gambar tiada kaitan di dalam ini tajuk. HAHAHA |
KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...
Lately ni aku memang TAK BUKAK BLOG LANGSUNG. Bila dah tak bukak, mana nya sempat nak terjah blogwalking blog blog kawan yang lain. Pada waktu sekarang ni , aku perlukan masa. Masa yang boleh mengatur semuanya.Kenapa sampai jadi macam gini?! . Sejujurnya , sejenis aku yang kalau meluahkan segalanya bukan dalam bentuk penulisan tetapi dengan percakapan . Aku tak suka menulis di dalam keadaan yang aku sendiri menyampah terhadap diri sendiri. Gila complicated ayat kau Ain!! HAHAHA.
Iya, sebab itu lah tajuk aku pun kerana tajamnya sebuah pena. Pilihan yang terbaik untuk sekarang ini ialah dengan berdiam . Berdiam tidak semestinya kita benci kan pada sesuatu perkara.
Kita kadang begitu seronok menulis sampai kita tak sedar “judgemental” orang pada kita. Sebabnya, bila menulis . cara membaca adalah sangat berbeza dari setiap individu. Sebab tu aku lebih suka bercakap.
Atas sebab ini lah , aku tidaklah menghilangkan diri sebagai blogger, cumanya rehat. Hahaha. Aku sekarang banyak buat video. I love to talk! Rasa macam nikmat gila bila dapat bercakap banyak banyak setiap hari.
*nota pesan , kau orang jangan jelos nampak orang tu selalu gelak je manjang.. tapi kau orang kena juga tahu yang semakin kuat gelak seseorang tu, semakin banyak kesedihan yang dia cuba sorokkan. Tetapi , dia pilih untuk rasa bahagia. Bahagia dengan tertawa.
pssst; kbye, nak edit video. By the way , terima kasih kerana dengan sebuah blog ini dapat membawa seketul Farahain setapak kehadapan. Saya dah siap satu video ni .. Jom lah tengok!