan parking dekat mana.

TAPI TULAH...UJIAN TUHAN BUKAN BIASA BIASA BOSSKU!! Alhamdulilah , walaupun ujian tuh datang bertalu-talu...It just a bad day! Not a bad life!

Jom lah tengok acah-acah vlog aku tuh.Hehehe.