Kisah Viral Laksa


Orang sini bergaduh resepi macam gini , orang sana bergaduh resepi kita turun temurun guna bahan macam gini . Laksa Johor la , Laksa Kedah la , Laksa Sarawak la .. last sekali ,  Laksa KL paling mudah . 

Laksa KL 2 minit dah siap ! Sedia untuk dihidang . Hahaha .

Minum Petang Dengan Muffin 4 Sekawan


Assalamualaikum . hari ni baru sempat nak update blog . Kejadian cerita semalam nanti kita story mory okay . Ni kejadian petang tadi . Sebenarnya ni muffin dapat untuk breakfast di Pinetree Marina Resort . Tapi , bawa balik ke rumah sebab mungkin tekak pagi pagi kureng sikit nak masuk dengan makanan sebegini . Padahal niat di hati nak kasi anak jiran ,eh terkasi mulut sendiri pula ! Kah 

Ada 4 jenis muffin iaitu Matcha (warna hijau ) , Red velvet (merah ) , Chocolate ( gelap ) dan satu lagi rasanya macam Caramel gitu . Boleh lah tadi buat minum petang . Konon nak bancuh teh o hmm , dasar perangai bujang . Bedal je la dengan air kosong . Hahaha . 
Muffin ni sedap makan panas panas . Jadinya ain panaskan dulu dekat mikrowave .Fuh . Alhamdulilah . Sedap . Ain jenis kureng sikit makan muffin tapi tekstur rasa ni sedap ! 

Aku Guna Set Garnier Ni Untuk Skincare Rutin Harian

Hai . Ain jarang nak tulis tentang kecantikan sebab tak berapa nak pandai sangat bab bab ini . Tapi , kita kongsi sekadar yang termampu je la kan . Kisahnya sebelum ni Ain pakai set skincare dari jenama local.  Boleh dikatakan okay cuma nya harga nya memang mahal . Okay tak okay tapi rasa biasa je la . Tak nak sebut nama brand tu . Cuma rasanya agak pricey dengan kuantiti botol tu . Boleh pengsan jugak nak hadap setiap bulan . 

Maka , Ain pun niat la nak cari set skincare yang dekat drugstore macam Watson's atau Guardian  dan drugstore yang lain . Ain jumpa set ni masa dekat Giant . Kebetulan ternampak set promosi ni . Try la . Lagipun jenama Garnier ni kan memang dah terkenal .  Kawan kawan ain yang pandai jaga bab bab kecantikan selalu pesan cari je produk kat drugstore . 

Ain pun cubala . Ain start cuba pada bulan mac dan sekarang masih pakai lagi . Set ni diberi nama " On The Glow Kit" . Terdapat tiga jenis set iaitu : Whitening Serum Cream ( serum dalam krim) , Brighthening Cleansing Foam (Pencuci muka) , Miscelar Cleansing Water ( Makeup remover) . 

Lagi pula tu ada kandungan lemon. Ain tergerak hati nak cuba sebab sesuai untuk sensitive skin . Pencuci muka Garnier ni pakai sikit je , tak perlu picit banyak banyak . Sapu pada muka lepas tu basuh dan muka akan lebih segar . Untuk serum nya pula ain pakai banyak sikit . Sebab nak repair banyak parut jerawat pada muka . Muka Ain banyak parut jerawat . 

Make up remover nya pula dia sekali wipe je habis dia hilangkan kesan make up . Tapi kalau kat rumah normally lepas hilangkan make up ain akan terus basuh muka . Akan jadi lebih segar . Begitu la rutin skincare ain yang simple dan tak la mahal sangat  . Ni nak cari toner pula la . Sebab duduk rumah time PKP ni la masa paling sesuai repair muka yang tak berapa nak okay ni kan . 

*Penggunaan produk ni bergantung juga ikut kulit muka masing masing . Haritu masa pergi Watson's ada beautician ni dia suggest satu Serum tapi agak mahal la . Dia cakap untuk repair parut jerawat memang kena cari produk yang berkualiti sikit . Tengok lah nanti kalau ada bajet . Hehehe . Buat masa ni , pakai je dulu produk Garnier ni .

So far ain rasa selesa dengan ketiga tiga set produk dari Garnier ni . *Ni beli sendiri yer bukan sponsor review ! Hahaha 🤪