Bersihkan Habuk Blog

BERSIHKAN HABUK BLOG

Lamanya dah tak bukak blog akuainkausiapa ni.. Jadi tak salahkan hari ni kita bersihkan habuk-habuk dan sawang-sawang yang dah ada dalam blog ni. Sorry diari ku , lamanya saya tak carik awak. Ni kalau rumah yang dah tinggal lama silap hari bulan macam-macam hantu ade. Eh , binatang pun silap hari bulan boleh beranak pinak. Hahaha.

Rasanya kembali nya aku hanya satu sebab. Sepi dan sunyi! Eh dua sebab lah kan. Hahaha. Aku tak tahu tentang orang lain , tapi penulis akuainkausiapa ni kalau dia banyak menulis maksudnya dia dalam jiwa itu. Kalau dia banyak bercakap jiwa nya tengah bahagia. Aku rasa setiap dari kita punya jiwa dan sisi yang berbeza yang kadangnya orang sekeliling langsung tak sedar..itu lah kelebihan dia.

Aku tak suka rasa ini. Sepi dan sunyi! Sebab kalau aku dalam mood ini, mesti aku langsung tak rasa gembira. Mungkin orang tidak sedar tapi kepada "kau siapa" yang sedar pasti akan perasan "aku ain" ni macam  pelik. Hahaha. (Maaf bahasa aku boleh tahan rojak giler sebabnya baru lepas berak..perut tadi bergaduh) Tu yang ayat yang keluar terus rojak. Hahaha.

Lama nya tak update blog ni kan.. Nantilah aku bahagi satu persatu cerita.. Kita tengok gambar dulu baru boleh teringat semula disebalik cerita. 

Cuma nak bagi tahu, aku update guna handphone sebab laptop aku dh rosak. Sedih kan. Tapi , mana yang ada kita guna lah seeloknya. Okay nak bersihkan sawang-sawang yer. HAHAHAHA

MENCINTAI DAN DICINTAI




MENCINTAI DAN DICINTAI

Ya Allah , lama nya tak bukak diari akuainkausiapa ni. Hahaha. Dahla lama tak bukak ,lepastu terus up topik mencintai dan dicintai tu. Tiberrr sangat kan kau Ain!

I used to say this words "I wonder how does it feels to be loved by someone" . Lantakla salah grammar , yang penting bunyi nya lebih kurang sebegitu. Aku selalu tertanya-tanya , macam mana rasa dicintai itu yer.

Sebab sebelum ini aku je asyik rasa mencintai. I think this is the time aku kena rasa menerima sebab sebelum ini asyik memberi je . Asyik setakat level FRIENDZONE je! Hahaha. Its kinda hurt me. 

Selalu aku tengok dan dengar kawan-kawan yang berkongsi kisah cintan cintun diorang yang akhirnya ke perkahwinan . Tapi aku pulak asyik berakhir ke arah kawan je okay ! Hahaha. (You gais baca i taip hahahahaha kan ? Tapi dalam hati banyak kecewa woo) *pinjam bahu!

Best kan bila ada orang yang betul-betul cinta dan sayang pada kita ? Macam mana rasa best tu kan? . Untuk mereka yang selalu rasa dicintai , sebenarnya sakit tau perasaan mencintai orang yang tak cinta dekat kita. It takes a lot of time to heal the pain dan belajar untuk melupakan perasaan itu.

Mungkin aku belum cukup doa. Doa dan doa. 

Untuk sekarang ini , aku belajar untuk betul-betul sayang diri aku. Betul-betul yang level paling atas sekali. I really concern pasal kesihatan , makanan dan the people yang i contact. Kita tak mungkin boleh sayang seseorang kalau kita tak mampu nak sayang diri kita sendiri kan. 

Untuk yang membaca ini , selalu doakan yang baik baik untuk saya okay! "Doakan semoga Nur Farahain mendapat seorang lelaki kiriman Tuhan yang betul-betul cinta dan sayang pada dia!" . 

Okay lepas ni i nak up tajuk "Lelaki Idaman Ain" HAHAAHHAA. 

3 FARAH BERGABUNG , LEBIH 3 JAM VIDEO CALL



3 FARAH BERGABUNG , LEBIH 3 JAM VIDEO CALL

Siapa sangka dengan blog , kami saling berkenalan dan mengenali antara satu sama yang lain. Lepastu nama pulak dari spesis yang sama iaitu Farah! Memperkenalkan ke sebenarnya aku dah kenal kan dalam blog ni? Hahaha. Pemilik blog akuainkausiapa (Farahain) yang ni kalau tak kenal aku block kau dari blog aku! Hahaha. Okay gurau! Seterusnya , Farahuda https://www.byfarahh.com/dan Faradinah) https://faradidi.blogspot.com/ . 

Kami disatukan dalam group JDT Blogger. Tak sangka pula nama sama. Paling tak sangka rupanya , huda tu junior aku. Dapatlah dia tengok perangai aku yang belagak , sombong , GARANG pengawas masa sekolah di SMKBBU dulu. Kah! 

Jadinya , jumaat haritu kitorang pun sepakat untuk video call. Kata didi , "video conference" kerlas ayat dia! Hahaha. Kitorang video call di Whatsapp aje kerana itu cara paling mudah. Banyak juga yang kitorang borak. Bukan membawang okay tetapi lebih kepada berkongsi minat dan passion masing-masing. 

Aku rasa zaman PKP ni ditambah pula dengan ekonomi yang tak berapa okay , dah tiba masanya untuk tidak lagi sembang kosong. Lebih baik cakap tentang masa depan dan apa kelebihan dan kemahiran yang boleh kita laksanakan. 

Walaupun diorang ni lagi muda dari aku , tapi aku selesa berkomunikasi dengan diorang. Diorang matang dan jenis budak baik lah. Hahaha. Zaman sekarang ni , faktor usia bukanlah pengukur kematangan seseorang.

Anyway , terima kasih sudi luangkan masa video call. Insyallah dari masa ke masa we should do it again to improve ourself. Korang terjah lah nanti blog diorang okay! Bye. Till next posting.