Rumah Blackout dan TNB Reply Tweet Aku !

 Rumah Blackout dan TNB Reply Tweet Aku ! 

Terjaga pagi tadi bukan sebab panas tapi terkejut weh gelap gila... "aku ni dekat alam mana pulak ni".. Siap turun bawah check luar nampak diorang masih buat kerja.. 

Sampai ke subuh cannot sleep.. and i just random tweet ..Tak mention pon TNB.. sekali dia reply... 

Wow customer service dia... good job!!

TNB REPLY TWEET


Baru Nak Rentas Daerah

 
plaza tol skudai johor

Baru Nak Rentas Daerah

Selama negeri Johor ni PKP lah PKPB la sampai dah tak tahu PK ape lagi , ain memang banyak dekat kawasan ain je . Kalau bukan benda penting ain banyak stay at home je . Kalau ke event pun , pergi on that time lepastu tak ada nak singgah -singgah . Semenjak kes covid ni , memang jarang nak jumpa -jumpa orang . Jumpa hanya perlu je . Kalau tak mesej-mesej atau video call je la .

highway johor skudai simpang renggam


Dan 3 April la ain merentas daerah dan masuk tol. Kah! Lama gila ain tak masuk tol untuk tahun 2021 ni . Ni la rasanya first time untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tak dela merentas jauh sangat hanya ke kampung Ayah je dekat Kampung Parit Perpat . Dari Tol Skudai dan exit ke Tol Simpang Renggam , lepastu menuju ke Benut Pontian . Kampung Ayah ni macam sempadan Pontian - Batu Pahat la , tak betul-betul kawasan Batu Pahat. 

Kitorang gerak awal pagi alang-alang Ain request jom la ke Pantai yang berdekatan . Namanya Pantai Punggur . Pagi -pagi orang pun tak ada pastu air pun masih surut .  Dah selesai bergambar , kitorang pergi ke rumah sepupu . 

pantai punggur pontian batu pahat

pantai punggur pontian batu pahat

aku ain kau siapa she is farahain

benut pontian johor

Jam 12 lebih gitu kitorang pun balik sebab tak nak la lama-lama lagipun tak nak bergaul dengan ramai orang yang datang . Satu lagi kampung ayah ni kalau cuaca panas dia , betul-betul panas woi. Boleh sakit kepala. hehehe.


Itula kisah rentas daerah Ain pada tahun 2021 !


baca kisah sebelum ini ain ke Pantai Raja Sehari ~~

Kak Tini Petik Buah Mangga

 Kak Tini Petik Buah Mangga

Kisah berlaku bila ada makcik post dalam group whatsapp KRT , pokok mangganya dah banyak berbuah . Jadinya ain ni pula jenis memang hantu mangga jeruk .. Paling masam tu paling suka . Lepas je baca dalam group tu terus Ain bagitahu kepada Kak Tini , almaklumlah jiran sebelah je . Hehehe.

Kak Tini dengan muka gembira , jom nanti kak Ain!

Sampai je dekat kawasan pokok mangga tu , "ni muda lagi ni Kak Ain" , tiba-tiba , dipanjat nya pokok tu. Terkejut kita. Percubaan pertama tak menjadi nak panjat , akhirnya kali kedua kak Tini manjat!

Woi , sebagai budak bandar macam aku ni.. memang terkejut la.. Banyak kali cakap "Hati-hati kakak" . Dahla kakak lagi berapa je dah nak balik ke Indonesia. *sedihnya!*

Selepas kakak memanjat tu , akhirnya banyak juga buah mangga yang dapat. Ain pon bagitahu dalam group KRT yang ain dah amek dengan Kak Tini . Sent gambar panjat pokok. Hahaha... Terkejut makcik-makcik dalam tu. HAHAHHAHA..

jeruk mangga muda

jeruk mangga muda

petik buah mangga