Aku Guna Set Garnier Ni Untuk Skincare Rutin Harian

Hai . Ain jarang nak tulis tentang kecantikan sebab tak berapa nak pandai sangat bab bab ini . Tapi , kita kongsi sekadar yang termampu je la kan . Kisahnya sebelum ni Ain pakai set skincare dari jenama local.  Boleh dikatakan okay cuma nya harga nya memang mahal . Okay tak okay tapi rasa biasa je la . Tak nak sebut nama brand tu . Cuma rasanya agak pricey dengan kuantiti botol tu . Boleh pengsan jugak nak hadap setiap bulan . 

Maka , Ain pun niat la nak cari set skincare yang dekat drugstore macam Watson's atau Guardian  dan drugstore yang lain . Ain jumpa set ni masa dekat Giant . Kebetulan ternampak set promosi ni . Try la . Lagipun jenama Garnier ni kan memang dah terkenal .  Kawan kawan ain yang pandai jaga bab bab kecantikan selalu pesan cari je produk kat drugstore . 

Ain pun cubala . Ain start cuba pada bulan mac dan sekarang masih pakai lagi . Set ni diberi nama " On The Glow Kit" . Terdapat tiga jenis set iaitu : Whitening Serum Cream ( serum dalam krim) , Brighthening Cleansing Foam (Pencuci muka) , Miscelar Cleansing Water ( Makeup remover) . 

Lagi pula tu ada kandungan lemon. Ain tergerak hati nak cuba sebab sesuai untuk sensitive skin . Pencuci muka Garnier ni pakai sikit je , tak perlu picit banyak banyak . Sapu pada muka lepas tu basuh dan muka akan lebih segar . Untuk serum nya pula ain pakai banyak sikit . Sebab nak repair banyak parut jerawat pada muka . Muka Ain banyak parut jerawat . 

Make up remover nya pula dia sekali wipe je habis dia hilangkan kesan make up . Tapi kalau kat rumah normally lepas hilangkan make up ain akan terus basuh muka . Akan jadi lebih segar . Begitu la rutin skincare ain yang simple dan tak la mahal sangat  . Ni nak cari toner pula la . Sebab duduk rumah time PKP ni la masa paling sesuai repair muka yang tak berapa nak okay ni kan . 

*Penggunaan produk ni bergantung juga ikut kulit muka masing masing . Haritu masa pergi Watson's ada beautician ni dia suggest satu Serum tapi agak mahal la . Dia cakap untuk repair parut jerawat memang kena cari produk yang berkualiti sikit . Tengok lah nanti kalau ada bajet . Hehehe . Buat masa ni , pakai je dulu produk Garnier ni .

So far ain rasa selesa dengan ketiga tiga set produk dari Garnier ni . *Ni beli sendiri yer bukan sponsor review ! Hahaha 🤪

2 ulasan:

  1. Betul, semuanya ikut kesesuaian kulit masing masing..tapi kalau jumpa yang selesa, kena konsisten..tu kekadang malas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha kekadang malas tu yang tak best kan. hahhaha.

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.