2020 NANTI , AKU DAH TAK NAK JADI BLOGGER?!
Hai gais! Tahun 2019 dah nak pun melabuhkan tirainya. Tahun 2020 akhirnya hendak mendekati kita semua. Adakah korang semua dah bersedia? Aku sebenarnya nervous nak hadap tahun 2020 ni. Bimbang ada kereta terbang betul-betul atas kepala kita , melayang tudung aku nanti. HAHAHHA. Okay gurau!
Sepanjang kurang lebih dua minggu untuk ke tahun 2020 ni , aku banyak menghabiskan masa aku untuk belajar selok belok tentang Youtube. Iyer , gais! Aku dah penat nak jadi Blogger! HAHAHAHHA. Penat dah nak menulis!
Tahun 2020 is a big start for me sebagai content creator. Apakah isi kandungan untuk video-video aku nanti? Insyallah , mungkin sharing aku tentang beberapa pengalaman dan nantikan jelah apa yang aku nak buat yer. Sebagai pembaca blog akuainkausiapa ini , aku hanya minta korang untuk SUBSCRIBE aku gais! HAHAHAA.
Subscribe sebagai tanda sokongan padu! Gitu. Aku takkan berhenti dari menulis , cumanya akan kurang menulis la. Lebih banyak fokus kepada menghasilkan video. Sejujurnya , aku memang tak pandai langsung tentang dunia Youtube , aku just buat dan menonton tutorial.
Samalah macam dalam blog. Aku buat je dan tak pernah langsung tahu macam mana mahu menghasilkan penulisan yang menarik. Senang cakap orang macam aku ni bodoh teori , tapi aku lebih suka kepada praktikal.
Jadi tak nak sembang banyak . aku nak mintak korang untuk sokong aku yer! HEHEHEHE. Subscribe Youtube aku , jangan lupa untuk like dan komen di setiap video aku dan SHARE kepada kawan-kawan semua.