3 FARAH BERGABUNG , LEBIH 3 JAM VIDEO CALL



3 FARAH BERGABUNG , LEBIH 3 JAM VIDEO CALL

Siapa sangka dengan blog , kami saling berkenalan dan mengenali antara satu sama yang lain. Lepastu nama pulak dari spesis yang sama iaitu Farah! Memperkenalkan ke sebenarnya aku dah kenal kan dalam blog ni? Hahaha. Pemilik blog akuainkausiapa (Farahain) yang ni kalau tak kenal aku block kau dari blog aku! Hahaha. Okay gurau! Seterusnya , Farahuda https://www.byfarahh.com/dan Faradinah) https://faradidi.blogspot.com/ . 

Kami disatukan dalam group JDT Blogger. Tak sangka pula nama sama. Paling tak sangka rupanya , huda tu junior aku. Dapatlah dia tengok perangai aku yang belagak , sombong , GARANG pengawas masa sekolah di SMKBBU dulu. Kah! 

Jadinya , jumaat haritu kitorang pun sepakat untuk video call. Kata didi , "video conference" kerlas ayat dia! Hahaha. Kitorang video call di Whatsapp aje kerana itu cara paling mudah. Banyak juga yang kitorang borak. Bukan membawang okay tetapi lebih kepada berkongsi minat dan passion masing-masing. 

Aku rasa zaman PKP ni ditambah pula dengan ekonomi yang tak berapa okay , dah tiba masanya untuk tidak lagi sembang kosong. Lebih baik cakap tentang masa depan dan apa kelebihan dan kemahiran yang boleh kita laksanakan. 

Walaupun diorang ni lagi muda dari aku , tapi aku selesa berkomunikasi dengan diorang. Diorang matang dan jenis budak baik lah. Hahaha. Zaman sekarang ni , faktor usia bukanlah pengukur kematangan seseorang.

Anyway , terima kasih sudi luangkan masa video call. Insyallah dari masa ke masa we should do it again to improve ourself. Korang terjah lah nanti blog diorang okay! Bye. Till next posting.


11 ulasan:

  1. Hahaha sampai sekarang dalam group JDT kite still confused dengan 3 orang farah ni

    BalasPadam
  2. Hahaha dpt byg mcm mne riuhnyaaa

    BalasPadam
  3. Seronoknya ada kawan baru jumpa kat blog hehe

    BalasPadam
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. gituuu usia bukan pengukur kematangan seseorang...

    BalasPadam
  6. huhuhu nanti kita video call lagi ok. kak ajan pun nak joinn nanti.. heheheh

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    BalasPadam
  8. awwwww sweetnyaaaa, baru sempat baca. <3

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.