Makan Makan Di Ikea Tebrau
Jujurnya , ain bukan la jenis selalu makan dekat Ikea . Kalau ade event ke atau dapat voucher baru ke sini . Macam yang ni sebab dapat voucher , jadi nya guna kan lah voucher tu .
Ain memang suka makan meatball , chicken wings that why kalau ke sini akan pilih menu tu je . Tapi haritu sedih sikit sebab tak sempat nak membeli karipap sebab ramai sangat orang . Kitorang pula pergi hari Jumaat , orang kat sini ramai yang cuti dan malas masak jadinya makan je la disini .
Kalau tak pandai order , tengok step dekat situ. Korang tengok harga dan berapa kuantiti makanan tu . Sambil menolak troli tu , sambil tengok menu makanan tu dekat screen yang disediakan.
Ambil gelas atau cawan yer..dan jangan risau sebabnya air boleh refill ! Itu yang kita mahukan. Hehehehe.