"Total Harga Makanan Bazar Boleh Buat Mas Kahwin "


Assalamualaikum.. Posting ni kisah sambungan daripada cerita ini Dah hari ke 20 Ramadhan baru nak ke bazar . Kisahnya adalah seketul Kak Sunah Sakura ni komen .. Kelakar gila . Tengok gambar dibawah ada tertera komen dia . 
Dasyat level pemikiran Kak Sunah boleh sampai sama kan dengan harga mas kahwin . Maklum lah , harga mas kahwin dekat Johor kan RM 22.50 je ! Gitew .. Jadinya , ape kebenda makanan yang Ain beli sampai selevel dengan harga mas kahwin tuh ?. Ayuh kita scroll ke bawah untuk gambar close up ! Kihkihkihhh

Pedal 3 cucuk . Secucuk RM 1 jadi nya beli 3 cucuk , RM 3 . Kuih cara berlauk sepeket RM 2.50 , 2 peket jadi RM 5

Nasi Ayam Aisyahhoon (nasi ayam yang baru nak popular di kawasan Bandar Baru Uda ni ) Sebungkus RM 6.50 , Keow Teow Goreng dalam kawah RM 3 dan air mangga Jossago RM 5 . Menjadikan kesemuanya berjumlah RM 22.50 . Cukup lah harga mas kahwin di negeri Johor . Hahaha . 

Tak apa la sekali je membeli di Bazar Ramadhan tu , untuk hari ini tak beli lagi pun . Nak kumpul duit nak kahwin. Kah! Hahahhaaha . kalau sehari RM 22.50 sepuluh hari dah RM 225 . Hahaha . (GURAU JE ! ) 

Ini Menu Berbuka Ke Menu Beraya ni ?


Assalamualaikum . salam Ramadhan hari yang ke 21 . Meriah betul juadah hari ni . Kalau terlebih meriah ni bukan Ain yang masak yer . Kihkihkih. Ni semua lauk orang bagi . Ain tinggal panaskan dan hidangkan sahaja . Oh , masak nasi je dan potong sikit daun pisang kasi nampak meriah . 

Apakah menu yang terhidang : Mee (nasi ambang) , kuah dal , Paru Sambal , Ayam masak kicap , Rendang Daging , Sambal goreng . Ni kawan yang meniaga kat bazar yang bagi . Nak Ain yang masak kemain meriah macam gini ... Alaa nangis dulu. hahahah . Dah macam lauk beraya pulak kan . Alhamdulilah , bersyukur ada jugak rezeki harini .

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky , Anak mesti suka !

 Resepi Cornflakes Creamy dan Milky , Anak mesti suka !

Credit : Fatimah Hafizan
Bahan - bahan : 
  • Cornflakes 275g
  • Susu pekat 4/5 sudu (ikut kemanisan masing-masing)
  • Gula perang 4 sudu
  • Buttercup/Pure butter 170g (just nice) kalau nak rasa lembab lagi boleh lebihkan butter.
Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 1
Campurkan semua bahan (kecuali cornflakes)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 2
Masak sehingga semua bahan cair dan jadi bebuih (api jangan kuat)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 3
Letak cornflakes dalam campuran yang bebuih tadi..(gaul-gaulkan)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 4
Tutup api dan gaul sebati

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 5
Gaul sebati

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 6
Susun dalam papercup dan bakar 150' 10 minit