I LOVE YOU...MAMA

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and closeup

I LOVE YOU...MAMA

Aku teman mama nya si The NF Generation pergi menghantar makanan kepada abang ngah diorang. Teman takde lah lama mana kejap je. Cuma bercinta jelah nak lalu highway pasir gudang yang JEM tu. Angah diorang belajar di Uitm Pasir Gudang. First time aku masuk situ. Hahaha. "bapak hutan" , kata angah faris masa mula mula sampai sini.

Dia tak tahu tempat uitm kak ain dia lagi "bapakkkk getah kelapa sawittt" . Pagi pagi mau harum semerbak. Nama pun Uitm Merbok kan! Kah! Geng #uitmdihatiku memang pasrah dapat kampus jauh kedalam macam gitu.

Perjalanan kami dari umah ke sana ade lah dalam 20 minit lebih. Sepanjang dalam kereta berborak je memanjang. Sampai ke Uitm , wow view cantik atas bukit tu. Ingat nak turun amek gambar tapi sayang hujan pulak. Hahaha. Kak Ain kau nama pun blogger , memang jenis semua nak amek gambo! Nasib taik sendiri je tak amek gambo..(okay soryyy lawak hambar)

Sampai je kolej angah , mama dia pon tepon lah.Tepon punye tepon si angah ni tak berangkat. Tido! Alamak! Nasib ler ade dua orang penyelamat budak lelaki yang tolong kejutkan dia. Rupanya dia classmate Angah! Hahahaha. Aku siap tanya , "kenal ke?"

Tak lama lepas tu , si angah ni pun turun dengan muka mamai mamai dia tu. Si Angah ni cerita dekat mama nya dah lama tak makan ikan. Tu yang mama dia bawakkan makanan. Lagipun makanan dekat cafe kan memang standard ketuk student. Hehehe. Kak ain dah puas dah merasa. Tapi , nasib baik kak Ain dapat tempat belajr ceruk kampung merbok sana. Banyak jugak dapat saving masa tu.
Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and hat
malam tu kami beryassin pulak
Anyway ,back to the topic..Lepas dah nak balik bye bye tuu.. Aku dengarlah angah sebut "I love you ..mama" Terima kasih mama , terima kasih kak Ain. Alahai , terasa sentap pulak! Yelah , dulu dulu masa ade ibu, aku jarang nak cakap i love you dekat dia. Dulu dulu aku tak pandai nak tunjuk rasa sayang tu pada ibu. Arwah ibu lah yang terhegeh hegeh dok show off her love dekat aku.

Aku nak pesan , korang jangan sibuk nak ber i love you dengan makwe pakwe je atau dengan suami isteri je..Tapi dengan mak pun sila lah I love You kan jugak okay! Iyer , kepada bakal suami saya... Saya bukan je cakap i love you.. Siap tuju lagu lagi ..." I love you 3000" ... acececehh...

Erk, bila kali terakhir korang cakap " I love you" pada mak korang?

PEREMPUAN KUAT ‘DRAMA’

PEREMPUAN KUAT ‘DRAMA’

Amaran: Sila baca dengan gaya dan nada seorang Nur Farahain..

Hahahahaha. (Awal awal ayat dimulakan dengan gelak tawa) Yes! Aku rasa selepas melihat sendiri perangai aku yang ni. Ya Ampun! “Patut lahhhhh Ain.. tak semua orang boleh melayan perangai kau” 

Aku nak transfer semua data dari phone Oppo ke laptop. Aku ni sebenarnya dah terbiasa dengan Iphone . Bukan berlagak weh! Tak . Bila function android ni aku tak berapa nak paham sangat. (Please jangan cakap aku belagak) 

Aku gelabah lah kenapa aku pakai cable ni dah cucuk masuk , cuma boleh charge tepon je . Nak transfer tak boleh. Puas lah aku tengok video dekat Youtube. Haa, teringat kak Juju pakai tepon Oppo.

Gasak ....kauuu terus wasap ! Kau tengok drama tak drama nya aku!😆 Pastu aku try lah pakai cable yang original masa beli tepon Oppo tuh. Eh BOLEH PULAK!!!!!!!!
akuainkausiapa

akuainkausiapa

Kau tengokkk perangai kuat drama Farahain macam mana?! Siap wasap sebab tanya pasal benda ni je. Kau rasa?! sebab ni ke aku masih single?! Sebab takde lelaki yang boleh melayan perangai kuat drama aku ni..

Sedih kan . 😂 Tapi . what to do. Aku memang macam gini. Tapi kan. Hmm. Dah la Ain! Kau memang kuat berdrama. Agak-agak boleh lepas tak casting berlakon watak perempuan sendu dalam drama pukul7 malam 😂

"AKU BACA JER BLOG KAU...AIN"

akuainkausiapa

"AKU BACA JER BLOG KAU...AIN"

Rasa terharu giler bila ada orang sekeliling aku cakap macam gini dekat aku. Kebanyakkan yang bagitahu dekat aku ni bukan blogger okay! Kalau blogger yelah aku tak tekezut sangat, sebab diorang memang akan blogwalking ke blog blog. Ini orang biasa biasa. Aku bukan nak sembang pasal statistik ataupun page views aku. Pada aku , blog aku ni bukan lah tandingannya. 

In fact , aku sendiri memang mengaku awal awal blog aku ni lebih kepada penulisan yang catchy dan santai. Senang cerita , macam personal diary lepastu korang terjumpa dan korang pun mesti nak tahu ...amende lah pompuan ni tulis. Sejujurnya , dari aku sekolah lagi aku memang dah ada diari, tulis lah pasal sekolah , pasal budak lelaki yang aku suka (wow) dan pasal friendship! 

Teringat dulu-dulu kalau gaduh dengan kawan kawan siap balas surat menyurat beb. Nak gaduh gaduh je lah kan , ni siap suruh member passing surat. Hahaha. Mostly dulu diari aku memang banyak tulis pasal friendship lah sebab tuh je point banyak bergaduh dan drama telenovela. Hahaha.

TAPI , ada satu ketika tu aku dah buang semuanya. Banyak lah cerita zaman belajar aku dah letgo. Pada aku , let the memories fade away. Aku perasan yang aku ni jenis susah nak lupa kan tentang kenangan dan disebabkan itu aku susah nak move on. Sekarang , semuanya aku tulis dekat blog. Cuma bezanya , aku lebih mampu mengawal emosi aku sebab aku dah letakkan mindset aku blog aku ni semua orang boleh akses masuk , aku perlu jaga sensitiviti itu. 

You know there a point sometimes kita rasa macam "i wanna all out everything" Lepastu cakap lah merepek meraban tapi dengan blog akuainkausiapa ni lah boleh  mengawalnya. Aku rasa bagus jugak ade blog ni. Its how you handle it, dan bergantung pada niat! Bab niat ni lah selalu aku cakap pada diri aku. Aku buat ni niat untuk apa. Kalau nak kejar glamor , alahai! Takpelah kot. Hahaha.

By the way , terima kasih kepada mereka mereka yang sudi membaca blog aku. I is terharu! Please and please kritik lah aku! Tegur lah aku! Sebab aku bukan sahaja perlukan sokongan dan kata positif tapi aku perlukan jugak kritikan netizen...gittewww! Hahaha.