Assalamualaikum .. Sudah menjadi rutin setiap hari sabtu ain akan timbang berat . Alhamdulilah , target achieve .. Dalam hati berkata , pada tarikh 14 ogos , aku mesti dapat berat tu . Mesti pecah angka depan .Guess what ? Aku berjaya wehh.
Pada 7 ogos , aku timbang dan berat aku 70.2kg dan seminggu lepastu berat aku terkini 69.3Kg ! Ya Allah , rasa macam bersyukur gila .. Bersyukur sangat . Bila ain tengok balik ain pernah je dapat berat 69.7kg pada tahun 2020 tapi sebelum PKP yang first .
Selepas itu , kelaut habis . Macam sebelum sebelum ni ..kali ni journey dia sangat berbeza . I really enjoy it ! Sebabtu ain rekod je segala apa yang ain makan di blog ni .. Boleh tengok dekat Ain Kurus .
Insyallah , mengharapkan lebih banyak lagi penurunan .. Berat yang ain aim ialah 50 KG . Insyallah . Maksudnya still a long journey to go . Still 19.3 kg kot nak turun .. But , slowly but surely perhaps kan . Sebenar nak aim lagi sampai 44-45 kg macam gitu sebab ain punya tinggi 153cm . Cumanya , lets put 50 kg first kan .
Doakan semoga ain istiqomah lagi yer . Insyallah . Ain nak kurus untuk lebih sihat .. Ain nak kurus to make myself proud ! Ain nak kurus sebab i really love myself ๐งก