Cara Solat Tahajud , Solat Hajat , Solat Taubat dan Istikharah

Assalamualaikum . Ain ternampak cara solat tahajud . solat hajat , solat taubat dan solat istikharah di social media . Boleh la kita jadikan panduan untuk kita lakukan . Ain simpan di blog ni semoga nanti senang jadi rujukan ain dan mereka yang ternampak posting ini . Insyallah , kita sama - sama berusaha ke arah kebaikan dan menjadi Hambanya . 

Cara Solat Tahajud , Solat Hajat  , Solat Taubat dan Istikharah

Cara Solat Tahajud , Solat Hajat  , Solat Taubat dan Istikharah

Cara Solat Tahajud , Solat Hajat  , Solat Taubat dan Istikharah

Cara Solat Tahajud , Solat Hajat  , Solat Taubat dan Istikharah


3 Cara Kurangkan Main Phone

 
cara kurang main phone

3 Cara Kurangkan Main Phone

Hah, korang ada masalah ketagihan bermain telefon ke? Tak dinafikan, semakin ramai yg mengalami masalah ketagihan telefon pintar.


Sesaat tak scroll telefon, rasa tak keruan jadinya!


Nak tau 3 cara hentikan ketagihan main phone ?


  • Tetapkan 1 Hari Dalam Seminggu Sebagai Hari Tanpa Telefon Pintar


Nak terus berhenti bermain telefon pintar ni bukanlah mudah. Sebab kita dah terbiasa sangat dengan meluangkan masa bersama telefon tanpa disedari.


So, kalau betul nak hentikan ketagihan ini, kita boleh bermula dengan langkah paling senang iaitu tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon. Pada hari tersebut, telefon hanya digunakan untuk hal-hal penting sahaja seperti panggilan kecemasan.


Luangkan masa sehari tersebut dengan melakukan aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan. Contohnya, boleh sertai kelas memasak, menjahit ataupun meluangkan masa bersama insan tersayang. Bertegaslah dengan diri sendiri agar tidak menyimpang daripada matlamat yang ditetapkan.


  • Jangan Mengecas Telefon Dekat Dengan Katil


Jujurlah dengan diri sendiri. Bila korang cas telefon tu sebelah katil je, apa jadinya nanti . Sekejap-sekejap ambil telefon dan scroll Twitter, Instagram dan lain-lain. Kan?


Paling parah, bila jam loceng pun menggunakan telefon! Akhirnya, bila korang bangun, memang telefonlah jadi objek pertama yang dipegang dan dilihat.


Aduh!


So, dekat sini ada 2 perkara yg perlu korang lakukan kalau betul-betul nak hentikan ketagihan ini.


Pertama, jangan cas telefon bersebelahan katil tidur. Caslah sejauh mungkin.


Kedua, gunakan jam loceng sebenar sebagai penggera! Tak perlulah gunakan fungsi penggera di dalam telefon tu. Kalau tak, memang susahlah nak hentikan tabiat dan ketagihan telefon ni.


  •  Ubah Tetapan Telefon


Biasanya kita mudah terganggu dengan bunyi notifikasi. So, matikan saja fungsi notifikasi yang ada.


Antara langkah lain yg boleh diusahakan adalah:


  • Hidupkan fungsi do not disturb
  • Guna mod penerbangan
  • Buang apps yg mengganggu seperti media sosial.


Atau boleh install apps yang dapat menghadkan penggunaan telefon tu nanti.


Buatlah apa-apa yang boleh bantu korang hentikan ketagihan tu. Asalkan di akhirnya, korang akan berjaya membersihkan diri daripada ketagihan telefon!


Orait, ada 3 cara nak hentikan ketagihan telefon:

  1. Tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon
  2. Jangan cas telefon bersebelahan katil
  3. Ubah tetapan telefon


Semoga tips ini dapat bantu kita semua meninggalkan keburukan bermain telefon dengan kerap.


nak tips lain ? Klik sini ~

Meet My Pets

Meet My Pets 

Semua gambar kucing yang tertera adalah throwback yer . Nak kata suka kucing sangat pun tak jugak tapi sifat penyayang pada kucing tu ada lah . Start bela kucing pun selalunya bila kucing tu yang datang ke rumah . Bukan sejenis beli kucing. Hahaha. Tak kuasa aku. 

Tapi aku ni choosy sikit la. Aku suka kucing bulu kembang . Memang geram sangat . Paling suka betul kalau nampak kucing bulu kembang . Sedap peluk. Hahaha. (kau ingat teddy bear ke haaa?)
Meet Aslan . 

Ni kucing jantan masa sem 2 belajar dekat Uitm Merbok Kedah. Tapi dapat bela sekejap je . Kucing jantan . Nama Aslan sebab dia macam binatang yang dalam movie Narnia tu . Bela sekejap je sebab lepastu dah start cuti sem yang panjang . 
Meet Suzie .

Okay ni kucing yangg paling banyak mengubah hidup aku . Suzie ni macam "hadiah" untuk aku . Dia datang beberapa sebelum arwah ibu meninggal . Ibu yang bagi nama tu . Seingat aku , aku pernah cerita tentang Suzie ni . Terpaling banyak cerita di blog pun ade , di Instagram dna Facebook . Suzie ni la kucing betina paling gangster TAPI bila dia nak tidur , dia akan tidur sebelah atas selimut aku . Bangun pagi je kaki aku mesti berat . Hahaha . Aaaaaa, rindu dekat Suzie si buaya ! 
Meet Padi . 
Masa Suzie ni dah start sakit , muncul pulak si Padi ni . Padi ni entah macam mana boleh sesat muncul . Tapi dia muncul kejap je . Dia boleh kencing dekat sofa yang kitorang baru beli. Hahaha . Padi ni aku tak berapa sayang sangat berbanding Suzie .

** tak jumpa pulak gambar padi
Meet Bujibu .
Alaaaaaa , ni kucing PALING BAIK sangat ! Tak sengaja terbela dia . Dia muncul dekat belakang rumah . Dia baik sangat . Jibu ni kucing rumah tapi orang buang . Cian dia. Siap ada rantai kot kat leher dia sampaikan aku yang bukak . Jibu ni dia jadi tukang mintak makanan pada kucing-kucing yang lain . Mungkin sebab dia tahu aku ni jenis suka kucing bulu kembang . 

Tapi lepas Suzie meninggal (hilangkan diri) , aku punya perasaan sayang tu macam tak melampau sangat . Jadinya , yang Jibu ni yang betul-betul sayang ialah abang aku . Jibu ni baik sangat weh . Dia kucing jantan yang sopan .. alaaaaa... yelah dia kan dah biasa duduk dalam rumah kan . 
Masa kitorang kutip dia bawak masuk rumah , dia asyik lah nak duduk belakang rumah sampaikan kitorang cakaplah . "kan dah mandi..janganlah pergi belakang rumah..kotor nanti". Tapi dari muka dia..kita boleh tahu.. yang dia sedar " he's belong to here" . Dia masih lagi jadi tukang mintak makanan pada kucing-kucing yang lain . Lepastu dia dah tak muncul kan diri . Last sekali sempat lah kitorang mandi kan dia dan keputusan aku untuk bukak loceng pada leher dia tu tepat sekali. Atleast , ada la kenangan dari Jibu untuk kitorang. 

**Aku memang suka kucing bulu kembang. Suka gila! Sorry lah kalau saya memang jenis choosy sikit. Hahahaha.. Kalau nampak kucing bulu kembang , automatik terus panggil " meow" 🤣

Actually ade lagi kucing-kucing lain TAPI DAHLUPA .. Ni je yang paling ingat . Hahahah .