Santai Santai Petang Di Hutan Bandar Johor Bahru Bersama Blogger Byfarahh

Santai Santai Petang Di Hutan Bandar Johor Bahru Bersama Blogger Byfarahh


 Santai Santai Petang Di Hutan Bandar Johor Bahru Bersama Blogger Byfarahh 


Selepas balik dari surprise FaraDidi Dengan Belon tu , Huda ajak lepak lagi . Taknak pergi kedai makan sebab dah kenyang sangat , fikir punya fikir kitorang terus ke Hutan Bandar . Hutan Bandar ni baru je ditambah fasiliti dan kemudahan . Jadi nya , kitorang pun pergi la ke situ . 


Macam biasa , kalau spent time together dengan orang suka ambil gambar  dan cari content mesti sekepala dan faham "ape yang kita nak" . Tangkap gambar , buat video , ootd selagi boleh . Hahaha .

blogger byfarahh .com

hutan bandar johor bahru

hutan bandar johor bahru

Seronok pula tengok Huda happy waktu tu . Eh lupa nak kabo , Huda ni la penulis blog Byfarahh.com . Sebelum ni , sebelum sebelum ni lagi ain dah pernah singgah blog dia . Tak sangka rupanya kami dalam satu group JDT Blogger . Lagi kelakar , rupanya dia junior sama sekolah menengah dengan Ain . Hahaha . What a small world kan  .


Masuk je Hutan Bandar kerja masing-masing ambil gambar ikut shoot and angle mana yang berkenan . Jujur cakap kalau stress nak rasa berjalan , datang la ke sini .  Free Je ! Tak kena bayar pun . Pergi menikmati alam semulajadi . Gituw ! 

hutan bandar johor bahru

hutan bandar johor bahru

hutan bandar johor bahru blogger johor she is farahain

hutan bandar johor bahru blogger johor she is farahain


Menyempat la juga kitorang pergi sampai ke tempat fasiliti baru tu . Banyak dah aktiviti boleh dilakukan dekat sini .


Blog Huda : Byfarahh.com


Baca lagi kisah dan tempat best di Johor .. Klik SINI...SAYA DI JOHOR~~

Surprise FaraDidi Dengan Belon

 Surprise FaraDidi Dengan Belon 

Kisahnya , didi mesej "nanti jom kita semua jumpa" . Huda dan Ain pun jom je la . Lepastu Huda yang start dulu tanya pasal lunch dekat Hotel Holiday Inn JBCC tu . 

holiday inn jbcc


Lepastu Huda terus mesej Ain jom nak kita suprise kan Didi . Kihkihkihhh.. Takkan suprise semata datang lunch je , bawak kan la belon . Hahaha . Bukannya sambut birthday ke ape .. Just meet up gitu je . Pastu Huda komfom kan our meet up tu dengan cakap pergi dengan adik mula-mula . Sekali last minit dia cakap "kawan" yang akan join . Didi ingat Huda bawak boyfriend baru . Hahahhaaha . 

holiday inn jbcc


Sekali yang muncul aku ! PALING Kelakar , bawa belon . Motif bawa belon untuk ape yer ?. Hahaha . Nak cari belon perkataan surprise tapi tak jumpa , mana yang ade je kita angkut . 


Seronok sangat meet up gitu walaupun sekejap ! Oh yer , by the way ni lunch murah je tau .. Yes dekat Holiday Inn JBCC . Hotel okay tapi seorang punya set lunch Rm 19.90 jer ! lengkap dan kenyang ! For me berbaloi sebab selesa nak berbual dengan kawan-kawan kan . Satu lagi , sedap ! Simple set tapi berbaloi . 

holiday inn jbcc

holiday inn jbcc


Itu la short meet up kitorang bertarikh 22 Mac 2021 kelmarin ~~ Baru nak update ! kihkihkihhh .

baca kisah kami 3 farah disini~~

Selamat Pulang Ke Tanah Airmu Indonesia Wahai Kak Tini

Selamat Pulang Ke Tanah Airmu Indonesia Wahai Kak Tini 

Hari ini..rasa nya sedih sangat! Sangat sedih tapi mampu dikawal perasaan ini .. Kakak yang selalu menjadi kawan berbual aku di rumah dah pulang ke Indonesia. Pulang terus.

Sedih sangat! Tapi untuk kenangan yang terindah, ain cakap dengan kak Tini.. "kak jom ambil gambar buat kenangan" . Sebelum dia bergerak ke KLIA bersama majikannya , terus ambil foto nya duluan. 

Menitik juga air mata ku. Tapi masa hadapan manusia kita tak boleh nak halang . Kak Tini juga punya anak masih sekolah , pastu anak perempuan pulak tu. Mesti lah itu yang difikirannya kan. 
Tapi , ain rasa bersyukur sebab rapat dan bersahabat dengan Kak Tini . Dengan dia , banyak erti kehidupan yang ain pelajari . Daripada bab urus rumah , maklum la ain kan dah tak de ibu , dia yang selalu tegur. "lagi cucian kak Ain" -ketika tengah jemur baju , "kak ain nak ke mana" - kalau nampak aku nak keluar , "masak ape hari ni?" . Seperti pertanyaan ibu ibu gitu. *alamak , sambil menaip ni pun menitik air mata . 

Doaku semoga Kak Tini selamat hendaknya ke pangkuan keluarga nya. Semoga Kak Tini mencapai impiannya. Insyallah , nanti kita boleh selalu ber video call ..

Sempat kak Tini cakap "mintak maaf yer andai ada salah silap gurauan ke". Aku pun cakap macam gitu jugak! Alaa sedihnya. 

*Kak kalau rindu ..boleh baca blog ni yer. kalau rindu boleh bukak youtube abang zaki. kalau rindu boleh tengok Instagram dan TikTok ku" Terima kasih untuk persahabatan ini.

"Walaupun jauh di mata tetapi tetap dekat di hati" ❤️