Hari yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya

Hari yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya

Hmm.. boleh ke nak nangis dulu? DAH NANGIS dah before aku start menaip kisah ini. 17 November 2013. Hari paling aku akan ingat. Kenapa ? 

Ibu meninggal tarikh tu. 

*flashback* kejap. bilamana aku melihat sekujur badan yang tidak lagi bernyawa.. Allahuakbar. Aku tak sempat nak melihat ibu di nafas yang terakhir sebabnya aku otw ke hospital ketika itu. TIBA je aku melangkah masuk ke hospital , saat itu.. aku nampak ibu dah tiada.

Aku meraung macam orang gila.

 Astagfirullah. Maaf .. aku tak mampu nak sambung menaip bila ingat kembali.

Aku tinggalkan korang dengan beberapa posting yang aku pernah tulis sebelum ni. Ku kira cukuplah pelengkap untuk kisah 52 Hari ini.

Maaf . rasa macam tak boleh langsung nak menulis tentang "hari ini" 

Aku titipkan kisah cerita konvo tak jadi ini. Moga korang mengerti kenapa begitu tragis nya 17 November 2013 ni kepada hidup aku.

Baca sini : Konvo Tak Jadi

Bukan itu sahaja , banyak cerita tentang arwah ibu yang aku sudah ceritakan di blog AkuAinKauSiapa ni. Antaranya ialah Dua Puluh Tujuh April , Panggilan yang paling dirindui , pujuk diri sendiri , dan disebalik anak patung Winnie The Pooh

Aku tutup cerita ini dengan kisah "kau tahu ke ape tu redha?" 

Semoga arwah ibu bahagia dan dipelihara oleh Allah ❤️

MY CHILDHOOD MEMORIES


MY CHILDHOOD MEMORIES

Kisah masa kecik-kecik...Hmmm...aku dari kecik membesar dengan persekitaran ramai lelaki. Adik beradik semua lelaki. Jiran-jiran yang masa tu pun ramai lelaki. Jadinya nak tak nak aku memang ikut jela ape budak-budak lelaki main waktu petang. Hahaha. Boleh dikatakan aku ni macam Ana , adik Mat dalam kartun Kampung Boy.


Eh kita pernah tulis kisah ni : Ana the kampung boy

Aku pernah duduk nursery alaaa yang orang panggil taska ehk.Lepas dah tadika pun bersambung sekali duduk tempat orang yang jaga kanak-kanak. Teringat dulu-dulu pandai beli putu mayam dengan abang aku. Tak tahu kenapa masa kecik kemain suka bila dah besar sekarang tak pernah pula nak membeli. Hahaha.


Kalau ade rezeki lebih ibu ayah kitorang buat birthday party potong kek sesama. Yela , abang dengan aku kan birthday selang berapa hari je . Lepas dah start sekolah rendah baru belajar duduk rumah sendiri , bawak kunci rumah sendiri. Pernah je terlupa bawak kunci rumah dah tak tahan sangat nak terkencing , siap kencing senyap-senyap depan rumah . HAHAHAHA.


Aku dulu pernah tumpahkan nasi ayam budak senior atas setahun umur aku. Weh , menangis jugak (dalam hati) je sebab masa tu terpaksa tak boleh guna duit belanja sebab nak kena ganti balik. KELAKAR GILER! Lepastu , kalau pergi sekolah selalu nya kadang ibu selalu ikat rambut aku. Macam-macam  tocang dibuatnya.


Kalau rambut aku tak terurus tu maksudnya ibu kerja la aku yang kena siap sendiri. Masa awal-awal zaman kanak-kanak ni , aku banyak jadi pendiam dan pemalu. Sangat pemalu. Aku tak reti nak bergaul sangat. Kalau siapa yang nak kawan dengan aku tu , aku terima je .


Sampailah ade kengkawan aku yang macam dah tak nak kawan dengan aku mungkin sebab aku ni membosankan pada waktu tu. Dan tahun tahun selepas tu , i would say selepas darjah tiga ke atas ..Aku dah semakin berubah. Itu aku cerita nanti ehk. Sebab dia dah macam lari topik childhood.


Zaman childhood aku banyak pasif tapi lebih kepada buat hal sendiri. Aku tak sibuk nak berkawan sangat jenis macam banyak "bersendirian". Aku rasa walaupun zaman ni aku agak membosankan , tapi ianya memberi makna untuk masa hadapan aku which is kita tak perlu pun nak ramai kawan dan ramai orang untuk suka dekat kita.. Apa yang penting , kita rasa happy dengan diri kita. Masa zaman kanak-kanak aku memang betul-betul rasa happy weh.


Kawan pulak ramai lelaki jenis tak kisah pun kita selekeh , pakai seluar pendek , rambut ikat entah macam mana. Janji petang-petang kita main-main sesama jiran. Sampai sekarang ni kalau jumpa jiran yang main sesama dulu , mesti tergelak.


Oh ye , aku dulu penakut nak mampus. Beriya la parent dah bayar kan untuk naik kuda masa pergi zoo , last-last aku penakut terus melalak kat situ tak nak naik kuda. Kecik-kecik lagi konon nak buang rasa penakut tuh siap terjun dalam kolam renang orang dewasa.. Gedebushhhhhh.. LEMAS WEYH. Hahahhaa. panik ibu ayah waktu tu. Ade lagi weh... lepastu penakut naik escalator. Everytime kalau pergi mall mesti ibu akan pimpin tangan aku..


Baca juga :Fobia naik escalator


Hmmm..nyambil taip ni..otak flashback kembali...dalam pada penakut aku tuh..ade berani nya juga..Semoga Nur Farahain semakin kuat dalam kehidupannya ❤️

10 TAHUN DARI SEKARANG..Aku ialah seorang?!?


10 TAHUN DARI SEKARANG..Aku ialah seorang?!?

Wow, ni memang betul-betul buat otak berfikir.. Zassssss...Farahain.... Kau jadi apeee haa 10 tahun akan datang.. Okay aku akan berusia 39 tahun. OMG!!!!!!!! Maghi lah kite berangan kita akan jadi ape pada ketika itu..

1) Bisneswoman
One of my dream memang nak jadi the real Bisneswoman... Nak ade bisnes bukan dari satu cabang je tapi pelbagai la. My wish is to have a bisnes with my husband.. Again! verangannnn.. Hahaha. Bisnes yang macam mana ? Aku nak bisnes yang keep myself moving and moving.. Meaning to say ianya tak hanya di satu tempat je lah.. Lalu ianya membawa kepada point yang nombor dua.

2) A Traveler
Diusia itu aku nak sangat spent my day EVERYDAY travel and travel..Tak mustahil kan pada ketika itu aku boleh ade international bisnes. Aaaaa..again...verangannn itu kan percuma~~~ Sebab aku rasa dengan menjadi seorang traveler , minda kita akan lebih sentiasa terbuka.. Sambil menjadi traveler , sambil tu buat kerja-kerja bisnes. 

3) A Lover
Semestinya kenyataan diatas semuanya hendak dilakukan bersama lelaki kiriman tuhan buat ku..Jadinya mestila waktu tu dah ade husband..Aaaaaaaa~~~~ HAHAHAHHA... Insyallah , saya akan menjadi seorang LOVER kepada si dia . 

Boleh lah nyanyi lagu Taylor Swift ~~~ 

Can I go where you go?
Can we always be this close forever and ever?
And ah, take me out, and take me home
You're my, my, my, my
Lover ❤️
(lagu ini saya tujukan buat awak) Gitttewwww. 

4) A Caring Ibu
Aaaaaa waktu tu mungkin dah hado anak..Aaaaa... agak-agak nak jadikan tidak "my little princess ibu" WOWWWW. Hahaha. TAPI kan , kita rasa kita akan jadi seorang ibu yang tegas sebab kita memang jenis gitu. Hahaha. Tapi dalam ketegasan tu ada sifat penyayang nya. 

5) A Talent Hunter
Aku nak cari bakat-bakat orang muda untuk diketengahkan. Insyallah , aku nak recruit talent yang berkualiti. Biar tak ramai janji berkualiti dan punya tingkahlaku yang bagus. Pada ketika berusia 39 tahun tu.. aku rasa bukan lah untuk mengejar glamor dan populariti tapi lebih kepada develop orang-orang yang muda dari kita.

Aaaaaa.. 10 TAHUN lagi ehkk.. Semoga Allah berikan kehidupan yang terbaik buat diri ini...Amin ~~~