MEET MY FAMILY

MEET MY FAMILY

**Tak ingat bila gambar ni diambil.wehhh lipstick aku sumpahhhh tak boleh blahh..

Kisah 52 Hari bersambung lagi.. Meet my family... Kisahnya aku punya 5 ahli sahaja dalam keluarga . 3 lelaki dan 2 perempuan . Lelaki ialah ayah , abang dan adik aku manakala ahli perempuan ialah aku dan ibu.

Keluarga terbina hasil perkahwinan ayah dan ibu pada tahun 1988 tak silap. Ibu asal nya dari Pulau Pinang tapi membesar di Melaka. Sebab tu aku ade juga sedara mara sebelah utara dan melaka. Ayah pula asal di Johor dan membesar di Johor. Jadinya , kami adik beradik ni semua di Johor je la .

Aku anak kedua dari tiga beradik. Keluarga kami keluarga yang sederhana je . Ape persamaan kami semua ? Kami jenis ade kesukaan pada "seni". Kenapa aku cakap begitu ?

Sebab aku pandai menulis ni dari arwah ibu. Ibu memang jiwa penulis. Aku tak berapa minat sangat tapi entah tak tahu kenapa boleh ade blog. Hahaha . Mungkin itu lah saintis cakap genetik .Hahahah . Satu lagi yang kami sekeluarga suka ialah pada muzik . 

Boleh dikatakan semua memang gila muzik. Jenis boleh blend into music. Sebabtu kalau gi karoke memang tak rugi. Hahaha . Passing mikropon jelah . Kitorang jenis kalau bukak radio , ade je lagu nak nyanyi sama . 

Selain dari tu , kami dibesarkan dalam rasa dan cara yang sederhana. Yela , tak begitu mewah tapi masa kegawatan ekonomi pernah la merasa makan sardin , telur dadar dan nasi putih setiap hari . Pernah la merasa kereta rosak masuk air . Waktu air naik masuk dalam kereta tu , kitorang boleh tergelak-gelak . Macam dah rasa biasa je , yelah kereta katak orang cakap. Paling aku ingat selalunya waktu hujung minggu kitorang selalu piknik. Sebabtu aku suka giler piknik. Pada aku tu la rasa kebahagiaan walaupun waktu tu tak la begitu senang . 

Semua berubah bila...ibu tiada .. 360 darjah berubah~~~ Terima kasih Allah , kerana Dia berikan aku kenangan rasa berkeluarga pada ketika dulu.

Cukuplah itu sahaja yang dapat aku kongsi.. kerana kadangnya tentang hal perihal keluarga tidak mampu dikongsi secara public. Cuma nya satu aku nak pesan , kalau kita ade keluarga yang bahagia , tolong faham mereka yang tiada keluarga bahagia. Tolong faham keadaannya ! Kita tak sama. ❤️

MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA

MENJADI JUGAK MASAK IKAN SIAKAP TIGA RASA 

Memandangkan beli ikan siakap dekat pasar malam hari jumaat haritu , pening juga nak masak ape .Sebab selalunya jarang masak ikan siakap ni. Tahu order je kalau dekat kedai seafood. Hahaha . Dekat pasar malam ni dapat la sepinggan iaitu 3 ekor ikan siakap sedang sedang RM 10 . 

Tapi tula , penat nya nak siang ikan tuh... Paling geram dia punya sisik tu...Habis terbang satu rumah. Tak kisah sangat pun kena siang cuma penat nak kutip sisik yang terbang tu jelah.

Hari ni , ain cuba masak ikan siakap tiga rasa. Resepi tak cukup bahan takpe , janji masak. 

Tadaaaa..menjadi jugak..Ade sos nasi ayam hainan lebih , campur campur gaul dan gaul eh terus siap. Tapi tadi tak sempat buat video untuk post kat Youtube sebab tadi masak kelam kabut. Hahhaa . Masak dalam keadaan lapar dan ada banyak perkara yang kena settlekan.

Memang tak menjadi la nak setup untuk buat video .YANG PENTINg SEDAP... YAanG PENTingg... Kenyangg ~~~

Wow !! Apakah my favourite things ?!?

Wow !! Apakah my favourite things ?!?

Kisah 52 Hari kita bersambung dengan apakah my favourite things itu .. atau dalam bahasa melayu nya barang kegemaran aku .. Pening juga nak jawab soalan ni. Fikir punya fikir haaaa ni lah yang dapat aku senaraikan .. Hahah.. Here we go ~~~

1) Teddy Bear
Memang dari kecik aku suka teddy bear . Winnie the pooh adalah patung kegemaran aku. Kenapa ? Sebab arwah ibu memang bagi patung tu . Actually dulu-dulu aku ade lah juga koleksi barbie . Hahaha . Yelah dah anak perempuan seorang kan . Kalau cakap pasal teddy bear ni , memang sampai sekarang ada koleksi . Aku ade buat video di Youtube . Korang boleh klik tengok okay.. Nak bagi teddy bear pon boleh .. i terima je.. Aaagitteeeeww..
 


2) Perfume
Aku mula giler perfume tak ingat bile tapi rasanya semenjak sekolah menengah. Dulu ibu kerja dekat tempat yang ade Kompleks Bebas Cukai . So , dekat situ banyak perfume yang mahal dan berjenama . Sejak dari tu aku banyak tahu tentang perfume . Siap kongsi minyak wangi dengan ibu sekali. Hahaha. Minyak wangi mahal kot ~~~ Sekarang ni aku pakai perfume inspired je . 

Tapi , nak pesan tolonglah pilih perfume yang sesuai dengan korang. Macam aku sekarang mesti ada dua atau tiga jenis . Aku kategorikan sebagai perfume yang untuk harian which is bau dia tak kuat , just soft je kedua bau yang strong dan long lasting. Perfume yang ni biasanya pakai kalau pergi event dan ramai orang , sebab kalau pakai perfume bau lembik lembik ni , habis hilang tenggelam. Hahaha. 

Yes ! Im a perfume addicted . Hehehehe.

3) Contact lens
Semenjak lepas SPM memang semangat giler nak pakai contact lens . Aku pernah stop kejap beberapa tahun dari pakai lens dan sekarang , almost everyday aku pakai. Sebab rasa selesa . Power aku tinggi kot , cuma silau tak banyak . Jadinya senang nak beli contact lens CUMA di kedai tertentu . Ini disebabkan power tinggi dan tak banyak kedai ade stok. 

Bila pakai contact lens ni satu je nak pesan , kena bersih dan jaga elok-elok. Eh rasanya ade jugak aku pernah post pasal ni. Nanti klik link ni okay ..

4) Tumbler (Air Masak )
Dulu tak berapa gemar sangat bawak air masak kemana-mana . Tapi semenjak dua menjak memang jadikan bawak tumbler pergi kemana-mana. Kalau nak keluar pergi mall ke yang rasanya agak lama berjalan mesti aku akan bawak. Kenapa ? Sebab aku ni cepat haus . Hahaha. Lebih baik minum air masak kan . Selalu nya memang mesti akan bawak . At first rasa macam terbeban jugak ialah sebab beg jadi berat tapi lama-lama dah jadi habit mesti kena bawak air masak kalau keluar .

5) Hoodie & Cardigan 
YEzzzzaaa~~~~ ni adalah antara favourite pakaian aku. Aku rasa bila orang pakai hoodie atau cardigan ni dia cute. Tiberrr! Aku teringin nak ade banyak koleksi pakaian yang macam gini. Kalau jalan jauh ke kan , aku biasanya akan bawak sebab aku kadang tak tahan sejuk. Lagi satu sebab arwah ibu memang dari dulu pesan , ain bawak "baju sejuk" . Nanti kalau gigil boleh pakai. Hahaha . Baju sejuk dipanggil nya ! 

6) INTERNET
Last but not least, of course ini merupakan benda wajib kan ! Oh aku selalu nya pakai broadband wifi . Jarang on data phone . Aku rasa kalau keluar takde internet , mesti susah nak berkomunikasi. KAN.. Aku rasa korang pun perlukan benda ni. Tanpa internet , macam mana nak update blog AkuAinKauSiapa ni kanzzzz.. Aaagitteeeeww..



Okay , tu sahaja antara barang atau benda yang paling aku suka .. Korang pulak macam mana ? Cer komen.. ~~~