RAYA 2020 , INI KISAH RAYA AKU WALAUPUN MASIH COVID!
Wow tajuk dia , tak beragak siot kemain panjang! KAH! Alang-alang tengah masih mood raya walaupun hari ini dah 10 syawal. Hahaha. Dasar selow betul loh ini Farahain. Kita santai-santai aja! Anyway , raya pada tahun 2020 ni disambut dengan paling sempoi dan sederhana memandangkan satu dunia sedang dalam kes covid kan.Apa yang paling menyedihkan , tahun ni aku tak ziarah pun ke kubur arwah ibu. Nasiblah sebelum awal-awal PKP dilaksanakan aku dah pun ziarah dan bersihkan. Jadinya , tak rasa ralat lah. Kalau ziarah di hari raya rasanya sangat berbeza tau. Sebabnya ramai orang datang dalam kelompok yang ramai.
Jadi, pagi raya aku dimulakan dengan bangun seawal subuh walaupun aku tak boleh solat. Aku dah raya dulu gais! Hahaha. Aku pula jenis tak suka masak sehari sebelum raya sebab takut lauk tu tak tahan. Jadinya , aku akan bangun seawal pagi untuk masak. Memang dah jadi kebiasaan biasanya aku akan masak lebih sikit untuk diberi kepada yang terdekat.
Ini lauk sedara kasi. Ada banyak lagi lauk yang aku dapat, lauk sendiri tak amek gambar! |
Apakah menu hari raya aku? Aku masak Nasi Planta , beserta ayam masak kicap dan ayam masak merah. Dessert pula aku buat kek batik , nata de coco koktail dan cornflakes madu. Dah settle. Kenapa aku tak buat ketupat ? Tak merendang? Sebab aku tahu akan ada hamba Allah yang berikan lauk tu kepada kami. Jadinya , aku akan siapkan juadah yang lain. Apa yang pasti , aku alaskan sekali dengan daun pisang supaya ianya akan lagi memberi rasa yang umpphh.. Berselera! Kah!
Memasak di hari raya pada musim covid sememangnya sangatlah santai tak perlu nak kejar masa sebabnya kan kita duduk rumah kan . Tapi , sekitar jam 8 pagi kami menerima berita sedih iaitu kematian makcik kami di Melaka. Makcik ini adik arwah ibu. Tragis betul , sebab dia sempat masak lauk raya untuk anak-anaknya dan dia cuma cakap "dia nak rehat kejap penat".
Selepas dah selesai masak , aku pun mandi dan baru nak menggosok baju dan tudung. Hahaha. Kelakar betul , tahun ni punya persiapan raya aku memang kemas betul rumah! Barang-barang lama memang aku buang sampai memang dah tak ada sangat peninggalan sejarah. Hahaha. Kes tu tak sempat nak gosok baju . By the way , baju dan tudung pun recycle je. Tahun ni memang tak terasa nak membeli yang baru sebabnya baju kurung bukannya selalu pakai. Masih elok. Cumanya , terasa longga sebab tu baju aku jadi bridemaids tahun 2016. Sekarang i dah makin kurus. (eH!)
Kami pun edarkan lah lauk-lauk kepada kenalan yang rapat , faham yang sekarang musim covid jadinya tak ada lah nak kunjung mengunjung sangat. By the way , tahun ni tak beraya dengan ayah sebab ayah dekat Kajang , video call je lah sebab tidak dibenarkan merentas negeri. Kiorang pun memang tak balik ke kampung.
Oh iya , dah memang plan nak ambil gambar dekat padang permainan dekat je kawasan rumah aku tu. Ootd kejap lepastu gerak! Tak berani weh nak lama-lama dekat luar. Lepastu petangnya pula aku singgah sekejap di rumah makcik sedara sebabnya sehari sebelum raya dia hantarkan lauk , kita balas la balik. Malam pula aku teman anak jiran drive thru mcd . Eeee, budak ni MCD jugak dia cari.
Aku kekal berbaju raya sampai pukul 12 malam. Kau mampu? Sebabnya memang duduk dekat aircond , jadinya ketiak tak basah la kan. Satu lagi , aku kawal sikit pemakanan. Seram nak lenjan semua lauk. Perut terkejut nanti!
Inilah kisah raya saya pada tahun 2020, disambut dengan sederhana. Pada aku.. Yang lebih penting hari hari selepas ini..dengan keadaan ekonomi sekarang. Macam mana kisah raya korang pula? Mat Ri Aye!
Betul tu sama lah lebih kurang. Saya pun beriya ambil gambar walaupun sekadar bergambar di luar rumah je haha. Anyway, selamat hari raya! :)
BalasPadamsekali dia update haaa berjela2..hahahha
BalasPadamsedih pulak baca kisah arwah mak cik ain tu...huhuhuhu, dah siap setelkan juadah raya semua...Allahu...al-Fatihah untuk arwah...